Thursday, August 25, 2011

Kartu Lebaran

Assalamualaikum semuaaaa hehehe. 

Pagi tadi dikejutkan dengan kedatangan abang posmen yg kacak naik motor kale merah lepas tu kat kiri kanan ada beg letak surat. dan hasrat aku tercapai jugak bila harini aku dapat 2 ketoi kad raya kah18. tapi takdak la rasa terkejut sangat sebab aku dah tau dah yang aku akan dapat kad raya punyer. muehehehe :P



posto.. posto..




Terima kasih Nur Zaiimah rumetku yang seksi dan juga Hamzah Ian terbang tinggi-tinggi. bagus ye nur zaiimah gadis kerala ni, aku suruh hantar kad raya maka dia pun hantar. jadi kepada sesiapa nak kad raya jugak boleh la mintak kat beliau lalala. lepas ni nak mintak dia pos kat aku koko krunch 18 kotak lah. agak-agak dia kasik tak eh?



ucapan yg ringkas, padat dan mutakhir. alamak nampak lutut pulak




Lepas tu gedik kejap buat gantung2 kad jadik hiasan kat dinding huahua. dulu2 kalau pegi raya rumah orang aku suka dok belek kad raya yang bergantung2. sekarang ni mana ada dah.. semua dok hantaq ucapan kat pesbuk ja. takkan nak printscreen lalu lekat di dinding pulak kannnn lalala. ni awat taktau kaler dinding jadik burok semacam. besa la kemre bodoh ja... ewah


Sebenarnya kan, sejak dari darjah 4 aku suka pi beli kad raya sampai lah masa form 5. tapi rasanya ada lah dalam seketoi dua yang aku pos. yang lain semuaaaa dok simpan bawah katil horhor. berlonggok-longgok habaq hang.  bila tengok balik rasa nak hentak ja kepala sendiri kat pokok kaktus ayoyo amma appa.


Masa kat sekolah menengah dulu boleh kata banyak la jugak aku dapat kad raya. tapi bukan orang pos mai ke rumah lah, kasik by hand je hihi. rakan2 aku kat hostel rajin betul kasik kad sesama sendiri. tapi rasanya macam aku tak balas ja kad depa. entahlah aku pun tak berapa nak ingat. nanti bila nak dekat-dekat raya dah bila bukak loker ja jengjengjeng ada kad, balik dorm tengok atas katil ewah ada orang letak kad. perasaan masa tu macam juara akedemi fantasia yg terima berguni-guni surat dari peminat sehari selepas konsert akhir. artis sangat!


Tapi sekarang ni nak beli kad pun dah tak banyak dah jual. hampeh betoi. mentang-mentang hidup di zaman teknologi semua pakat hantaq sms ja. sms tu habaq hang tak feeling, tak semua orang simpan meset tu kat dalam inbox dia. nak pulak kalau pakai henset cikai cam aku, inbox muat 40 meset ja. lagi lah kannnnnn. tapi raya tahun lepas aku dapat 2 ketoi ja sms raya. harom =.=  sekurang-kurang nya bila ada kad raya tu orang akan simpan buat kenangan. ewah cakap berapi macam lah aku ni hantaq kad raya tiap2 tahun kannnnnn.. 


Akhir kata majulah industri kad raya untuk negara. sayang kot kalau tradisi hantaq kad ni dah takdak. kurang satu nikmat raya haha meowww.

9 comments:

assayid syuhada said...

aku rasa kad raya yg aku simpan skrg kebanyakannya bdk2 hostel bg.

aku nak suruh zaiimah hantaq duit raya la.hehe.

amalina sahaja said...

sama la wehhh. aku pun suka beli ja,lepastu simpan.miahahaha

JelinaJoli said...

beli pokok krismas 1 gantung kad raya tu.. jangan lupa lampu liplap.


pecah kaca pecah gelas,
dah baca kad, jgn malas membalas!

ramlah melaram said...

tira : haha silakan mintak.beliau baru dpt gaji hakhak



amalina : haha bagus bagus. ingatkan aku sorang je camtu >.<



jelinah : amboi awat tak boh maruku dgn cebisan kain sari sekalik heee~

Nur Zaiimah said...

kahkahkah koko kruch dah abeh kat pasaran org beli buat beskut

Hdyh Matt said...

hai kak ramlah melaram ! amboi . glemer giteww nama akak . ni nak tanya ni , cmne ek kak ramlah ni buat header tu ? cantik lah . suke tau . nampak sangat ekslusif dan mewah . boleh tlg ajar ? tutorial ka apa . tak kisah lah . thanks :)

ramlah melaram said...

nur zaiimah : koko krunch takdak cekelat cip pon oke jugak meoww



hdyh matt : ahkak buat dekat polyvore.com aje.. situ ada banyak gambaq, men tepek2 ja.. pehtu prinscreen, ejas size, lalu jadiklah sehelai header. makasih

meaw said...

aku pon banyak simpan kad raya,tapi nak bagi tu still tak terbagi-bagi,bhahahahahaha



selamat hari ghayo :)

Yong Sofea said...

best gila dapat kad raya pakai pos. aku selalu dapat by hand je. tak heksaited langsung