Wednesday, June 1, 2011

Entri berunsur jiwang jiwang yang pertama di blog ini. jangan muntah yekk! :D

oh, hellooo rakan-rakan! aku lupakan sekejap pasal 30 Days Challenge tu sebab aku dah malas nak buat wohohoo. jadik hari ini mahu tulis (atau menaip) pasal benda lain pulak. 


hai. kenal saya tak?


malam semalam aku online lah macam biasa. tengah dok gedik-gedik blogwalking tetiba line internet takdak. geram lah jugak time tu rasa nak pi tebang ja tiang letrik kat depan rumah (walaupun takdak kena-mengena) tengok jam dah pukul 2 pagi pun. ok lah bye nak pergi tidoq lah camni.


masuk bilik tak boleh tidoq plak dah, lalu tergolek2 lah aku sambil dok membaca. tengah syiok2 tu boleh pulak aku terdengar bunyi pintu rumah kena ketuk 4 kali hikhik berderau darah kejap. dalam kepala dok terbayang abang pocong dok terlompat-lompat kat luar rumah. bila dah terdengar bunyik camtu terus sumbat earphone pasang lagu kuat2 sampai taik telinga bergegar. lepas beberapa saat perlahankan volume kejap. tok tok bunyik lagik. dalam hati kata OH BABI NYAAAA!!!!


ye, ada sebut nama saya ke tadi??



fyi, kawasan rumah i memang femes dengan makhluk comel berbungkus tu. konon dia datang dari rumah ke rumah nak mintak orang tolong bukakkan kain bungkus beliau. cara dia datang mintak tolong pulak, ketuk pintu guna dahi hokhokk. comel tau.


kiranya semalam aku tidoq dalam ketakutan lah. tapi bila bangun pagi, aku terfikir macam mana pocong mau ketuk pintu rumah aku sedangkan ada grill? hikhikhik bengong. kalau dia hantuk pon mesti bunyik besi gedegang gedegang. tapi takkan la pulak dia keluaq kan tangan dia? ok dah macam bodoh je pikir pasai hantu. tapi kalau nak tau petang tadi ada la jugak aku try ketuk pintu rumah guna dahi. sakit weyyyyyy dan bunyik dia tak sama pon macam yang aku dengaq malam tadi =.= haha bodoh nyewwww!!


aku rasa tu bunyik kaki adik aku dok tertendang almari dalam bilik dia lah. pocong kejadah apa plak. aku cerita kat mak aku dia tak layan pon erkkkk. aku ni memang penakut pun sampaikan masa kat kolej mawaq dulu bila terbau benda busuk tengah malam dah meremang bulu roma. padahal bilik kat tepi tangki taik memanglah malam2 busuk -________________________-


3 comments:

amalina sahaja said...

Hahahhahahaha alin. sumpah aku gelak sorang2 kat sini. nanti aku balik, aku nk ketuk tingkap hang malam2 ah.

melle amir said...

kau ni, macam macam, keh keh

ramlah melaram said...

haha mai mai. nanti ada la yg join hang tuuhh hikhik