Saturday, May 7, 2011

Khas buat bakal penghuni Kolej Mawar UiTM

Assalamualaikum!!

Patut la ada keyword Kolej Mawar UiTM dok masuk, rupanya result upu baru keluar yek. hekhek tahniah la ye hangpa semuaaaa.. pertama, sebab dapat masuk menara gading *ewah*. kedua, sebab dapat Kolej Mawar!! hahahaha nak tau ye pasal kolej ni?? meh ahkak citer kat hadek-hadek sume :P


Dekat kolej ni, ada 4 ketul blok. blok 1A,1B, 2A & 2B. Blok 1A & 1B penghuni dia ramai budak asasi dan diploma. degree pun ada gak tapi tak ramai sangat. bangunan dia 4 tingkat je dan takde lif! tapi kalau uoll budak asasi, selalunya first sem dapat dok level bawah2. paling tinggi pun tingkat 2. sebab apa? sebab asasian kan selalu masuk awal... tapi, sem 2 nanti merasa lah dok tingkat atassss tu. kalau kau jenis budak baik, pembersih, skema haha dapat lah dok level 00.


Blok 2A & 2B pulak untuk akak-akak degree gittewwww.. bangunan ni 7 tingkat dan sudah tentu ada lif (sila jeles). bilik dia pulak untuk 2 orang je. tapi kalau blok anda bakal tinggal ittew 4 orang yekkk harap maklum. jangan gedik kata tak best dok reramai dalam satu bilik. syiok woo habaq hang! 




nanti bila hang masuk, secara otometik hang ada seketul katil, sehelai meja yang comel ada rak buku di kepalanya, sebatang softboard, sebidang kerusi & 2 bijik lobang tempat cocok plug. haritu aku ada dapat bantal seketoi. kalau nak tengok, tu haa kat gambar atas ni, bantal petak2 kaler biru ittew. taktau la dia kasik pinjam ke bagi free, tapi bantal tu sekarang ada kat rumah aku wakaka. nanti bawak la cadar sendiri, bantal sendiri. kalau nak harap bantal yg dia bagi tu errrr tak berkenan la aku kalau nak buat letak kepala bila tidoq. nanti tak payah la susahkan diri bawak tilam sebab memang disediakan. tapi kalau tulang belakang hang jenis yang gedik mahu tilam spring aje, lantak ah hang bawak pi lah :P




ni kat laluan luar bilik. bila dah ada rak kasut tu, silalah susun segala heels, wedges, glad, selipar jamban apa semua jangan pulak pegi sidai spender kat situ. antara aktiviti sihat yang boleh dijalankan di sepanjang laluan ni ialah bermain layang-layang, baling2 kasut jiran & jutaria.




kalau pasal wifi, opkos kat sini ada. tapi ikut nasib la kalau kedudukan bilik hang strategik, dapat ah layan tenet laju macam taik cirit. kalau tak, memang macam sembelit ala2 taik batu atau tak dapat langsung. wifi paling laju ada kat gazebo dengan kerusi mekdi. haha over gitu nama kerusi mekdi. tuuuu gambaq kat atas tu lahh yang ada kerusi merah oren tuuu. masa gambaq ni depa tengah shooting pilem apa ntah. dua alam kot. wakaka.


hangpa yang baru dapat result upu ni intake bulan september eh? asasi pun ke? sori i taktauu hekhek. tapi kalau uoll budak asasi yg masuk lagi awal, sangat heaven habaq hang sebab wifi memang superb gila babi. yelah kolej kosong kannn yang ada hangpa ja.dulu aku siap layan ada apa dengan cinta kat youtube. takde buffering langsung hokayyyy. kalau nak guna wifi, ada uitmsalamstudent dengan streamyx hotspot. uitmsalamstudent kalau nak guna kena register dulu kat student portal, tapi kalau streamyx uoll kena ada password. id : utp100000, password : tmnet123. baik kan aku bagi tauuuuu horhorhor. tak ramai pun yg tau password strimiks neh.



nanti bila nak masuk kolej bawak je lah apa yang nak dibawak. karpet ke, pasu bunga ke, gergaji ke, pisau kupas buah ke, ridsect ke bawak je ikut sedap hati. tapi kalau rasa payah nak bawak banyak2 barang masa daftar, donwori koop kan ade. weheeee abang indon yang jaga tu ada sorang yang hensem wohoo. anak tauke pun boleh tahan jugak. kat sini segala benda ada penyapu, penyodok, mop, berus jamban, makanan, alat bantuan pernafasan, koyok, air kacip petimah dll. lesung batu je yang aku tak pernah nampak kat sini. sabun cuci kereta pun ada jual. isk3




barang letrik kena daftar habaq hang. satu benda sepuloh ringgit. grrrrrr cekik darah betoi. agak2 macam hang pakai henset jenis sama ngan rumet hang, kongsi lew daftar baru jimat. begitu juga iron, charger laptop, hair dryer, blablabla. tapi dulu aku satu bilik kongsi bayar iron, charger henset, laptop & heater. kami daftar buat syarat je, tapi bila dalam bilik masing2 keluarkan iron sendiri, charger sendiri wohohohoo. pandai2 lah nak hidop. agak2 nak pegi kelas tu toksah la tinggal benda tak berdaftar kat atas meja/katil. nanti dapat lah kamu sijil anugerah tatatertib yang amat dinanti-nantikan oleh semua warga mawar yang jelita, anggun dan menawan. 




