Thursday, September 15, 2011

rahsia di sebalik bulu dada

halo halooo kali ni iolls menulis blog di menara kolej mawar yuhaitihem sahalam wehoo! saja lah over kata menara padahal blok kolej je pun. ni nak habaq mai masa hari ahad lepas aku daftar kolej pastu dapat bilik kat tingkat 8 ko... mula-mula terkejut jugak kenapa aku dapat tingkat 8 padahal sebelum ni aku kira ada 7 tingkat ja bangunan nih. ropanya yang blok satu lagi 7 tingkat, tapi blok aku ni 9 tingkat. boleh pulak gitu. maka haruslah wajib feeling tinggal kat condo kejap bila dah dok tinggi melangit ni. gittewww~



bila dah tinggi ni pasti la ada lif kannn.. takkan la depa nak suroh budak2 semua panjat tangga gila ka apa. tapi masalahnya aku ni takut betoi bila nak naik turun lif. bukannya takut gila-gila sampaikan bila masuk lif ja terus pitam. tak. aku cuma takut kalo sorang-sorang. kiranya harus berteman lah kann. ye saya memang aneh aneh. masa pestaim sampai kat level 8 ni, rasa seram pon ada sebab lorong antara bilik tu punya la gelap padahal masa tu tengahari. aku setiap hari kalo balik kelas mesti terlajak jalan sebab tak perasan bilik aku yang mana satu. sampai ade lah orang yang ternampak aksi chomel aku dok tergelak horhorhor.




lebih kurang gini lah gelap nya cuma kat ujung2 tu baru ada nampak cahaya sikit. sebab level aku ni tak bersambung dengan blok sebelah (sebab yg blok sebelah ada sampai tingkat 7 je kan), maka jamban dekat sini sangat la kecik. dah tu selalu takdak air pulak. kadang2 terpaksa la aku turun bawah bila nak berak. silap2 taik aku boleh tercicir kat tangga kalo dah tak tahan sangat. tapiii tapiiii yang paling best bila dok kat atas langit ni wifi gila punya lah laju huwahahahahaa nasib baik sebelum balik sini aku tak beli berotben kehkeh. bapak ah sama laju macam kat rumah punya heuheu.



ni katil aku masa mula2 baru sampai. time ni eric leong tak datang lagi tolong kemaz kemaz




ni dah lepas unpack semua tapi ni nampak macam sakai je sebab belum kemas bersungguh-sungguh lagi. tengok la nanti bila dah siap semua anita sarawak pon nak datang bilik aku tauuu nak shoot rancangan astana. curlass noks! bilik ni ada 2 orang je, roomate aku ni budak sekelas masa zaman asasi dolu lah kahkahkah nama nya selwa horhor ada keturunan artis jugak tapi kurang berbakat dalam bidang nyanyian. kena banyak berlatih ni.. tu yang kat atas kepala katil tu aku syak orang lama yg dok kat bilik ni pernah tampal poster kumpulan in-team kot. banyak lah jugak bekas tampal-tampal kat dinding bilik ni ayoyoyo. 




ni view dari tingkap bilik. amek gambaq pon macam malas-malas je sebab takut kemre jatuh kot tingkap lalu berkecai dan dimakan oleh kucing hehe. kalo dok kat tepi-tepi koridor bulih la rasa angin bertiup sepoi sepoi bahasa tamil. best wooo. sebab tu kot aku banyak kentut sekarang ni kerana tertelan banyak angin.





inilah bilik saia!! jika anda adalah penghuni mawar, marilah datang ke bilik innieww melawat artis mintak otograp. tapi jangan serbu ramai-ramai tauu.. datang sikit2 kang tak menang tanganpulak aku kahkahkah. byeeeeeee! :P

7 comments:

JelinaJoli said...

gua penah ri tu ada budak histeria kat blok situ.... trauma gua naik lif sebab takut org yg selif dengan gua histeria kann.. mau gua mati dalam kejutan

ramlah melaram said...

hahahaha dolu uolls dok kat mawar kaa?

Ninie said...

itewww pong mawar jugek. tp blok 1b level 1. sukerrr lorong gelap2 giteww sbb boleh berkemban sesuka hati ke toilet tanpa rasa malu dan segan. huehuhe

JelinaJoli said...

mawar blok B. blok A tu lepak bilik member la uollss

ramlah melaram said...

ninie : laa..mawar jugak ke. ingatkan dapat kat melati


jelinah : ahkak, ko mesti kenal makcik yatimah kann?

tasha zulkiefly said...

heater ngan mangkuk ayun ade penutup tak penah dilupa kan ukehhh

ramlah melaram said...

besa la mangkuk turun temurun dari nenek moyang..megi kalo masak dlm mangkuk tu je yg sedap bg aku. mangkok lain tak hahahahahah