Friday, September 30, 2011

Perkara yang mengujakan di yunirbersitiey setakat ini

1. Abang2 engineering

2. Makanan free

3. Kupon aktiviti kolej

4. Bas uitm laluan B

5. Komander kesatria yang comel

6. Nasik goreng tomyam kat gerai the chosen one

7. Suara akak bit bit bila suruh sentuh kad semula

8. Roomate yang cooooooomel sangat hehe

9. Makaroni dekat cafe tepi auditorium

10. Abang jual air dekat dc yang muka macam shah jazle

11. Main hentak hentak kaki macam berkawad dalam lif

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.



ok bye

Thursday, September 15, 2011

rahsia di sebalik bulu dada

halo halooo kali ni iolls menulis blog di menara kolej mawar yuhaitihem sahalam wehoo! saja lah over kata menara padahal blok kolej je pun. ni nak habaq mai masa hari ahad lepas aku daftar kolej pastu dapat bilik kat tingkat 8 ko... mula-mula terkejut jugak kenapa aku dapat tingkat 8 padahal sebelum ni aku kira ada 7 tingkat ja bangunan nih. ropanya yang blok satu lagi 7 tingkat, tapi blok aku ni 9 tingkat. boleh pulak gitu. maka haruslah wajib feeling tinggal kat condo kejap bila dah dok tinggi melangit ni. gittewww~



bila dah tinggi ni pasti la ada lif kannn.. takkan la depa nak suroh budak2 semua panjat tangga gila ka apa. tapi masalahnya aku ni takut betoi bila nak naik turun lif. bukannya takut gila-gila sampaikan bila masuk lif ja terus pitam. tak. aku cuma takut kalo sorang-sorang. kiranya harus berteman lah kann. ye saya memang aneh aneh. masa pestaim sampai kat level 8 ni, rasa seram pon ada sebab lorong antara bilik tu punya la gelap padahal masa tu tengahari. aku setiap hari kalo balik kelas mesti terlajak jalan sebab tak perasan bilik aku yang mana satu. sampai ade lah orang yang ternampak aksi chomel aku dok tergelak horhorhor.




lebih kurang gini lah gelap nya cuma kat ujung2 tu baru ada nampak cahaya sikit. sebab level aku ni tak bersambung dengan blok sebelah (sebab yg blok sebelah ada sampai tingkat 7 je kan), maka jamban dekat sini sangat la kecik. dah tu selalu takdak air pulak. kadang2 terpaksa la aku turun bawah bila nak berak. silap2 taik aku boleh tercicir kat tangga kalo dah tak tahan sangat. tapiii tapiiii yang paling best bila dok kat atas langit ni wifi gila punya lah laju huwahahahahaa nasib baik sebelum balik sini aku tak beli berotben kehkeh. bapak ah sama laju macam kat rumah punya heuheu.



ni katil aku masa mula2 baru sampai. time ni eric leong tak datang lagi tolong kemaz kemaz




ni dah lepas unpack semua tapi ni nampak macam sakai je sebab belum kemas bersungguh-sungguh lagi. tengok la nanti bila dah siap semua anita sarawak pon nak datang bilik aku tauuu nak shoot rancangan astana. curlass noks! bilik ni ada 2 orang je, roomate aku ni budak sekelas masa zaman asasi dolu lah kahkahkah nama nya selwa horhor ada keturunan artis jugak tapi kurang berbakat dalam bidang nyanyian. kena banyak berlatih ni.. tu yang kat atas kepala katil tu aku syak orang lama yg dok kat bilik ni pernah tampal poster kumpulan in-team kot. banyak lah jugak bekas tampal-tampal kat dinding bilik ni ayoyoyo. 




ni view dari tingkap bilik. amek gambaq pon macam malas-malas je sebab takut kemre jatuh kot tingkap lalu berkecai dan dimakan oleh kucing hehe. kalo dok kat tepi-tepi koridor bulih la rasa angin bertiup sepoi sepoi bahasa tamil. best wooo. sebab tu kot aku banyak kentut sekarang ni kerana tertelan banyak angin.





inilah bilik saia!! jika anda adalah penghuni mawar, marilah datang ke bilik innieww melawat artis mintak otograp. tapi jangan serbu ramai-ramai tauu.. datang sikit2 kang tak menang tanganpulak aku kahkahkah. byeeeeeee! :P

Sunday, September 11, 2011

Resepi nasi goreng epal berputar-putar

Assalamualaikum dan salam perpaduan. 