kolej ni rajin betoi buat spotcheck. herghhhhh rasa macam zaman sekolah dulu je. kasut sepah, bilik tak kemas, gantung plastik kat tingkap, ada sampah dalam bakul sampah, kipas/tingkap berhabuk semuaaaaaaaa dapat tatatertib. aku entah berapa kali ntah kena, malas nak kira. kadang2 geram gak kesalahan kecik macam ada sampah dalam bakul sampah tu pun kena. huarghhhhh logik ah sikit takkan aku nak letak berus gigi aku kat dalam tu kot. lain la sampah aku melimpah-ruah kannnnnnn baru logik kena denda. haih


satu kesalahan, 10 ringgit. kalau bilik hang kena tatatertib sebab sorang tak susun selipar, bukan sorang tu yang kena. semua kena jugak. wakakaka. bukan hangpa kena kutip sorang rm2.50, tapi sorang rm10. hahaha best siolllll. bila  first sem pun dah dapat tatatertib, otometik sem 2 nanti hang dapat bilik tingkat 4 takpon 3. wehuuuu merasa la naik turun tangga tiap hari nohh kasi merembes sikit ketiak kamu ittew. sapa yang lemak tebal kat perut tu ambik lah peluang ni untuk eksesais. (tapi aku rasa bila aku duduk tingkat 4 aku lagi gendut ada lah wehuuuu) dan manusia2 yang takde dapat tatatertib tu, syok ah dapat bilik bawah sekali. sebab tu aku kata depa ni budak baik dan skema hahaha peace! (' ')v 


tapiiii kolej mawar ni dekat je dengan Dataran Cendekia. ada tempat makan, atm, bus stop, abang engineering hensem pon ramai yang suke berkeliaran kat sini wohooo. kadang2 ada la konsert kat sini. antara artis yang pernah menyanyi live kat sini rohana jalil, m.daud kilau & zaiton sameon. kelas gittewwwwwwwww




lepastu dekat pulak dengan sec7 yang banyakkkk ane hensem kerja dekat mamak. hikhikhik jalan kaki kejap je sampai toksah gedik pegi naik bas. masa baru masuk dulu, gagah la aku naik bas tunggu lama2 bayar singgit nak pegi makan kepsi sec7. rupanya jalan kaki dekat gilerr, jimat plak tu. jahilnya aku. kalau sakit pulak, dekat je dengan pusat kesihatan tapi tak pernah la pulak aku pegi.





kalau boring-boring tu, boleh la ajak kawan2 berenang ramai-ramai dalam tangki air ni. memang best, lagi2 kalau menyelam banyak woooo hidupan akuatik. nak main golf pon boleh kat kawasan rumput tepi2 tangki tu, tapi kena bawak kayu & bola golf sendirik lepastu korek lubang sendirik ye.


oh ada lagi benda annoying kat mawar ni. dia punya announcement... mak oiii kerap gilaaa!! rasa nak tetak je speaker kat luar bilik tuh. lepastu banyak pulak kucing berkeliaran. kalau hang dok kat blok 1B, hang bakal terserempak dengan objek2 aneh di sepanjang koridor. objek aneh tu nama saintifik dia taik kucing. ada yang bulat2, panjang2, dan ada jugak yang telah terpenyek akibat dipijak.

oklah sekian terima kasih.




akhir kata, selamat menikmati kehidupan di kolej mawar yang bertaraf 18 bintangz. 


32 comments:

tasha zulkiefly said...

weyh ,, lam pikce atas neyh ang nmpk slim ah ,, da ta nmpk gendut habaq hang ,, hahak =D

ramlah melaram said...

hang mengarot apa woi! aku mana ada pernah selim wakaka

Amalina Aida said...

terbaikkk entry pasal kisah mawar ni :)

tetibe rindu mawar plak .. HAHAHAHA
kepada adik2 bakal masuk,kisah di atas mmg sgt betul..
kalo rase dulu tak pernah jmpe artis atau dengar ceramah agama
mmg mawar pilihan yg terbaikkkk

kat sini kena banyak bersabar dgn makcik2 mawar..
al maklumla diorg ni polis trafik yg suka kluar saman@tatatertib

p/s : aku dapat bilik bawah kedua2 sem.. tips dia,dapatkan roommate yg rajin mengemas.. HAHAHA

i'm smash! said...

pergh..complete explainations utk newer~!

i'm smash! said...

pergh memang tepat skali and memang lengkap penerangan tuh!

ramlah melaram said...

haha cerita pasal makcik mawar, aku ngan rumet anti betul ngan makcik yatimah :0

agaknya bagi tatatertib kat org tu hobi dia kot.

ramlah melaram said...

i'm smash : saje je gedik2 buat entri ni. hahaa.

