Sunday, May 15, 2011

Entri penuh ghairah

Semalam, kite pegi bersiar-siar sampai minyak kering lalu singgah sebentar ke petronas. tiba-tiba ada abang kacak datang dekaaaat sangat dengan kiter lalu tersenyum manja aww. kite ingat dia nak mintak no telepon kittew, tapi rupa nya nak cuci cermin. ohhhhhhhhhh



abang kasi cuci bersih aaarr.. itu taik burung kering pun you kasi kikis 


selepas itu kami pun pergi ke carwash. wengwengwennggg tak sangka kat sini ramai jugakkk jejaka idaman kalbu ewah. kami disambut dengan begitu mesra sekali. buat seketika, saya berpikir adakah saya dikelilingi oleh para bidadara yang begitu menggoda? almost paradiseezzz~~~ 


dari kerana mataaaa yg mempunyai kuasaaa

hai adik manis.. abang manis buat peace kasi sama adik


talking to the moonnnn~ feeling encik marikh

negaraku.. tanah tumpah nya darahkuuuu

ohoi cuba hang tengok gambaq kat atas nih. siap ada reflection muka adik aku lagi tuewwww jeles tauuu.. dah la ane tu siap buat muka macam tengah berlakon video klip. kalau muka aku yang ada kat situ kan best, teros aku bagi dekat MAX247 suruh buat cover album depa. vleyyyyy????


lepas tu tadi kannnn kittew pergi kenduri kawen sedara kittew hikhik. mengantok gila kot nak tunggu pengantin datang, tapi bila dah datanggggg ewah terbeliak lubang hidungku. pengapit dia hansom!!



mintak maap la kamera cabuk, tangan pun menggigil je. tapi yang penting pengapit hensem hokayyyy tapi aku rasa dalam gambaq ni tak hensem lah pula oink oink. malu2 ayam gituuu abang pengapit terbabit, berdiri pun tegak semacam aje. abang ni tentera darat ke? ehek ehek. pengantin lelaki tu pon tak memalu macam beliau roaaaaaaarrrrrrr.


tapi kesian saudara jurufoto dok leka hambek gambaq pengantin, takdak pon gambaq yang ada dia dok posing sekalik. wuwuwuwuwuuu takpalah janji kulit kamu gebu *eh tetiba* meow meow. mata beliau pun sepet sepet gittew hamboi sejak bila aku suka jejantz kulit putih ni??



nasib baik lewww kamera kita tak canggih, kalo tak dah lama kittew kasi zoom 68x kat muka hang. lepastu masa kittew keluar kittew nampak abang pengapit mulut dia tengah berasap. hamboiii geramnya haku tengok rasa nak pergi dekat dia berjabat tangan lalu mintak otograp kat lengan baju kurung. ok dah.



cuba hang tengok budak baju ben10 ni. banyak la jugak gambaq dia aku dok hambek. sebab ape? sebab bila aku usha muka dia terus aku terpikir 'NI DAH BESAQ MESTI HENSOM' kekekeke. syiok gak dok usha budak nih, terasa macam usha peragawan yang hot lalala. tetiba budak ni perasan aku dok perati dia pastu dia dok tenung aku lama2. woii serius seramzz tengok muka dia time tuh, menggoda gila! wakakakakakakaka ni dah besaq mesti jadik pleboi. tak berani aku nak tinguk dia lama2, terus aku jelir lidah dan menyorok. kuengg3.



hamboii bergaya betul si fashionista kecil ini. ala2 rimau gittew. dik, nanti bila umur hang dah masuk 16 tahun baru akak delete gambar ni dari blog hokayyyy... muah muah di pipi kiri, kanan dan celah ketiak mu!


lepas perut jadik buncit sebab dok telan lauk kenduri, maka kamiorang(?) pun pergi ke sepital kerana mahu melawat orang sakitzz. hokayy masa kittew pegi tu ada la dalam 5 famili tapi lepas tu terus jadik errr berapa famili ntah tapi ada la nak dekat 60 orang 0.o  tak sangka pulak dalam reramai tu ada 2 ekor hanak ikan yang sedang meningkat remaja. wuuuuuuuuuu seronot seronot. tak sangka pemili haku ada budak lelaki yang dewasa. aku ingat semua pompuan lalalalalalalalala





HAHAHAHAHAHAHA hambek kau nama glemer aku tuuuu.
kalau nak tau Elin tu nama artis aku kat dalam bilik.
kbye!

