Monday, April 23, 2012

Anak itik tok wi mandi dalam swimming pool

Semalam kann....... aku bermain dengan encik wepkem hihi gadisss sangat tau bergedik depan wepkem ambik gambar perasan. jadi saya nak letaklah beberapa keping kat sini buat tatapan uolls memandangkan aku jarang letak wajah sendiri dekat blog yang indah lagi permai ini. sesambil tu boleh la hampa nak cam muka aku, sat ni kalo terjumpa kat pasar malam boleh la bertegur sapa sambil belanja apam balik dan milo ais dalam cup straw boleh bengkok.

Memula pose gedik depan webcam aku berasa kagum sangattt! bukan sebab kagum dengan kejelitaan sendiri tapi dengan kecanggihan wepkem yang boleh hias bunga ros kat tepi gambaq kita lepas tu boleh kasi muka kembang kempis dan boleh juga letak topi hari jadi atas kepala.



tadaaaaaaa!! tangkapan ke-5. yang memula tidak pakai serkop di kepala. memandangkan hasilnya memuaskan lalu terasa nk letak di blog lalu aku capai selimut yang berdekatan kasi lelilit supaya kelihatan macam gadis urban berpashmina kikiki.. yaarrr muka saya sangat lebar! hokhiok



hehee gigih julang laptop tinggi2 supaya boleh amek dari sudut atas lantas menampakkan efek dagu tajam :P takut tak tinguk mata aku? lebam gituuu,macam kena sapu dengan kiwi kasut di sekeliling mata.



Yang ini pula ada unsur juling-juling remaja sedikit hekhek. okayy sebenaqnya kannn semua gambaq ni aku buat efek apa ntah yang dia macam cerminkan muka kita sebelah je, so nanti wajah kita jadi simetri. dengdengdeng. sebab tu dekat semua gambaq kalau hampa perasan ada belahan asmara kat tengah2. apakah itu belahan asmara? entahlah aku reka je term ittew.

Selama ni bila dok belek muka kat cermin mesti berkata dalam hari 'eh pahal lubang hidung aku kembang sebelah?' ataupun 'kenapa bulu mata kanan aku lebih lentik tetapi mata kiri rajin mengeluarkan tahi?'. sekarang nah amek kau bila muka terlalu simetri jadi aneh semacam je rupa kita huhu.



Kalau guna efek ni memang siok, sebab boleh buat lubang hidung kita jadi satu. tapi aku rasa wajah aku di atas kelihatan lebih kepada belalang, bukan manusia. itu kat dinding tu biasa la kotoq2 sikit, macam la rumah hampa takdak kan miumiumiu :P 



Yang ni pulak aku rasa macam ada rupa pendakwah bebas pun ade. tapi kurang jelita sebab hidung jadi kecil. hidung kembang-kembangan barulah seksi, senang nak korek dan bersihkan kerak hingus yang sudah kering. spek mata pun macam tak real ja tang tengah2 tu..lalala



Tetiba ubah bekgron pulak dah... sekali lagi muka macam belalang. lepas tu muka kurus lonjong. rasanya nanti muka aku macam ni kot kalau kena aneroxia kahkahkah



Bila perhati lelama, aku rasa macam muka angry bird pun ada nih. takpon doraemon yang kena hempuk batu bata dekat muka. 



Wahhh jelitanya sayaaa! macam anak hasil perkahwinan Woody Woodpecker dan Daisy Duck wuhuuuu sapa gelak berdosa.



Korek hidung sikit... tapi jarak antara kedua lubang hidung agak rapat pula. hermm.



Agaknya macam ni kot muka aku bila dah kawen dan dapat anak 8. mengembang macam buah tembikai disuntik botox dan kollagen.


Hahahaha itu je taknak tunjuk lelebih nanti yuollz terpesona dengan pancaran cahaya kecomelanku yang boleh merosakkan kornea :P



4 comments:

run aziluz said...

kau tak pernah gagal daripada buat aku gelak macam orang gila. kahkah

syakila BumBum said...

hahaah...sekilas pandang macam penyu la pulakkk..klakar giler...

JelinaJoli said...

ko gila ke? memang gila!

ramlah melaram said...

terima kasih yuoll di atas komen yang membina! huekhuek :P