Monday, April 18, 2011

aku pon ada ADIK ANGKAT jugakkk

assalamualaikum warga bloggerrrrr....... hikhikhik

tadi kannnn aku bangun pagi lepas tu tido balik lepas tu bangun dan tido sekali lagi lepas tu bangun. arghhhh apa aku tulis ni. senang cakap aku banyak tido lah lepas tu bangun masa pukul 3 lebih tadi kot. 

aku bangun je, masuk jamban, minum old town white coffee plastik hijau (gila minum kopi tengah panaz di hari yg panaz), baca buku cerita 5 baris lepas tu lari keluaq rumah pi siram pokok bunga. ni betoi aaa tak tipu. dahtu mak aku jerit suruh aku makan nasik tapi aku kata dah kenyang. aneh aneh padahal pagi tadi aku makan rangka ayam tiga kali gigit lepas tu tertidoq kroh krohhh.

yaaa ingat tak aku pernah kata aku tanam pokok bunga matahari? aku pegi siram depa lah. selama ni aku biar adik aku je siram tapi di hari yang mulia ini biarlah saya menyiramnya pula walaupun matahari tengah memanchor dengan jayanya.

oh ya, mereka ini jugak lah adik adik angkat saya. sweet kan? hangpa ada ka adik angkat pokok bunga matahari? mesti takdak kannnnnn? HAHA. 

adik2.. say hi to kakak & abang yg tgh baca blog ni!!

semua ada 4 ekor. actually tanam 5, tapi yang sekoq lagi tu terbantut ke hapa ntah tak tumboh la pulak. ni  sebenarnye tengah semai sebab tu letak dalam satu pasu. antara kandungan medium semaian ialah baja taik cacing, pasir sungai kerian dan tanah loam dengan nisbah 1:2:3. muehehe ni kalau cikgu KHB aku baca mampos kena baling dengan gergaji :P


sekarang meh kita berkenalan dengan adik2 angkat ku yang chomal :D

yang ni nama dia AHMAD TAJUDDIN. boleh panggil DIN je tapi adik2 dia panggil ABANG UDIN. yang paling sulong ah dia ni sebab nampak besar dari yang lain. muehehe. hobi dia bermain basikal dan bercita-cita nak jadi pilot pabila dewasa kelak.

ini pulak SITI RODIAH tapi nak orang panggil AGNES MONICA. sebab apa? sebab dia kata agnes kan nyanyi lagu mataharikuuu. boleh kata dia ni gila glamour jugak lah. hobi menyanyi, cita-cita jadi anggota rejimen askar melayu diraja. cehh, ntah pape. macam la dia tau dia tu bangsa apa -.-'

yang ni AARON JOHNSON. tengok nama pon dah tau kan dia bukan dari Malaysia. dia ni datang jauhhh nuh dari Texas. kira sekampong lah dengan Diana Danielle tapi si aaron ni takde la pulak tunjuk minat nak jadik pelakon. walaupun datang dari US, depa ni takdak masalah bahasa dalam pergaulan sebab yelahh, bunga matahari kan guna satu bahasa yg sama. lalala 

yang paling kecik ni nama pulak YURI GAGARIN. nama dia sempena dengan tahun ke-50 encik gagarin pegi ke angkasa lepas. zzzzzzzzz. hobi dia bermesra dengan anak cacing dan takdak cita-cita lagi sebab masih bayi.

huhu comel kan adik adik aiiiii? ada tak yg berkenan nak buat anak ikan? oppppps ..

lepas melayan kerenah adik2 angkat, aku pi gedik-gedik ambik gunting yang besaq tuh. alaa, yg orang dok buat berkebun tu lah. pastu aku guna gunting tu buat potong misai kucing aku yang dah panjang. hehe tipu je lah. aku pi potong rumput ah apa lagi. aneh betoi, orang guna sabit aku pi guna gunting. lantak ah kannnnn..

comel tak? comel tak?
nak buat bentuk love konon tapi tak berapa nak jadikkk

nah kasi zoom in sikit. sorry kamera cabuk :P


aku buat kerja ni kat bawah panas okeyyyyy. memang macam orang bodoh. lepas tu macam orang biol tangan menggigil segala. like seriously, menggigil macam orang parkinson. huh. yaar sebab aku tak makan lepas tu pi gedik bawah panas kannnnnnn sapa suroh kan dah padan muka.

lepas tu nak amek gambaq pon abes goyang segala macam tangan orang tak pernah kena bedung.


warghhh bencik bencik! sebenarnya sampai sekarang ni pon tangan dok menggigil lagi. haih. tapi bila pegang benda je lah. kalau rilek rilek tak jadik apa. menyusahkan aku nak pegang gelas minom ayaq jaa. grrrr. 

oh ye, tadi petang aku tengok TIGER FUTBOL STARZ. hang ada tengok gak tak? best gak hehe sebab dapat cuci mata. segar segar gituu anak2 ikan nyewww. ada yang nama fareez tu amboiii hakhak.

ok lah sekian saja entri buat kali inniew. doakan tangan aku elok pasni tak macam nenek ketaq ketaq dah okeng! baibai


Wednesday, April 13, 2011

REVAMP!

Hai anda masih lagi berada di blog Hikayat Stoken Berlubang, toksah dok buat-buat terkejut hehe. apa ingat ulaq sawa ja ka boleh salin kulit? blog busuk ni pon nak jugak tukaq kulit pesen lain walaupun jarang hapdet. 

grrr aku sebenarnya takde idea sangat macam mana nak mekap blog kasik cantek macam hampa punya. dulu masa sekolah aku tak dapat peluang nak jadik AJK Kecerian Kelas, sebab tu kurang pengalaman dalam bab dekoret dekoret nih. sila salahkan guru kelas yang tak melantik ittew. LOL

apa hang rasa bila tengok header aku? ada rasa nak mutah tak? hehe. sapa kata header aku tak cantik aku sumpah mata dia jadik mata kayu sebab tak reti menilai apa itu seni hahahahahahaha. (ni kalau budak art baca sumpah sawan mulut berbuih sebab pikir aku perasan gila lalalala) kalau nak tau aku buat menatang ni sambil makan cekodok dengan minum kopi jantan. sebab tu hasil dia macam ntah hapa je lagi. kalau makan cheesecake mesti lagi santek kot (?)

mintak maap la sebab blog aku pink pink segala. aku pon taktau kenapa terguna kale kulit oink oink nih. baru aku perasan, segala mak nenek tambleq, twitah, pomspreng, frenstah, potobaket aku semuaaaaa ada unsur PINK! hekhek girls will always be girls. eleh, hangpa pompuan yang tak suka pink tu pon mesti ada at least selai spenda pink kan? kan? HORHORHOR *gelak setan* 

sekadar gambar hiasan

bukan kale pebret aku pon sebenarnya. tapi ntah, kadang-kadang sesetengah benda tu nampak kiut kalau kale pink hehe contoh nya selendang kak rosnah mat aris :P

ok dah bye!