Sunday, September 9, 2012

Tali pusat terbelit dan menjadi kerinting apabila dijemur di bawah sinaran mentari

Hallorr.. uoll ada tak gambar kegemaran semasa kecik? Bukan gambar artis pujaan mahupun gambar pasport guru tadika kamu yang ditampal di carta organisasi yerk, tapi gambaq hampa senirik lahh. Aku ada la sekeping dua gambaq peberet masa zaman aku comel-comel gittew.


Ihik comelnyee nampak gangsta sangat kaki kat sebelah dalam lemari. Almari tu sampai sekarang dok ada lagi menghiasi rumah aku. Dulu masa sekolah rendah rajin jugak lew aku pi curik kapur tulis masa nak keluar kelas lepas tu bawak balik rumah pi conteng2 kat dalam pintu lemari tu. Konon blackboard lah tueww. Lepas tu bila kapur habis aku conteng guna bedak batu empat segi yg kotak dia ada gambaq nyonya cun tuh.



Ni pon peberet gak sebab kegedikan aku serta pusat aku kelihatan amat menonjol dalam gambaq ni. Dulu aku suka berangan nak jadi penari masa kecik harhar ataupun penyanyi dan pelakon. Tapi apakan daya takdak bakat kerana bakat aku lebih cenderung ke arah memberi kucing makan dan minum.



Ni pon aku suke gak gambarnya walaupun posing ntah pape macam orang sedang mengeluarkan tahi. Aku pon taktau tempat ni nama apa. Tapi seingat aku lah khenn pak aku suka dok bawak aku ngan kakak aku time hujung minggu pi sini. Rasanya dataran ni kat JB kot heuheuuuu.. Cuba uolls tengok kasut aku yang kaler oren tuh yang ada bunga besaq2 tuu. Kalu tak nampak sila la kelik gambaq itu agar kamu tidak perlu susah payah mencari kanta pembesar. Tuuu kasut tuuuu jenuh aku hentak kaki pastu duduk cangkuk kat tengah soping mall macam batu sebab nak kasut ittew. Harhar taklah chantek mana punzz kaler oren pulak tu. Lagi satu kalau aku tinguk gambaq ni, mesti teringat hari pertama aku masuk tadika sebab aku pakai baju ngan seluaq tu lah masa first day. Pala tau pi sekolah pakai baju nampak pusat. Hewhew.



Gambaq ni pulak aku tak tau pun dia wujud. Ni pun aku curik dari rumah nenek aku huahahahahah. Aku tak ingat pape pasal gambaq ni, tak wujud pun situasi ni dalam memori aku. Tempat ni kalau tinguk macam kat RnR je kan??





Tapi dalam banyak-banyak gambaq, yang ni lah palingggg aku suka! Ni dekat Pantai Lido huhu tempat kegemaran masa kecik. Dulu aku takut dengan pantai sebab air dia kan berombak gitu satgi air ke depan, satgi air kebelakang kahkah. So aku duduk tepi-tepi je lah sambil berangan nama aku ARIEL. Yaaarrr betul, yang Little Mermaid tu lah. Mampu ko berangan jadik ikan duyung tapi takut air??

Asal tengok gambaq ni je mesti terpegun dengan rumah yang bumbung muncung semacam kat background tu. Selama ni aku dok fikir lah sapa la tuan rumah ni. Dalam otak aku pikir tu mesti rumah Dato' Datin hihi lepastu fikir depa mesti ada anak lelaki kacak dan sebaya. Dah la nampak chantek, menghadap laut pulak tu kannn. Gigih jugak la aku selak-selak majalah Wanita mak aku yang lama2 kot lah kan rumah ni pernah masuk dalam majalah ittew. Tapi tak pernah jumpa la pulak.

