Monday, June 6, 2011

cekak CMCT

bukan nak bercakap pasal silat cekak atau baju cekak musang, tapi aku nak cerita pasai cekak rambut pada hari inniew hikhik. yaaaa itu cekak rambut yang hampa dok pakai kat atas kepala tu lah.. takmau kasik rambut dok berjurai cocok mata. tapi la ni ada yang dok buat pakai kat atas tudung supaya nampak lebih fesenistah ohooii. apa2 je lah...


kalau kita pakai cekak rambut tu mesti bukan dekat kepala ja kita pakai kan? kadang2 gedik dok lekat kat dahi, cangkuk kat tengkuk dan lebih tragik lagi letak atas batang hidung macam pakai spek mata. ntah hampa paham ke tidak aku cakap ni.... nah tinguk




mesti pernah buat kan? hahahahahaha. haritu rumet aku dok buat la pakai cekak gaya macam ittew sambil dok buat kerja apa ntah. aku pun dengan penuh sopan santun menegur 'EH PAKAI SPEK MATA??' okey sebenarnya aku tak ingat pun dialog dia tapi lebih kurang cenggitu lah. 


tak sampai satu saat lepas aku cakap macam ittew aku pon kena ketawa dengan beliau. zzzzzzzzzz macam mana ntah mata ai bulih salah tinguk. warghhhhhhhh aku sangat marah pada bijik mataku rasa mahu cungkil beliau guna pisau toreh getah.


apa khabar semua.. cantek dak cemin mata acik?


amboi nyonya kat atas ni. entah hapa2 pesen la yang dia dok pakai. tak pernah la aku jumpa pesen spek mata camni, tapi kalau lampu suluh ada la. yang orang dok pakai pi menoreh getah tu hikhik lampu suluh di dahi comel tauuu..


minggu lepas aku pi lah bersiar-siar di kampung halaman aku lalu singgah sat kat seketoi supermarket ni. lepas dok tawaf nak dekat 3 kali tetiba ternampak benda ini


tengok yg kaler cekelat najis itu

mintak maap jari buruk dan inai cacat


ohhooohoiiiii aku tidak mempercayai matakuu!!! tau tak apakah ittew? seperti yang anda nampak makhluk itu merupakan cekak rambut ye tuan-tuan dan puan-puan, dan beliau juga merupakan...........................



merupakan...



merupakan...




merupakan...





spek mata uolls!!!!!!

sumpah aku dok ketawa macam orang gila bila tengok menatang nih. ini pestaim okayy aku jumpa cekak rambot pesen macam ni jadik kalau hampa nak kata aku jakun pun aku tak kisah lalalalalaa. serta-merta teringat terus kat rumet aku yang namanya CMCT wakakakakakakakakakakkakaka rasa nak pengsan sekarang!!!!


tapi yang bongok nye boleh pulak aku terlupa beli. kalau tak boleh aku eksen pakai tunjuk kat rumet aku kannnnnnnnnn kannnnnnn kannnnnnnnnn boleh letak di kepala lalu jika bosan boleh letak di mata juga. ni keturunan transformer ke hapa nih?


tak kira lepas ni kalau aku pi sana lagi nak beli jugak tak kira apa pon!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (epilepsi 20 saat sambil minum milo ais dan maruku bergerigi)




7 comments:

Road Runner said...

cantik tangan awak =p

melle amir said...

peh magis

ramlah melaram said...

rotraner : tu bukan tangan i lah. itu tangan suami tiri nenek saudara jessica alba. meow



melle : yaarrr..ajaib kannnnnnnnnnnnnn

amalina sahaja said...

HAHAHAHAHHAHAHAHHA alin, aku dah sawan sorang-sorang lagi.

perghh billion ka weh?

ramlah melaram said...

amalina : taklah dekat Minat. hihi. billion orang sesak nk mampos masa nih. minat jgk yg lengang harhar

aycha said...

hahaha..patutlah ak asyik tersedak jek kat umha ni...=D

ramlah melaram said...

woiiii hang kena beli alatan canggih ini weyyy!!!