Thursday, August 11, 2011

Hari rabu yang FUN FUN FUN FUN

Setiap kali bulan puasa aku mesti bersemangat waja tunggu tepi peti surat sampai abang posmen datang. Pastinya nak tunggu kad raya kannnnnn walaupun zaman sekarang ni dah jarang orang nak hantar kad bagai. Jadik tahun ni pun aku teruskan aktiviti separa berfaedah ni huhuhuhu


Pagi tadi tengah syiok dok tidoq adik aku datang kata ada surat untuk aku ngehngeh. Terus terduduk habaq hang, sebijik macam scene mayat yg keluar dari kubur kalau dalam cerita hantu. Tapi hampeh bukannya kad raya seperti yang aku impikan tapi package aneh aneh ada bubble kaler pink terperanjat. Bila baca tengok katanya dari US pon aku rasa aneh aneh dah. Baca lagi sekali owwww yeahhhhh dari BENNIE CINKLE rupanya!! huarghahahaha terkejut aii. we we we so excited so exciteddd *lagu rebeka hitam berkumandang*




ahkak dapat wristband kaler pink oink2, thank you note, dan juga gambaq si Bennie ni besar gedabak siap otograp. mampu kauu.. lepas ni nak kena pi kedai 2 ringgit nak beli frame gambaq lah.


WHO THE EFF IS BENNIE CINKLE???? okay mungkin ada yang tertanya-tanya. rasanya hampa pernah je nampak minah ni cuma tak perasan huhuu. kalau anda peminat setia Rebecca Black, siap hafal lagik lirik lagu Friday, sudah tentu anda kenal makcik yang dok berjoget ni :


partyin partyin yeahh!


Kalau perasan dia ni ada dok berjoget atas kereta kat sebelah Rebecca masa otw nak pegi party haha. selain Rebecca dan lagu beliau, si Bennie ni pun teruk jugak kena kutuk sebab dia joget ntah apa2. tak pasal-pasal dia ni dah jadik internet meme pon huhu. beliau ni dikenali sebagai 'That Girl in Pink that Dances Awkwardly in Rebecca Black’s Friday Video' masa orang tak kenal dia lagi. ramai yang tertanya-tanya sapa sebenarnya dia ni termasuk lah aku huhu siap gugel lagi uolls tapi tak jumpe. dah lama sikit barulah si Bennie ni publish video dia kat youtube kata dia ni lah sebenarnya si minah pink berjoget tu blablabla


Lepas daripada tu ramailah jugak yang ala2 kagum respek gittew kat dia ni sebab berani tonjolkan diri, kalau orang lain rasanya nak keluaq rumah pegi sekolah pun dah malu gila hokhok. yelah dah satu dunia kenal dia. kenal pun sebab dia joget pelik gila lepastu ramai pulak yang mengutuk kannnn. sekarang ni ramailah pulak yang jadik fans dia sebab Bennie ni sweet gitteww orangnya macam iolls


Menatang tu pun aku dapat sebab join fanclub dia kuehkuehkueh :P dekat website dia ada jual ma'jun kacip petimah, kain batik, cokelat oreo, shawl obor2, minyak lintah dan sebagainya. hasil duit tu semua dia donate dekat mereka yg kurang bernasib baik. beliau pun pernah berjoget kat tengah mall untuk kutip dana untuk tolong mangsa gempa bumi kat Jepun zzzz kagum sekali lagi.




Sebenarnya aku pun dah tak ingat bila aku join fanclub tu. dah berapa purnama ntah (ewah) sampai aku pun terlupa yg nanti aku akan dapat wristband inniew. hehehe jadiknyew harini saya berasa amat gembira kerana dapat barang free hekhek. kalau nak tau hobi aku mintak free sample kat internet lepastu tunggu abang posmen hantar ke rumah hohohohhooo. ok bye karangan ini tiada perenggan penutup. 

8 comments:

amalina sahaja said...

aku pun nak buat fanpage gak ah. haha

JelinaJoli said...

bole pakai sempena raya. hahahahha! tak sangka lu ni fan diorang.. gila...

ramlah melaram said...

amalina : haha silakan! :D


jelinah : takdak la minat pon. saja join sbb nak dpt benda free hokhok

Liling said...

tapi ramai unlike rebecca black.nape ek ? HAHA.

ramlah melaram said...

liling : sebab lagu dia annoying gilaa haha

Anonymous said...

haha nnti aku pos kad raya kat ang..pluss ayam masak merah plus daging masak itam..hahaha..*jenuh abg posmen tu..

ramlah melaram said...

lemang jgn lupa tauu.. aku nk buluh yg diameter dia 5 inci. nanti dh habes mkn boleh buat meriam.

run aziluz said...

salam n hi :) orang datang sini nak bagitau

blog yg dulu tak betul sikit. ni link blog baru. kalau ada masa datanglah okay :) blog lama tu dah tak guna lepas ni, guna blog baru je.

runaziluz.blogspot.com