Sampai la beberapa hari yang lepas, masa aku tengah gugel gugel pasal hotel berhantu lepas tu terjumpa gambar ini;


Terkujat mak noks! Aku kenal sangat la dengan bumbung tuh. Laju2 aku pi punggah laci carik gambaq aku yang ada nampak rumah ni. Ayoyooo sekali sama daaa... Nama dia Villa Nabila, orang kata berhantu. Malas lah aku nak cerita kat sini rumah tu ada hantu pesen apa, nak tau gugel lah. Tapi kisah dia lebih kurang je macam kisah rumah berhantu yg lain lulzz. Tapi rumah ni sekarang betul2 usang leww ntah-ntah dah jadik sarang penagih kot. Ada jugak yang berani pi melawat rumah ni hewhew~


Lepastu aku pi la lari ke dapur nak tanya mak aku pasal rumah ni. Emak aku yang tengah goreng ikan pekasam tetiba meremang bulu romanya bila aku tanya. Then Mak aku cerita lah masa zaman beliau muda remaja dalam tahun 1984 gitu dia dan rakan2 lepak la kat tepi laut tu lepas habis tuisyen. Masa tu dah petang, tiba-tiba ada pakcik datang kat depa ajak teman pegi rumah tu kejap sebab dia tertinggal barang. 


Aku pun taktau pasaipa mak aku dan rakan2 nya berani gila pi ikut pakcik tu khennnn.. Manalah tau dia ada niat tak baik ke apa. Tapi Alhamdulillah pakcik tu takde nak ambil kesempatan ke apa suma. Pakcik tu kontraktor, masa tu rumah tu under renovation. Mak aku dan rakan2 ikut pakcik terbabit masuk dalam rumah tu depa tunggu kat ruang tamu, pakcik tu pi amik barang dia kat tingkat atas.


Mak aku kata dinding rumah tu dulu penuh cermin. Ntah camne aku pun taktau, maybe yang macam kat pusat aerobik tu kot haha. Pastu ade bar counter, barang2 yang lain kaler hitam putih. Mungkin sebab tu kot mak aku panggil rumah tu 'Rumah Hitam Putih' lalala. Nak tanya lebih2 mak aku bukan ingat punzzz.. Bila masuk tu, rasa macam ade yang pandang hikhik. Tetiba pakcik yang dekat tingkat atas tu jerit suruh lari dan dia suruh pegi dulu. Aiyoyoh. Apa lagi mak aku dan rakan2 pun cabut lari lah. Dah la nak keluar dari gate tu tak berapa nak dekat. Ok itulah kisahnyer. Kira dari dulu zaman mak aku dah ada dengar2 orang cerita pasal rumah tu. Tapi taktau lah masa mak aku masuk rumah tu owner dia orang baru ke bapak Nabila hikhik pape jelah buat sakit otak aku je pikir. Kuikuikui kbye.





Wednesday, September 5, 2012

cool stuff & hot stuff - review alat kosmetik luar negara


Assalamualaikum yuholl!!

Setelah kian lama menyepi, harini cik Ramlah Melaramz baru nak start berblog balik! huuhii huuhiii.. Baiklah harini aku nak memperkenalkan 2 ketui benda yang menjadi kegilaan ahli kelorga aku. 

Semenjak benda ni wujud kat rumah aku, aku rasa semua orang dok obses sampai tidoq pun masing-masing bawak letak tepi bantal. Apakah ia? Sudah tentu bukan telipon bimbit tidak berbutang mahupun penyepit pelentik bulu mata. Kalau nak tahu apakah perkara terbabit, silalah baca entri ini selanjutnyeeerr! *nada pengacara RTM*


COOL STUFF (perkara sejuk)


Hoohooo memperkenalkan barisan bedak dalam botol yang bertulisan siam. Kalau hampa nak tau, bedak ni nama dia BHAESAJ. Janganlah kagum dahulu sebab ingat aku pandai baca tulisan siam, tapi kat belah belakang botoi bedak ni ada tulisan rumi sebab tu aku boleh baca hihi.

