Wednesday, September 5, 2012

cool stuff & hot stuff - review alat kosmetik luar negara


Assalamualaikum yuholl!!

Setelah kian lama menyepi, harini cik Ramlah Melaramz baru nak start berblog balik! huuhii huuhiii.. Baiklah harini aku nak memperkenalkan 2 ketui benda yang menjadi kegilaan ahli kelorga aku. 

Semenjak benda ni wujud kat rumah aku, aku rasa semua orang dok obses sampai tidoq pun masing-masing bawak letak tepi bantal. Apakah ia? Sudah tentu bukan telipon bimbit tidak berbutang mahupun penyepit pelentik bulu mata. Kalau nak tahu apakah perkara terbabit, silalah baca entri ini selanjutnyeeerr! *nada pengacara RTM*


COOL STUFF (perkara sejuk)


Hoohooo memperkenalkan barisan bedak dalam botol yang bertulisan siam. Kalau hampa nak tau, bedak ni nama dia BHAESAJ. Janganlah kagum dahulu sebab ingat aku pandai baca tulisan siam, tapi kat belah belakang botoi bedak ni ada tulisan rumi sebab tu aku boleh baca hihi.

Ni nak habaq, bedak ni syok la jugak pakai menatang ni sebab dia sejukkk gitu. Dah nama pon cool powder khennn.. Dia ala2 bedak dettol tu lah. Nak2 kalau kulit basah pastu hang pi tepek bedak ni. Tuu dia sejuk kemain. Ni kalau tengah berpeluh sakan tapi takleh pi mandi elok gak pakai. Contoh macam tengah merentas desa. Sambil dok lari tercungap tu boleh la tuang bedak ni dalam baju. Kompom kesejukkannya buat hang lebih bertenaga dan dapat lari sepantas kilat. Haritu aku pi camping pun bawak gak. Hilang rasa belengas bila sapu di ketiak hehe.

Aku pun taktau sejak bila bedak-bedak ni mula bermastautin dalam rumah aku. Botol2 ni bersepah gila dalam rumah, asal jalan sikit tersepak sebijik. Jalan 16cm lagi, tertendang sebijik. Yang aku tau dulu pak aku suka la kirim kat bini sepupu dia bedak ni. Sebabnyaa beliau tu orang Thailand. Asal beliau balik sana je kirim hikhik. Tapi sekarang tak kirim dah sebab dia jual mahal gilaaa padahal acik siam yang meniaga guna kereta sorong tu lagi jauh beza murah. So beli kat orang jual sorong-sorong tu je lah.

Tapi bedak ni buat aku rasa menyampah pun ada jugak kekadang. Sebabnya adik aku ni dah anggap bedak ni bespren dia. Asal nak tidoq ja ada 2 botol bedak dia letak tepi bantal. Menyampah tau. Pastu sebelum tidoq dia pi basahkan badan sekali ngan baju pastu pakai bedak ni pastu bergolek pulak dah atas katil. Dah la tidoq tepi aku eeeeeeyy geramnyaaaaa. Pastukan bedak ni kalau pakai lama2 bau dia macam haring gitu. Masa awal pakai punyalah wangi. Tu yang menyampah tu, rasa nak je tendang adik aku sampai jatuh katil :P

Lagi satu, bedak ni kalau aku pakai kompem kentut kuat gila. Kadang2 bau dia pun dah buat aku terkentut. Tiap malam mesti aku kentut kuat sebab terbau dari adik aku, lepastu bila aku kentut pulak mesti dia macam terjaga dari tidur tapi tak terbangun (apakah ittew?) Kadang-kadang adik aku pun turut kentut sama. Lepas tu kakak aku pulak. Elok lah tu tidoq sebilik pastu bunyi kentut bersahut-sahutan macam ayam berkokok.



HOT STUFF (perkara panas)




Kalau bedak tadi perkara sejuk, yang ni pulak perkara yang betul2 panas. Ini nama dia Balm Sultan tapi dekat penutup dia tulisan jawi tulis Minyak Sultan. Jangan memain ko... ni kerabat je boleh guna kahkah jk. Balm ni pun dari siam juga hihi belilah barangan buatan Thailand.

Dia punya panas boleh buat orang tergedik-gedik berlari ke freezer untuk mendapatkan ais lalu meletakkan ais terbabit di tempat yang telah disapu balm. Panas gila habaq hang. Tapi syok wooo kalau pakai time betul2 loya/sakit perut/pening langau. Tapi kalau ada buasir jangan guna ni pulak kang tak pasal2 usus meletop. Bau dia pun kuat gituh dan mampu membuatkan seseorang itu terkeluar kepulan angin dari saluran najisnya. Macam minyak cap kapak, bau balm ni pun boleh buat orang ketagih heheee.

Ni kalau time raya popukar jugak lah balm ni dalam kalangan sedara-mara. Dalam ramai2 tu adalah yang sakit perut la, salah urat la, tercekik tulang la. Kasik je balm ni terus senyap lepastu kembali bersuara sebab nak tanya beli balm ni kat mana hikhik. Ni kat rumah opah aku ada jugak siam dok menjual balm ni tapi mak datokk harga nak dekat 20 hingget!! Gila ka apa. Kat sini murah je okayy tak sampai 10 ringgit pun.

Balm ni pun ada berpuluh botol kat rumah aku sebab asal beli bedak Bhaesaj tadi, mesti beli balm ni jugak. HAHAHA pakej kutzzz.. Oh ye ada lagi satu produk siam kat rumah aku, bedak apa tah gambaq kuda cap Tiara. Tapi bedak tu pemili aku tak guna sangat lalala~

5 comments:

Ninie said...

lamanya kak ramlah tak hapdett. woahh menarik brg2 ni. beli kat blogshop mana? harga include post tak? wakaka

JelinaJoli said...

baru balik survey market siam nak bukak franchis kat malaysia ka/?

ramlah melaram said...

ninie : ni takdak jual kt mana2 blogshop. kena pi obersi ni kalu nak beli

jelinah : eheh aku tak nak lah meniaga bedak2 inih. jual kopok leko lg bes :p

Anonymous said...

Lawaklah mu ni,aku gelak tergolek2 dah ni...hahaha

Anonymous said...

Lawaklah mu ni,aku gelak tergolek2 dah ni...hahaha