Wednesday, May 11, 2011

Baju kurung putih kain gelap bla bla bla uitm bla bla mds oink oink

Acik nengok ada jugak la beberapa ketoi keyword yang dok mencarik contoh baju kurung putih kain gelap untuk pakai masa orientasi nanti. hekhekhek. sori la kat sini takdak tunjuk macam mana contoh nyewww, sebab masa zaman acik dulu, takdak lah pulak kena pakai macam ni.


Tapi tadi ada lah terjumpa komen ni :




okie, ikutlah cakap kakak ni eyh. beliau memang sumber yg boleh dipercayai. bye bye!

Monday, May 9, 2011

Minggu Destini Siswa UiTM.

Ada orang tanye kat ai pasal Minggu Destini Siswa kat formspring. sebab malas nak tulis jawapan panjang2 kat sana, lebih baik buat satu entri terus. kot2 lah berguna untuk bakal student uitm kannn.. itu pun kalau ada orang yang baca entri ni lah. ehehehe




Minggu Destini Siswa (MDS) ni kira macam orientasi lah. masa awal2, depa buat dekat kolej masing-masing. masuk hari kedua/ketiga, buat dekat tempat yang besar sikit yang mana boleh muat semua siswi dan siswa. aktiviti dia banyakkkk pasal ceramah ceramah. program ni seminggu je, dan sepanjang tempoh ni memang tak best langsung habaq hang! hectic gilerrrwwzz.


oke ni nak cerita pengalaman aku masa dulu...


masa hari first daftar, aku sampai dalam pukul 12 lebih. masuk bilik, rehat kejap, dah ada pengumuman kata kena berkumpul pukul 2 ptg macam tu. grrr tak sempat kemas barang tauu, geram betul. kena berkumpul kat dalam dewan (?) kolej mawar yang masa tu agak panas dan tak selesa langsung. masa tu aku rasa berlengas gileww dah la aku tak makan langsung memang perut aku kembong dengan angin lah. masa ni ada lah akak2 fasilitator dok potpet potpet dan ada juga sesi pemilihan penghuluwati. then ada lah dia kasik macam2 kad/borang yang kita kena isi dekat situ jugak. oleh itu jangan lupa bawak pen dengan gam sebab nak guna bila nak tempek gambar. 


lupa pulak nak pesan. nanti hangpa semua mesti ada bawak macam2 dokumen kan??? surat tawaran lah, borang elaun lah.. bawak je semua tu okayhhh. tapi rasanya tak payah la bawak x-ray hang tu ke hulu-hilir. besar gedabak kan menatang tuh? so tinggalkan je dalam bilik. nanti kalau akak fasi kata nak bawak hangpa pegi daftar & buat kad matriks, barulah bawak. 


bila waktu malam, ada jugak lah kena berkumpul bagai. memang seksa masa orientasi ni, mengalahkan pegi kem kepimpinan je. oh ye, solat berjemaah tau so jangan lupa bawak telekung bersama anda. pasal pakaian sepanjang orientasi pulak, opkoslah pakai baju kurung & kasut tertutup. jangan pakai selipar jamban kamu ohkeyy nanti kakak fasi marah hehe. bab kasut tertutup tu, dulu kami semua kena pakai kasut sport. yeahh, baju kurung bersama kasut sport. vogue bukan?? lagipun selesa jugak la bila pakai sport shoes sebab nanti banyak berjalan. kalau gedik pakai sandal pompuan memang alamat nye kaki sakit lah. dan kalau uollsz rambut berwarna,, biasanya akak fasi suruh hitamkan rambut/pakai tudung. sebabnya time ni memang kena betul2 ikut dress code uitm huhuuuu..


