Tuesday, November 15, 2011

Pengalaman pertama pergi spa dan buat facial dan waxing dan kilatkan kuku guna kapur kasut dan suntik botox di tapak kaki

Hai yuollz! rasanya macam dah berkurun aku tak taip benda sewel2 kat sini hohoho. selama ni aku tak apdet sebab aku malas sangat sebab banyak hal donia yang perlu diuruskan tapi harini walaupon aku ada banyak keja tapi aku gagahkan diri serta jari-jemari buntalku untuk menulis dekat sini sebab aku rasa macam ada daun lidah buaya yang sedang tumbuh dekat pankreas aku sekarang! arghhhh


hari ni aku rasa hari yang paling menyakitkan hati sebabbbbbb........


AKU TERCIRIT MASA KAT KELAS HANYA DISEBABKAN OLEH SEKETUL MENTOS!!! warghhhh menyampahnyaaaa. dok tengah belajaq perut dok bunyik kroookkk kroookk kroookkk..ingatkan lapaq rupanya bunyik taik -.- lepas ni taubat taknak makan mentos dah kecuali mentos yang warna-warni ada perisa tu sebab dia tidak mesra tahi.


nasib baik tak terberak dalam sepindar kahkah. masa balik tu pulak hari hujan renyai-renyai lalu aku masukkanlah segala buku yang aku pegang kat tangan ke dalam beg. takut kena hujan khennnnnn hihi. lantas aku menaiki bas dengan penuh keayuan. bila bas ittew berhenti kat sebijik bus stop ni, aku perasan ah punya ramai jejantanz yang tengah dok kat sittew. lalu aku membuat keputusan untuk turun dari bas sambil catwalk sikit ala2 miranda kerr. sekali masa tengah dok melangkah nak turun BEG AKU PUTUS!! YA TALI BEG AKU PUTUS DEPAN SEGEROMBOLAN JANTAN JANTAN! mana tak sakit hati kannnnn.. beg aku jatuh terhenpas atas jalan tar. nasib baik depa tak kenal aku maka kuranglah rasa malu. dah la sebelum ni kasut aku pernah tercabut masa turun dari bas. ala2 sinderella gittew~


masa balik pula aku beli bakso yang nampak lazat tapi bila makan punyaaaa la masin sampai telinga aku berdesing. taik aku pun turut terkejut dengan kemasinan bakso itu lalu menyebabkan aku tercirit sekali lagi. warghhhh FML!!!!!!!!!!!!!!!!!









ok ini entri mahu mengadu nasib sebenarnya hnnnfff hnnfff


3 kata-kata kesat:

Nur Zaiimah said...

itulah lain kali pakai sepinder biar berlapis lapis kalau tercirit sikit on tak apheee

Yong Sofea said...

aku pun sekarang semakin senang nak cirit. taktau awat. -__-

Ninie said...

tajuk dah menarik dah. sekali cite psl tercirit dlm spinder. hahaha klaka la awok ni