Amalina Aida said...

mak cik yatimah mmg popular!
dr sem 1 lg nama dia menjadi siulan..

mmg dia bnyak musuh di mawar.. HAHAHA

ramlah melaram said...

haha betol! betol!

kadang2 bila ternampak gambar dia kat carta organisasi pun dah menyampah. hehe

Anonymous said...

hahaha why your writing so funny ah i'm lovin' it!

ramlah melaram said...

anonimuz : haha yeke? thanks by the wayy!! :D

Anonymous said...

Siyes BEST gile entri nih haha! dr td dok gelak bace XD
Ades, yg xbes ni strict sgt lee T_T smpah dlm bkul smpah pon nak check gak ke

ramlah melaram said...

kolej lain takde la strict sgt macam ni. myb sebab mawar ni dok selalu menang anugerah kecerian ntah ape benda tuh, dia gedik2 nk jadik strict. nk kekalkan reputasi lah tuewww, tamau kasi kolej comot2

Anonymous said...

akak, brg letrik2 tu ade jumlah meksimem x? ke boley bawak skapal pon die xkeysah? sbb ade ura2 yg mngatekan leh bwk 2 je max.
pastu2, camne nak dafta encek2 brg letrik skalian?

tengkiuk!

ramlah melaram said...

utk satu bilik, maximum 2 iron, 4 charger hengset/lektop, 1 heater. lagi apa ntah x igt. hohoho. nanti ada la makcik2 mawar tu buat pengumuman bila yg patut hangpa pegi daftar barang letrik.

Anonymous said...

ohhhh, mekacih!

btw, amacam klau tetibe dlm 1 bilik tu smue bwak iron? kan jadik 4iron? nak dibuang ke mane encik iron tersbut klau mcm tu? T_T

annenyss said...

hahaha tak habis nak gelak ni. HAHA

Rye Skema said...

sangat2 berinformasi..terima kasih daun keladi..kalau ade info tuislah lagi :D

Nur Adilah :) said...

errr..akak,ada jugak ye satu bilik dua orang?

dekat blok 2A & 2B lah ye?

ramlah melaram said...

cik enon : dermakanlah iron2 yg lebih tu lol. hrrr simpan je lahh bwk balik umah. klo ko biar tayang2 dlm bilik tu kang kena tatatertib.


annenyss : hihi nk tumpang gelak jgk bleyyy?


rye skema : sama2.



nur adilah : ye adaa uollss

SPEK HITAM said...

hahaha sangat seronak bace entry ini. ahaks. mawar best ke yak? den tak tahu ni nak mohon kolej mane, aiyak!

SPEK HITAM said...

hahaha sangat seronak bace entry ini. ahaks. mawar best ke yak? den tak tahu ni nak mohon kolej mane, aiyak!

Pea :) said...

Saya bakal penghuni blog mawar :) hope seronok cm yg akak cerita! haha

Izzati Saidi said...

Kolej mawar dekat tak dengan Fakulti Senibina ?

admiralthariq c said...

Assalam..nk tnya,klau utk pelajar degree mmg akn dpt bilik utk 2org shj atau masih boleh pilih bilik utk 4org?

ramlah melaram said...

selalunya bilik 2 org. tp ada jugak yg dpt bilik 4 org. ikut kekosongan kotzz hihi

inez said...

emm, susun atur dlm bilik tu boleh rearrange?
nmpak macam tak selesa je nak study meja kecik tepi dinding. almari pon kat tengah nmpak gelap&lembap je bilik.
boleh rearrange tak?
ke almari, katil, meja tu dah di skru ke dinding/lantai?
fyi, sy pon dapat kolej mawar. daftar 2 sept ni :D

Hana Wonnie said...

wah~ lagi 2 minggu lebih tercampak la daku di kolej ni. nanti kita tengok rasa tak apa yg RM rasa...hehehehe

nadilashaufe said...

assalamualaikum. thanks for the info. rasa macam excited pulak nak masuk sini. hmm nak tanya, bilik tu kita boleh pilih ke nak sebilik dua orang or empat orang? sebab dekat offer letter tu dia ada bagi harga lain2 untuk setiap jenis bilik o.O
thanks again ^_^

fatin amirah said...

haha.. akak ni sempoi la.. otai giler.. akak, nak tanya, akak lagi syorkan bilik berapa orang? pastu kalau 4 org kecik tak bilik die?

Anonymous said...

salm,,
macm mne pula dgn kolej melati??

Lala Zennifer ♥ said...

naisss info! im comin in soon