makanan memang disediakan sepanjang MDS, jadik tak payah susah hati ye. pesan aku, hangpa sila lah makan! kalau tak lalu dengan makanan yg disediakan tu pun kena makan jugak. sebab orientasi ni memang memenatkan gilerr dan hangpa boleh pengsan sebab kekurangan tenaga. ewahh macam doktor plak dah. air jangan lupa bawak tau, jangan harap nak mintak kat orang je. sebab student ramai, kena pakai baju kurung liplap, rimas rimas maka dinasihatkan bawak lah kipas tangan ke kertas ke yang agak2 boleh kipas ketiak. wengweng dulu aku menyesal giler tak bawak sebab hampir setiap masa ketiak aku banjir. huahahaha


nanti hari kedua kot, barulah kakak fasi bawak pergi daftar & buat kad matriks. masa ni buat lah pose comel2 sikit eh, barulah nanti tak malu nak gantung kad matriks kat leher sebab gambar chanteks. bawak lah segala dokumen & x-ray bagai yekk. lepastu nanti uollzz akan dapat baju batik, lanyard & card holder, file etc. kalau bernasib baik dapatlah semua tu, tapi yang aku dapat dulu lanyard jekk! arghhhhhh habis duit bapak aku bayar baju batik, sampai aku dah abis asasi pun tak dapat lagik grrr.


hari seterus nya, akan dipenuhi dengan pelbagai ceramah yang boringgggg gillewrz. tapi jangan lah pulak dok asyik tido je sebab ada antara ceramah tu yang boleh tahan best dia. masa ni, takde lah rasa sengasara sangat sebab siswi dengan siswa duduk kat dalam satu dewan! wakakaka agak2 kalau boring, boleh la try usha jejaka hot raaawrr. lepastu akan ada lawan cheers antara lelaki ngan perempuan. masa ni memenag best gilerr sumpah tak tipu. segala kebosanan, rasa rimas terus hilang bila tengok siswa kacak buat cheers lalalalaa.. tetiba hangpa akan rasa terus semngat gitteww :DD


oh ye nanti akan ada abang2 n akak2 fasi ajar lagu uitm sebab masa majlis penutup kena nyanyi ramai2. lagu uitm ada dua; UiTM Di Hatiku dengan Wawasan Setia Warga UiTM. agak2 nak tau lagu tu camne sila lah terjah youtube eh, nak hafal terus pun takpe. masa majlis penutup nanti, semua orang kena pakai baju batik. yang lelaki pakai dengan seluar hitam, perempuan kena pakai dengan kain hitam & tudung hitam. sebab aku tak dapat baju batik, aku kena pakai baju kurung yang ada kaler biru2 gitteww. arghh menyampah, lepastu kena duduk barisan belakang sebab bagi budak yg pakai baju batik duduk depan.


bila dah habis seminggu tu, boleh la uolls balik rumah. hikhhik. yang rumah jauh tu toksah la balik buat menyusah je. duduk je kat kolej dengan rakan2 baru takpun balik rumah sedara yg terdekat. okie tu je lah kot pasal Minggu Destini Siswa.



soalan seterusnya pasal dobi. dekat kolej memang ada mesin basuh yang kena letak duit tu. dryer pun ade jugak. dekat setiap level memang disediakan dekat bahagian jemur kain. harga dia kadang-kadang RM3, kadang-kadang RM2.50, RM2 pun pernah ada jugak. pelik2 je lah washing machine tuh hikhik. duit syiling yang encik mesin ni terima hanyalah 5 posen & 2 posen. *ok, perlu ke aku cakap?*




macam ni lah rupa beliauu...



lagi satu nak pesan, kalau nak sidai baju yang mahal2 dekat ampaian tu fikirlah 20 kali sebelum nak sidai. sebab penyamun memang banyak.


sekian saja dari saya, byeee :)





Saturday, May 7, 2011

Khas buat bakal penghuni Kolej Mawar UiTM

Assalamualaikum!!