Ni nak habaq, bedak ni syok la jugak pakai menatang ni sebab dia sejukkk gitu. Dah nama pon cool powder khennn.. Dia ala2 bedak dettol tu lah. Nak2 kalau kulit basah pastu hang pi tepek bedak ni. Tuu dia sejuk kemain. Ni kalau tengah berpeluh sakan tapi takleh pi mandi elok gak pakai. Contoh macam tengah merentas desa. Sambil dok lari tercungap tu boleh la tuang bedak ni dalam baju. Kompom kesejukkannya buat hang lebih bertenaga dan dapat lari sepantas kilat. Haritu aku pi camping pun bawak gak. Hilang rasa belengas bila sapu di ketiak hehe.

Aku pun taktau sejak bila bedak-bedak ni mula bermastautin dalam rumah aku. Botol2 ni bersepah gila dalam rumah, asal jalan sikit tersepak sebijik. Jalan 16cm lagi, tertendang sebijik. Yang aku tau dulu pak aku suka la kirim kat bini sepupu dia bedak ni. Sebabnyaa beliau tu orang Thailand. Asal beliau balik sana je kirim hikhik. Tapi sekarang tak kirim dah sebab dia jual mahal gilaaa padahal acik siam yang meniaga guna kereta sorong tu lagi jauh beza murah. So beli kat orang jual sorong-sorong tu je lah.

Tapi bedak ni buat aku rasa menyampah pun ada jugak kekadang. Sebabnya adik aku ni dah anggap bedak ni bespren dia. Asal nak tidoq ja ada 2 botol bedak dia letak tepi bantal. Menyampah tau. Pastu sebelum tidoq dia pi basahkan badan sekali ngan baju pastu pakai bedak ni pastu bergolek pulak dah atas katil. Dah la tidoq tepi aku eeeeeeyy geramnyaaaaa. Pastukan bedak ni kalau pakai lama2 bau dia macam haring gitu. Masa awal pakai punyalah wangi. Tu yang menyampah tu, rasa nak je tendang adik aku sampai jatuh katil :P

Lagi satu, bedak ni kalau aku pakai kompem kentut kuat gila. Kadang2 bau dia pun dah buat aku terkentut. Tiap malam mesti aku kentut kuat sebab terbau dari adik aku, lepastu bila aku kentut pulak mesti dia macam terjaga dari tidur tapi tak terbangun (apakah ittew?) Kadang-kadang adik aku pun turut kentut sama. Lepas tu kakak aku pulak. Elok lah tu tidoq sebilik pastu bunyi kentut bersahut-sahutan macam ayam berkokok.



HOT STUFF (perkara panas)




Kalau bedak tadi perkara sejuk, yang ni pulak perkara yang betul2 panas. Ini nama dia Balm Sultan tapi dekat penutup dia tulisan jawi tulis Minyak Sultan. Jangan memain ko... ni kerabat je boleh guna kahkah jk. Balm ni pun dari siam juga hihi belilah barangan buatan Thailand.

Dia punya panas boleh buat orang tergedik-gedik berlari ke freezer untuk mendapatkan ais lalu meletakkan ais terbabit di tempat yang telah disapu balm. Panas gila habaq hang. Tapi syok wooo kalau pakai time betul2 loya/sakit perut/pening langau. Tapi kalau ada buasir jangan guna ni pulak kang tak pasal2 usus meletop. Bau dia pun kuat gituh dan mampu membuatkan seseorang itu terkeluar kepulan angin dari saluran najisnya. Macam minyak cap kapak, bau balm ni pun boleh buat orang ketagih heheee.

Ni kalau time raya popukar jugak lah balm ni dalam kalangan sedara-mara. Dalam ramai2 tu adalah yang sakit perut la, salah urat la, tercekik tulang la. Kasik je balm ni terus senyap lepastu kembali bersuara sebab nak tanya beli balm ni kat mana hikhik. Ni kat rumah opah aku ada jugak siam dok menjual balm ni tapi mak datokk harga nak dekat 20 hingget!! Gila ka apa. Kat sini murah je okayy tak sampai 10 ringgit pun.

