Thursday, January 27, 2011

kelemumur warna pink

minggu ni aku rasa macam biol biol sikit. hehe. haram ahh pening otak aku. kalau ikutkan hati nak je aku pegi berendam kat dalam tangki taik mawar tuh. hoh

sebenarnya tadi aku mengantok giler babi kot..... menulis sampai tertido gitteww habis kertas saya basah kena air liur. lepas tu tiba2 tersedar, pegi iron baju yang degil nak tanggal kedut. gosok baju sambil mereng-mereng rasa nak tidur. 

dan tiba-tiba saja nak dengar lagu SM.Salim kat laptop lepas tu terkejut sebab kat katil ada wifi! maka secara tak langsung hilang terus rasa nak ngantok. amboii hebatnya kuasa globalization. hek hek hekkk

okie esok saya rasa nak pegi makan kat shauqi sebab nak tunggu abang snowcap hensem! dan yeah, lepas tu nak singgah koop perindu nak usha abang koop yang tangan berketul2. kuang kuang kuanggg

Saturday, January 22, 2011

kamar beradu artis

Hai warganegara blogger! assalamualaikum dan salam perpaduan saya ucapkan buat kalian. harini aku rasa terlebih gedik sikit sebab tu nak post dua entry dalam sehari. huehehehe. merujuk kepada tajuk di atas (ewah macam surat kiriman rasmi la pulak!), hari ni aku nak tunjuk kat hampa suasana hari raya bilik aku yang sentiasa chantique, kemas dan wangeeee sepanjang masa (padahal bau mcm tulang ayam) hahaha :D

treng teng teng tenggggg.... 


mempersembahkan barisan artis yang menginap di bilik innew. hihihi.. chomel tak nombor bilik kami? 1A-04-12 gittewwww. ni dah tau nombor bilik, nanti rajin2 lah hantar surat ke, poskad ke, kad raya ker. insyaallah kalau tak bizi aku akan balas. saya memang akan melayan segala surat-menyurat dari para peminat :P :P LOLOLOLOLOL



pemandangan di waktu petang. ehauuu kelabu asap gittew. maklumlah kamera murahan kannnnnn. fyi, bilik aku kat tingkat 4. sebab tu pemandangan dia auwww segalanya boleh nampak tauuu. tu belum lagi aku dok kat tingkat 7. lalala



chantique kann? ni tatkala senja gittewww. tak payah pegi tepi pantai, dari koridor mawar pon dah boleh tengok sunset. huahuahua. yang bercahaya meriah sikit tu encik jakel. amboii bukan main lagi tau lampu dia tuhh tapi kedekut bila pukul 10pm je dia padam lampu ittew. huuuuu



bilik aku kat hujung sekali, so sangat lah dekat dengan segala tangki air, tangki septik segala. dari koridor boleh je nampak taik warga mawar berenang-renang dalam kolam yang comel ittew. tapi yang berenang tu taik yang sihat je sebab dia boleh timbul. kalau taik orang sembelit dia tenggelam sebab padat dan tak cukup ruang udara sebab tuan dia tak banyak makan fibre. kah kah kah

bilik yang hujung sekali tu memang suka sidai baju banyak-banyak kat tingkap. huhu

kalau gayut2 telepon ngan mak inilah pemandangan yang selalu ditatap. harhiarr

abang lori sampah

tangga kat tepi bilik. port aku kentut tiap2 hari. wakakaka kantoi :P

kolej mawar tersayang yg seram dan kuat makan duit orang! grrrrrrrrr
ini gambar saya ambil dari luar tingkap. nasib baik kamera murahan ittew tak jatuh! huh.

gerobok saya yang penuh dengan baju kepam basuh 2 minggu sekali


meja setadi yang ntah pape. burok gilerrr. aku pemalas sampai takde usaha nak kasi hias letak reben2, gantung belon kat meja sendiri. sem lepas rajin lah jugak aku tempek segala gambaq kat soft board tu. tapi sem ni harammmmm

ini konon2 runway. tiap hari aku catwalk kat sini wokehhhhh. kelazz gittew. 


amacam uolls? best tak? best tak? hik hik hik. sory takde gambaq katil. cadar saya basuh sebab malam sebelumnye saya terberak sambil tido. lalalala

ok chiaoooow!


Sunday, January 9, 2011

Ariel Peterporn kena patuk ular - 18SG

ohh hahahai earthlingsss!

rasa macam dah lama gilerr babi oink oink aku tak berlegar-legar di alam maya. ni semua sebab kolej mawar dah ramai giler orang lepas tu wifi jadi macam ulat gonggok kena buasir. kalau nak melayari bahtera rumah tangga internet pun kena angkut mesin kompiyutah yang berat gedabak pi kelas sebab wifi kat sana pheewitt macam darah yang meleleh dari kepala lutut apabila tersagat tar jalan raya kotaku.

kenapa gambar ular?

suka hati lah aku nak letak gambar apa pun. dah nama pun blog aku kannnnnnnnn. oh yaa, esok aku ada TEST uolllsss... menyampah gilerz dah la aku tak study mana pon. nak hapal hapal seksyen kejadah sume mana la otak aku larat. lain la kalau dalam soalan tu tanya di manakan letak nya restoren kepsi di shah alam? boleh la aku jawab di seksyen 2, seksyen 7, seksyen bla bla bla.... lepas tu siap ada test ekonomi handalan lagi. memang menduga kejantanan aku betul. grrr


alamak tersilap upload gambar :P


eh eh lupa nak habaq. minggu lepas saya dapat result muet. deng deng deng. syukur alhamdulillah walaupun tak hebat mana dapat markah pon cukop makan kannn. berkat aku usha pengawas ekzem yang hensem haritu kot. hehe :P 

sungguh unsangkarable :DD



oh yarrr. kepada para stalker, hai salam perkenalan. dan juga stalker gedik gedik yg rajin tolong chech kan result aku, thanks banyak2 ye bang.. nanti result sem 2 tolong check kan skali boleh?? muahahahaha :P