Patut la ada keyword Kolej Mawar UiTM dok masuk, rupanya result upu baru keluar yek. hekhek tahniah la ye hangpa semuaaaa.. pertama, sebab dapat masuk menara gading *ewah*. kedua, sebab dapat Kolej Mawar!! hahahaha nak tau ye pasal kolej ni?? meh ahkak citer kat hadek-hadek sume :P


Dekat kolej ni, ada 4 ketul blok. blok 1A,1B, 2A & 2B. Blok 1A & 1B penghuni dia ramai budak asasi dan diploma. degree pun ada gak tapi tak ramai sangat. bangunan dia 4 tingkat je dan takde lif! tapi kalau uoll budak asasi, selalunya first sem dapat dok level bawah2. paling tinggi pun tingkat 2. sebab apa? sebab asasian kan selalu masuk awal... tapi, sem 2 nanti merasa lah dok tingkat atassss tu. kalau kau jenis budak baik, pembersih, skema haha dapat lah dok level 00.


Blok 2A & 2B pulak untuk akak-akak degree gittewwww.. bangunan ni 7 tingkat dan sudah tentu ada lif (sila jeles). bilik dia pulak untuk 2 orang je. tapi kalau blok anda bakal tinggal ittew 4 orang yekkk harap maklum. jangan gedik kata tak best dok reramai dalam satu bilik. syiok woo habaq hang! 




nanti bila hang masuk, secara otometik hang ada seketul katil, sehelai meja yang comel ada rak buku di kepalanya, sebatang softboard, sebidang kerusi & 2 bijik lobang tempat cocok plug. haritu aku ada dapat bantal seketoi. kalau nak tengok, tu haa kat gambar atas ni, bantal petak2 kaler biru ittew. taktau la dia kasik pinjam ke bagi free, tapi bantal tu sekarang ada kat rumah aku wakaka. nanti bawak la cadar sendiri, bantal sendiri. kalau nak harap bantal yg dia bagi tu errrr tak berkenan la aku kalau nak buat letak kepala bila tidoq. nanti tak payah la susahkan diri bawak tilam sebab memang disediakan. tapi kalau tulang belakang hang jenis yang gedik mahu tilam spring aje, lantak ah hang bawak pi lah :P




ni kat laluan luar bilik. bila dah ada rak kasut tu, silalah susun segala heels, wedges, glad, selipar jamban apa semua jangan pulak pegi sidai spender kat situ. antara aktiviti sihat yang boleh dijalankan di sepanjang laluan ni ialah bermain layang-layang, baling2 kasut jiran & jutaria.




kalau pasal wifi, opkos kat sini ada. tapi ikut nasib la kalau kedudukan bilik hang strategik, dapat ah layan tenet laju macam taik cirit. kalau tak, memang macam sembelit ala2 taik batu atau tak dapat langsung. wifi paling laju ada kat gazebo dengan kerusi mekdi. haha over gitu nama kerusi mekdi. tuuuu gambaq kat atas tu lahh yang ada kerusi merah oren tuuu. masa gambaq ni depa tengah shooting pilem apa ntah. dua alam kot. wakaka.


hangpa yang baru dapat result upu ni intake bulan september eh? asasi pun ke? sori i taktauu hekhek. tapi kalau uoll budak asasi yg masuk lagi awal, sangat heaven habaq hang sebab wifi memang superb gila babi. yelah kolej kosong kannn yang ada hangpa ja.dulu aku siap layan ada apa dengan cinta kat youtube. takde buffering langsung hokayyyy. kalau nak guna wifi, ada uitmsalamstudent dengan streamyx hotspot. uitmsalamstudent kalau nak guna kena register dulu kat student portal, tapi kalau streamyx uoll kena ada password. id : utp100000, password : tmnet123. baik kan aku bagi tauuuuu horhorhor. tak ramai pun yg tau password strimiks neh.