Balm ni pun ada berpuluh botol kat rumah aku sebab asal beli bedak Bhaesaj tadi, mesti beli balm ni jugak. HAHAHA pakej kutzzz.. Oh ye ada lagi satu produk siam kat rumah aku, bedak apa tah gambaq kuda cap Tiara. Tapi bedak tu pemili aku tak guna sangat lalala~

Monday, April 23, 2012

Anak itik tok wi mandi dalam swimming pool

Semalam kann....... aku bermain dengan encik wepkem hihi gadisss sangat tau bergedik depan wepkem ambik gambar perasan. jadi saya nak letaklah beberapa keping kat sini buat tatapan uolls memandangkan aku jarang letak wajah sendiri dekat blog yang indah lagi permai ini. sesambil tu boleh la hampa nak cam muka aku, sat ni kalo terjumpa kat pasar malam boleh la bertegur sapa sambil belanja apam balik dan milo ais dalam cup straw boleh bengkok.

Memula pose gedik depan webcam aku berasa kagum sangattt! bukan sebab kagum dengan kejelitaan sendiri tapi dengan kecanggihan wepkem yang boleh hias bunga ros kat tepi gambaq kita lepas tu boleh kasi muka kembang kempis dan boleh juga letak topi hari jadi atas kepala.



tadaaaaaaa!! tangkapan ke-5. yang memula tidak pakai serkop di kepala. memandangkan hasilnya memuaskan lalu terasa nk letak di blog lalu aku capai selimut yang berdekatan kasi lelilit supaya kelihatan macam gadis urban berpashmina kikiki.. yaarrr muka saya sangat lebar! hokhiok



hehee gigih julang laptop tinggi2 supaya boleh amek dari sudut atas lantas menampakkan efek dagu tajam :P takut tak tinguk mata aku? lebam gituuu,macam kena sapu dengan kiwi kasut di sekeliling mata.



Yang ini pula ada unsur juling-juling remaja sedikit hekhek. okayy sebenaqnya kannn semua gambaq ni aku buat efek apa ntah yang dia macam cerminkan muka kita sebelah je, so nanti wajah kita jadi simetri. dengdengdeng. sebab tu dekat semua gambaq kalau hampa perasan ada belahan asmara kat tengah2. apakah itu belahan asmara? entahlah aku reka je term ittew.

Selama ni bila dok belek muka kat cermin mesti berkata dalam hari 'eh pahal lubang hidung aku kembang sebelah?' ataupun 'kenapa bulu mata kanan aku lebih lentik tetapi mata kiri rajin mengeluarkan tahi?'. sekarang nah amek kau bila muka terlalu simetri jadi aneh semacam je rupa kita huhu.



Kalau guna efek ni memang siok, sebab boleh buat lubang hidung kita jadi satu. tapi aku rasa wajah aku di atas kelihatan lebih kepada belalang, bukan manusia. itu kat dinding tu biasa la kotoq2 sikit, macam la rumah hampa takdak kan miumiumiu :P 



Yang ni pulak aku rasa macam ada rupa pendakwah bebas pun ade. tapi kurang jelita sebab hidung jadi kecil. hidung kembang-kembangan barulah seksi, senang nak korek dan bersihkan kerak hingus yang sudah kering. spek mata pun macam tak real ja tang tengah2 tu..lalala



Tetiba ubah bekgron pulak dah... sekali lagi muka macam belalang. lepas tu muka kurus lonjong. rasanya nanti muka aku macam ni kot kalau kena aneroxia kahkahkah



Bila perhati lelama, aku rasa macam muka angry bird pun ada nih. takpon doraemon yang kena hempuk batu bata dekat muka. 



