Sunday, September 9, 2012

Tali pusat terbelit dan menjadi kerinting apabila dijemur di bawah sinaran mentari

Hallorr.. uoll ada tak gambar kegemaran semasa kecik? Bukan gambar artis pujaan mahupun gambar pasport guru tadika kamu yang ditampal di carta organisasi yerk, tapi gambaq hampa senirik lahh. Aku ada la sekeping dua gambaq peberet masa zaman aku comel-comel gittew.


Ihik comelnyee nampak gangsta sangat kaki kat sebelah dalam lemari. Almari tu sampai sekarang dok ada lagi menghiasi rumah aku. Dulu masa sekolah rendah rajin jugak lew aku pi curik kapur tulis masa nak keluar kelas lepas tu bawak balik rumah pi conteng2 kat dalam pintu lemari tu. Konon blackboard lah tueww. Lepas tu bila kapur habis aku conteng guna bedak batu empat segi yg kotak dia ada gambaq nyonya cun tuh.



Ni pon peberet gak sebab kegedikan aku serta pusat aku kelihatan amat menonjol dalam gambaq ni. Dulu aku suka berangan nak jadi penari masa kecik harhar ataupun penyanyi dan pelakon. Tapi apakan daya takdak bakat kerana bakat aku lebih cenderung ke arah memberi kucing makan dan minum.



Ni pon aku suke gak gambarnya walaupun posing ntah pape macam orang sedang mengeluarkan tahi. Aku pon taktau tempat ni nama apa. Tapi seingat aku lah khenn pak aku suka dok bawak aku ngan kakak aku time hujung minggu pi sini. Rasanya dataran ni kat JB kot heuheuuuu.. Cuba uolls tengok kasut aku yang kaler oren tuh yang ada bunga besaq2 tuu. Kalu tak nampak sila la kelik gambaq itu agar kamu tidak perlu susah payah mencari kanta pembesar. Tuuu kasut tuuuu jenuh aku hentak kaki pastu duduk cangkuk kat tengah soping mall macam batu sebab nak kasut ittew. Harhar taklah chantek mana punzz kaler oren pulak tu. Lagi satu kalau aku tinguk gambaq ni, mesti teringat hari pertama aku masuk tadika sebab aku pakai baju ngan seluaq tu lah masa first day. Pala tau pi sekolah pakai baju nampak pusat. Hewhew.



Gambaq ni pulak aku tak tau pun dia wujud. Ni pun aku curik dari rumah nenek aku huahahahahah. Aku tak ingat pape pasal gambaq ni, tak wujud pun situasi ni dalam memori aku. Tempat ni kalau tinguk macam kat RnR je kan??





Tapi dalam banyak-banyak gambaq, yang ni lah palingggg aku suka! Ni dekat Pantai Lido huhu tempat kegemaran masa kecik. Dulu aku takut dengan pantai sebab air dia kan berombak gitu satgi air ke depan, satgi air kebelakang kahkah. So aku duduk tepi-tepi je lah sambil berangan nama aku ARIEL. Yaaarrr betul, yang Little Mermaid tu lah. Mampu ko berangan jadik ikan duyung tapi takut air??

Asal tengok gambaq ni je mesti terpegun dengan rumah yang bumbung muncung semacam kat background tu. Selama ni aku dok fikir lah sapa la tuan rumah ni. Dalam otak aku pikir tu mesti rumah Dato' Datin hihi lepastu fikir depa mesti ada anak lelaki kacak dan sebaya. Dah la nampak chantek, menghadap laut pulak tu kannn. Gigih jugak la aku selak-selak majalah Wanita mak aku yang lama2 kot lah kan rumah ni pernah masuk dalam majalah ittew. Tapi tak pernah jumpa la pulak.

Sampai la beberapa hari yang lepas, masa aku tengah gugel gugel pasal hotel berhantu lepas tu terjumpa gambar ini;


Terkujat mak noks! Aku kenal sangat la dengan bumbung tuh. Laju2 aku pi punggah laci carik gambaq aku yang ada nampak rumah ni. Ayoyooo sekali sama daaa... Nama dia Villa Nabila, orang kata berhantu. Malas lah aku nak cerita kat sini rumah tu ada hantu pesen apa, nak tau gugel lah. Tapi kisah dia lebih kurang je macam kisah rumah berhantu yg lain lulzz. Tapi rumah ni sekarang betul2 usang leww ntah-ntah dah jadik sarang penagih kot. Ada jugak yang berani pi melawat rumah ni hewhew~


Lepastu aku pi la lari ke dapur nak tanya mak aku pasal rumah ni. Emak aku yang tengah goreng ikan pekasam tetiba meremang bulu romanya bila aku tanya. Then Mak aku cerita lah masa zaman beliau muda remaja dalam tahun 1984 gitu dia dan rakan2 lepak la kat tepi laut tu lepas habis tuisyen. Masa tu dah petang, tiba-tiba ada pakcik datang kat depa ajak teman pegi rumah tu kejap sebab dia tertinggal barang. 


Aku pun taktau pasaipa mak aku dan rakan2 nya berani gila pi ikut pakcik tu khennnn.. Manalah tau dia ada niat tak baik ke apa. Tapi Alhamdulillah pakcik tu takde nak ambil kesempatan ke apa suma. Pakcik tu kontraktor, masa tu rumah tu under renovation. Mak aku dan rakan2 ikut pakcik terbabit masuk dalam rumah tu depa tunggu kat ruang tamu, pakcik tu pi amik barang dia kat tingkat atas.


Mak aku kata dinding rumah tu dulu penuh cermin. Ntah camne aku pun taktau, maybe yang macam kat pusat aerobik tu kot haha. Pastu ade bar counter, barang2 yang lain kaler hitam putih. Mungkin sebab tu kot mak aku panggil rumah tu 'Rumah Hitam Putih' lalala. Nak tanya lebih2 mak aku bukan ingat punzzz.. Bila masuk tu, rasa macam ade yang pandang hikhik. Tetiba pakcik yang dekat tingkat atas tu jerit suruh lari dan dia suruh pegi dulu. Aiyoyoh. Apa lagi mak aku dan rakan2 pun cabut lari lah. Dah la nak keluar dari gate tu tak berapa nak dekat. Ok itulah kisahnyer. Kira dari dulu zaman mak aku dah ada dengar2 orang cerita pasal rumah tu. Tapi taktau lah masa mak aku masuk rumah tu owner dia orang baru ke bapak Nabila hikhik pape jelah buat sakit otak aku je pikir. Kuikuikui kbye.





1 comment:

Nisa Hussin said...

hahahaha akak ni bende takde pape melawak melebih2. sakit perut gelak xD