nanti bila nak masuk kolej bawak je lah apa yang nak dibawak. karpet ke, pasu bunga ke, gergaji ke, pisau kupas buah ke, ridsect ke bawak je ikut sedap hati. tapi kalau rasa payah nak bawak banyak2 barang masa daftar, donwori koop kan ade. weheeee abang indon yang jaga tu ada sorang yang hensem wohoo. anak tauke pun boleh tahan jugak. kat sini segala benda ada penyapu, penyodok, mop, berus jamban, makanan, alat bantuan pernafasan, koyok, air kacip petimah dll. lesung batu je yang aku tak pernah nampak kat sini. sabun cuci kereta pun ada jual. isk3




barang letrik kena daftar habaq hang. satu benda sepuloh ringgit. grrrrrr cekik darah betoi. agak2 macam hang pakai henset jenis sama ngan rumet hang, kongsi lew daftar baru jimat. begitu juga iron, charger laptop, hair dryer, blablabla. tapi dulu aku satu bilik kongsi bayar iron, charger henset, laptop & heater. kami daftar buat syarat je, tapi bila dalam bilik masing2 keluarkan iron sendiri, charger sendiri wohohohoo. pandai2 lah nak hidop. agak2 nak pegi kelas tu toksah la tinggal benda tak berdaftar kat atas meja/katil. nanti dapat lah kamu sijil anugerah tatatertib yang amat dinanti-nantikan oleh semua warga mawar yang jelita, anggun dan menawan. 




kolej ni rajin betoi buat spotcheck. herghhhhh rasa macam zaman sekolah dulu je. kasut sepah, bilik tak kemas, gantung plastik kat tingkap, ada sampah dalam bakul sampah, kipas/tingkap berhabuk semuaaaaaaaa dapat tatatertib. aku entah berapa kali ntah kena, malas nak kira. kadang2 geram gak kesalahan kecik macam ada sampah dalam bakul sampah tu pun kena. huarghhhhh logik ah sikit takkan aku nak letak berus gigi aku kat dalam tu kot. lain la sampah aku melimpah-ruah kannnnnnn baru logik kena denda. haih


satu kesalahan, 10 ringgit. kalau bilik hang kena tatatertib sebab sorang tak susun selipar, bukan sorang tu yang kena. semua kena jugak. wakakaka. bukan hangpa kena kutip sorang rm2.50, tapi sorang rm10. hahaha best siolllll. bila  first sem pun dah dapat tatatertib, otometik sem 2 nanti hang dapat bilik tingkat 4 takpon 3. wehuuuu merasa la naik turun tangga tiap hari nohh kasi merembes sikit ketiak kamu ittew. sapa yang lemak tebal kat perut tu ambik lah peluang ni untuk eksesais. (tapi aku rasa bila aku duduk tingkat 4 aku lagi gendut ada lah wehuuuu) dan manusia2 yang takde dapat tatatertib tu, syok ah dapat bilik bawah sekali. sebab tu aku kata depa ni budak baik dan skema hahaha peace! (' ')v 


tapiiii kolej mawar ni dekat je dengan Dataran Cendekia. ada tempat makan, atm, bus stop, abang engineering hensem pon ramai yang suke berkeliaran kat sini wohooo. kadang2 ada la konsert kat sini. antara artis yang pernah menyanyi live kat sini rohana jalil, m.daud kilau & zaiton sameon. kelas gittewwwwwwwww




lepastu dekat pulak dengan sec7 yang banyakkkk ane hensem kerja dekat mamak. hikhikhik jalan kaki kejap je sampai toksah gedik pegi naik bas. masa baru masuk dulu, gagah la aku naik bas tunggu lama2 bayar singgit nak pegi makan kepsi sec7. rupanya jalan kaki dekat gilerr, jimat plak tu. jahilnya aku. kalau sakit pulak, dekat je dengan pusat kesihatan tapi tak pernah la pulak aku pegi.





kalau boring-boring tu, boleh la ajak kawan2 berenang ramai-ramai dalam tangki air ni. memang best, lagi2 kalau menyelam banyak woooo hidupan akuatik. nak main golf pon boleh kat kawasan rumput tepi2 tangki tu, tapi kena bawak kayu & bola golf sendirik lepastu korek lubang sendirik ye.


oh ada lagi benda annoying kat mawar ni. dia punya announcement... mak oiii kerap gilaaa!! rasa nak tetak je speaker kat luar bilik tuh. lepastu banyak pulak kucing berkeliaran. kalau hang dok kat blok 1B, hang bakal terserempak dengan objek2 aneh di sepanjang koridor. objek aneh tu nama saintifik dia taik kucing. ada yang bulat2, panjang2, dan ada jugak yang telah terpenyek akibat dipijak.

oklah sekian terima kasih.




akhir kata, selamat menikmati kehidupan di kolej mawar yang bertaraf 18 bintangz. 