Wahhh jelitanya sayaaa! macam anak hasil perkahwinan Woody Woodpecker dan Daisy Duck wuhuuuu sapa gelak berdosa.



Korek hidung sikit... tapi jarak antara kedua lubang hidung agak rapat pula. hermm.



Agaknya macam ni kot muka aku bila dah kawen dan dapat anak 8. mengembang macam buah tembikai disuntik botox dan kollagen.


Hahahaha itu je taknak tunjuk lelebih nanti yuollz terpesona dengan pancaran cahaya kecomelanku yang boleh merosakkan kornea :P



Sunday, March 4, 2012

ulat resdung main ice-skating

ASSALAMUALAIKUM YUHOLLLZZZZZZ!!!!

yuhuuuu bapak ah dah berbulan tak hapdet..last hapdet cerita pasal kejadian di awal first sem, kali ini lagi 2 hari nak bertukar menjadi pelajar mithali semester kedua baru nak hapdet wihuuuu semoga kamu paham apa yang ingin saya sampaikan ngehngeh :P


baiklah hari ini saya ingin memaparkan gambiaq2 comel kenangan semasa part 1 yang menjadi koleksi aku kat dalam leptob. ayuh mari mencairkan tahi mata dengan menonton gambar yang indah inniiew!



jeng jeng jengggg inilah tangan aku ketika musim final exam hari ittew.. comial tak? comial tak?  ini bukan kena cakar dengan ular mahupun piktografi mesir purba tapi ianya adalah....


huhuu iolls terpaksa okayyy untuk mengepit tangan sendiri demi tak terlelap masa mengulangkaji pelajaran. mampu ko? tiap malam keje aku kepit tangan sambil sedut neskepe.. 



yang ini pula serpihan darah aku di atas ketas.. saja gedik ceconteng guna darah pulak kerana conteng guna pen terlalu mainstream. miehehee. darah ini termeleleh apabila kena paper cut ketika asyik membelek kertas. padahal apa yg tertulis kat atas ketas tu bukannya aku paham sepatah pom sebab pegi bengkel conveyancing yang takdak kena mengena dengan budak part 1 



ini pula keadaan tapak kasut aku yang baru 2 minggu guna. haree betui kaki macam denosor mimang lah cemni kasut yang dipakai harus rosak semuanya. tak percaya tinguk kasut yang sepasang lagi tu yang terbaring seksi atas lantai.  ade ko tengok manik manik labuci dia chantek? luruh habis habaq hang



ketika makan di seksyen 2 aku tergedik nak main bengkok2 sudu makcik kedai makan ni hihi.. lepas tu masa aku blah makcik yang angkat pinggan tu bebel marah2 sebab melihat keadaan sudu yang nazak ini. haktuiii sapa suruh hang guna sudu lembik??? 





tetiba ada muka yao ming dekat fac.. entah sapa la yang rajin ni huihuiii.. tetiba ada orang plak dah yang tulis 'mind your word'. hahahahaha yeuw must be new~ ni mesti kerja mas misnawee buka-bukaan 19 tahun ke atas.



nak kata aku gendud lettewww.. sapa suruh tinguk perut aku. ni haa mai tinguk atas kepala aku. tudung hanah tejimah uollz. hang bulih ka pi jenjalan kat giant pakai cemnni. itu bukan pesmina ye kakak habang. ittuw baju tidoq. yaarr saya pakai baju tidoq atas kepala. problem?


heehee saya tidak keseorangan! 




semasa bersiar-siar juga terserempak dengan selipaq ni secara tetiba.. agak2 ni apa eh? nak kata upin ipin tapi apa pasai ada telinga macam tedi bear? nak kata muka manusia pun tak boleh sebab sekali imbas dah macam rupa babi je aku tinguk huekhuekkk~


okay itu saje.. aku nak haplot lagi tapi waifai kat sini alahai macam tahi keras yang tak lepas peristalsis. nantikan bahagian kedua pulak masa aku nak masuk sem 3 hihihi