Friday, July 22, 2011

Rahsia kekal langsing Rozita Che' Wan


Hello hello.. apa khabar semua? dah beli kurma yusuf taiyyob ke belum? tahun ni rancang nak buat kueh almond london ke tak? langsir jahit tangan ke guna mesin? baju melayu boifren kamu cekak musang ke telok belanga? nanti pagi raya nak pakai shawl lilit sampai lemas atau tudung bawal berkerawang sahaja? nanti nak pergi beraya rumah jiran belah kanan atau yang kiri dulu? amboi banyak pulak soalan bulan syaaban pon tak habes lagi hekhek :p


buat anda yang tak tahu, beberapa hari yang lepas kittew dah jadik manusia yang berusia 19 tahun! hikhik saja nak habaq. bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menjalani hidup hingga ke hari ini (ayat cikgu2 masa pembukaan majlis). amboi dah tua bangka dah aku ni rupenye. rasanya macam baru 3 minggu yang lepas je aku dok bergurau senda dengan encik tali pusat dan saudaraku siti placenta di dalam perut mak kittew hikhik. cepat betul masa berlalu kan?





sememangnya aku agak eksaited nak tunggu sapa yang wish besdei kat aku lol. eleh hampa pon sama kan? tepat pukul 12 malam mesti dah redi depan pesbuk dah cettt machiam aku taktau. tapi pada malam ittew aku tido awal la pulak hekhek. esoknya bukak pesbuk lalu terharu gilewwrzz bila tengok ada yang wish :D oh, kalau nak tau aku tak letak besdei betul kat pesbuk. biasala wanita gedik.. lagipun saja la nak tengok sapa yang betul2 ingat birthday aku KAHKAHKAHKAH poyo je lebih! 


dan kepada anda yang telah memberi ucapan sempana hari keputerian (haha) aku, aku nak ucapkan terima qaseh banyak-banyak sebab ingat kat aku hahahahahahahahaha serius aku terharu sampai nak menitik air mata jantan masa hari ittew *peluk peluk sambil lastik tali bra setiap sorang*. hampalah sahabatku yang comel raya ni jemput lah datang ke rumah yekk.


tahun ni punya besdei aku makan kek awal sebulan.. hahaha, hadiah pon aku tak dapat lagi ni hihihi. tapi masa sebelum besdei aku adala aku dok bising bising kat mak pak aku kata nak bela kucing.. tengok-tengok dua hari sebelum besdei pak aku bawak balik kucing jalanan kat aku huhu. lantak ah janji kucing meowww. mak aku siap sound lagik kata kalau kucing tu berak dalam rumah memang kena buang. nak dijadikan cerita pagi masa besdei aku kucing tu sedap je berak depan mata aku masa tengah main ngan dia. petang tu jugak masa aku terbongkang tidoq depa pi buang kucing tu T.T 


ROARRR eh silap bunyik!


okay sedih tauuu.. hmm cakap pasal birthday ni teringat la pulak masa zaman muda-muda dulu, waktu umur baru masuk 16 tahun. boleh kata sambutan besdei yang paling best kot hehehehe. time tu aku sambut dengan  teman-teman sekerja.




ni lah kawan-kawan ku masa kerja kontrak sama-sama dulu hihi. masa ni kami terlibat dalam projek pembinaan surau. jangan ingat orang pompuan takleh buat kerja-kerja macam ni okayyy kami ni wanita batu-bata kalau hampa nak tau. tu yang belah kiri baju kelabu tu terer gila gergaji papan. memang terbaik ah sampai banyak syarikat yang berebutkan dia. yang geng 3 orang baju merah tu bahagian bancuh simen, yang berbaju oren pakar dalam memasang atap, geng baju biru plaster dinding, dan selebihnya termasuk aku tukang pasang tiles. balik sekolah je terus cabut pi kerja.. biasala carik nafkah untuk bayar yuran spm hehe. janganlah gelak kat gambaq tu.. masa ni reti edit guna paint je pun. 


hihi syok gilaaa masa ni! masa haritu aku dah agak dah mesti depa ada buat samting kat aku wehooo. pastu sapa ntah blindfold aku pastu saja la dok buat2 saspen hakhakhak. buka je mata kena baling belon ayaq. lepastu seronot lagi sekali sebab atas kek tu tulisan dia kaler merah, pastu makanan pon banyak. kesian hampa kena keluaqkan banyak duit sempena besdei aku KAH18. 



hadiah yang tak dapat dilupakan pula geng softlan kasi aku baju dalam LOL. tapi jarang pakai sebab bukan push-up lalalla :P dan juga dapat anak monyet!!! wahh seronot seronot. walaupun monyet tu aku sendiri yang mintak heuheu. terima kasih daun terup... tapi monyet tu adik aku pulak dah suka pastu dia curik dari aku. elok-elok monyet tu dah ada nama dia pegi tukaq jadik nama AWANG. adoiii.. masa aku nak bawak balik monyet itu ke kolej, dia pi korek balik habis beg aku. terpaksa lah tinggal kat rumah. baru-baru ni masa aku tengok gambar kat dalam kamera aku terjumpa ni. keja adik aku la sapa lagi...




makhluk aneh berbaju plastik dan pakai spender




hangover selepas berparti




chantique tak baju saye? kakak saye yg mekapkan saye..




hai sayalah lah awang!!!



nehiii!!!!!!!!!!!

8 comments:

Nabel Aziz said...

HAHAHAHAHA.Lawak lah alin. Btw HAPPY BELATED BIRTHDAY (:

Queen F said...

happy birthday yg ke sepuluhtambahsembilansamadengansembilanbelas! :D

ramlah melaram said...

tengkiyu uollzz!!

JelinaJoli said...

hepi besday.
gua lambat wish sebab besday lu x di announce dlm tv macam pengumuman hari raya puasa... jadi gua taktau

ramlah melaram said...

tima kaseh.. walaupun ai artis tapi ai tak berapa suka publisiti. kahkah

blogermanz said...

happy blated bday... hehe.. bru terbaca n3 nie...

cik EPAL said...

xtaw lah mata ni salah tgok ke hape. tapi apsal gambar teddy bear yg kena mekap tu baju dia macam spender ea? ke mmg betul tu spender?? hikhik


btw, happy belated birthday! :)

ramlah melaram said...

blogermanz : tengkiyuu herher


cik epal : hahaha mmg spender pon!! tapi spender adik lah haha. btw thanksss!