Wednesday, May 4, 2011

Kekasih Gelapku


Ku mencintaimu.. 
lebih dari apa pun.. 
meskipun tiada satu orang pon yang tahuu..
ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku..
meskipun engkau hanya KEKASIH GELAPKUUUU~~




amboi kak.. sedap noh suara hang menyanyi. KAH18.. ni nak tanya, hangpa pernah ada 'kekasih gelap' tak? hokhokkk i adew uollszzz......



tak payah nak heran dengan profile pikku aku. memang suka letak gambaq pelik pelik pon. tengok la aku in a relationship dengan siapewww. hahaha beliau lah kekasih gelap aku. maksud aku, memang betul-betul GELAP. da da da sebenarnya aku pon tak ingat sejak bila aku ada hubungan sulit dengan dia ni. wakaka. kalau nak tahu siapakah gerangan beliau nih, silalah baca entri iniew.


profile pikku beliau di pesbuk. hensem kannnnnnnnnnnn. sila jangan terpegun terlebih dahulu. dia ni metcham aku gak, suka letak gambaq orang lain. biasalah, laki bini kepala mereng. oppps

tapi hakikat nya ini lah beliauuuuu. hikhikhik

nama diberi, עטפּ עדאָפּטמה

עטפּ עדאָפּטמה?? pelik betoi nama dia. memula aku tak reti baca. lama-lama baru tau NAUGHTY GUY rupanya harwarwar tima kaseh la noh semah rumet ku yang pandai membaca wakaka.

sekali pandang macam melayu pon ada gak. ngehehe

mandi manda di lautan hindi

kalau nak tau, aku jarang bercakap dengan dia nih. erkkkkkk. padahal letak in a relationship kannnnn..... tapi yang pelik nya laki orang lain pulak yg dok bersembang ngan aku. kan nur zaiimah kannn? sila bawak balik suami kamu..!!:P 

nur.. mm waiting for yaar..!

yang kat atas ni roommate aku punya skandal wakakakaa. beliau sangat peramah hokayy selalu dok tegur aku kat pesbuk lalala. pernah sekali tu aku layan dia baek punyaaa sebab ingat dia nih si naughty guy. boley plak kan tak kenal laki sendirik. hadoiii. lepastu kena marah dengan emma lepas tu baru sedaq tersilap orang.

tak silap aku si naughty guy dengan mamat kat atas ni jiran kot. muahahahaha elok sangat lah tu kann. oh ya lupa pulak nama beliau naveen, dan nama si naughty guy krishnalal :P yaar. depa orang india. kami selalu communicate dalam BM takpon Malayalam. wohoo! cool tak?

dari parit buntar ke kerala. lol

miahaha sebenarnye kitaorang tak serius pon. memain je! huhu. tapi kalau ada jodoh pon kira oke lah jugak KAHKAHHH. tapi yang aku perasan depa ni jenis yang suka dok buat sweet gitu. paham tak? jenis yg shukew panggil orang dear lah apa kejadah semua. aku bab macam ni geli geli sikit tapi memandangkan depa ni dok jauh, bukan depan mata aku, aku pon layan je lah. wakakakaka. dann dannnn dannnn naveen suka panggil orang SAYYANG!! hukhuk geli ususz i :P

lepas tu kalau dok komen2 kat pesbuk style dia mesti ada : letak titik banyak, tanda seru, love dengan smiley kat setiap hujung ayat. contoh macam ni 'heyy da! watcha doin...!:D' 'hey nur..! i mizz yew..!:P' ok sumpah comel. tapi dalam kecomelan tu aku rasa geli bila depa sesama jantan pon dok sembang buat stail lagu tuh! arghhhhhh plis plis plis kamu jangan nakal


oke sekian saja lah cerita saya pada hari iniew. bye!