Selama aku dok cuti 6 bulan ni semua makcik pakcik nenek sedara yang bertandang ke rumah mezty tanya 'HANG BILA NAK BALIK? CUTI LAMA KAA?' kira tu lah soalan wajib depa, naik bosan aku nak jawab. tapi kenalah gak kan layanz kang kata kuang hajaq plak hokhok. 


yang buat terkejut bila tiap kali datang rumah nampak muka aku pon ada. padahal beliau dah sedia maklum yang aku sedang berholidei panjang ish tak paham betoi lah. dah tiga kali aku habaq kat dia aku balik yuaitiem september nanti pon dia masih nak terkejut opocot bila nampak aku.heh


kadang-kadang rasa nak tulis besaq2 atas manila kad kaler merah yang aku ni ada kat rumah sampai bulan 9 pehtu lekat kat pintu rumah. biaq sapa2 yang nak melangkah masuk tu terberhenti sat pehtu baca barulah tidak terkejutz kemudian. penat tau nak jawab soalan yang sama berulang kali.


maka kini dah tak payah dah nak jawab soklan sensasi tu semua sebab lagi berapa jam je lagi iolls nak pergi daftar masuk degree!! ewahhh over gittew. alhamdulillah dapat jugak aku sambong belajaq. dulu aku ingat lepas spm mak pak aku nak suroh aku kawin teros kahkahkah. kalau anda nak tahu, aku dapat kos BLS hehehe. BLS tu bukan balas ye, itu bahasa singkatan dalam esemes. BLS yang aku belajaq ni singkatan daripada Berjoget Lantas Semput. curlass nok aku belajar joget-joget. kau ade? kahkah. masa sem 1 ni ada belajar tarian salsa youuu. tak sabar. ballet pun ada tapi elektif lah. iollz tak minat sebab tak rancak hikhik. tapi yang paling best nanti sem 3 waktu kamiorang akan buat praktikal kat kelab2 malam sekitar key el. homaii homaii ngak sabar mak nak teropong hanak2 ikan keli, sepat dan bilis!


%$#^%$&#^$^@!@!$&(^ OKAY TAK HEKSAITED PON SEBENARNYAA!!! aku lagi malas nak balik ada ah. mental aku tak redi lagi nak belajiaq sebab dah dungu sangat berbulan lamanya tak terima ilmu kahkah. rasa nak rendam je otak dalam klorok pastu bilas ngan softlan warna pink. bencik tauu. mana risau pasal bakal rumet, kelas baru, bilik baru angker ke idak aoyoyoyoyoyo. mana aku nak kena hadap  segala benda, manusia, keadaan yg aku tak kuasa nak hadap arghhh pecah kepala otak. makcik yatimah lagi adoii.  dan aku jugak dapat rasa kali ni aku bakal jadik poreber helon. sobs


 


dan benda yang paling aku menyampah ialah aku sekarang dah gemok. ni bukan tipu tapi betoi. aku dah naik dekat 10 kilo sepanjang cuti ni. perut pun dah bulat semacam sampai tinggal 2 keping baju je aku aku masih muat pakai. demm. ni kalau aku berdiri dalam bas, eksen gosok2 perut mesti ada yang offer tempat duduk sebab perut aku dah rupa porompuan bunting lalalala. pastu sejak akhir2 ni aku sensitip gila bila ada manusia2 yang tegur aku gendut depan muka aku. rasa nak kentut cirit je dalam molot puaka tuh biaq rasa sikit hergh. kepada sesapa yang gatal molot nak tegoq aku kata gemok gak, aku dahului dengan ucapan fakyu. tima kaseh.


kepada hampa yang nak pi register esok, semoga selamat pergi dan balik. okbai jangan kata aku gemuk kuehkuehkueh :P :P


Thursday, August 25, 2011

Kartu Lebaran

Assalamualaikum semuaaaa hehehe. 

Pagi tadi dikejutkan dengan kedatangan abang posmen yg kacak naik motor kale merah lepas tu kat kiri kanan ada beg letak surat. dan hasrat aku tercapai jugak bila harini aku dapat 2 ketoi kad raya kah18. tapi takdak la rasa terkejut sangat sebab aku dah tau dah yang aku akan dapat kad raya punyer. muehehehe :P



posto.. posto..




Terima kasih Nur Zaiimah rumetku yang seksi dan juga Hamzah Ian terbang tinggi-tinggi. bagus ye nur zaiimah gadis kerala ni, aku suruh hantar kad raya maka dia pun hantar. jadi kepada sesiapa nak kad raya jugak boleh la mintak kat beliau lalala. lepas ni nak mintak dia pos kat aku koko krunch 18 kotak lah. agak-agak dia kasik tak eh?



ucapan yg ringkas, padat dan mutakhir. alamak nampak lutut pulak




Lepas tu gedik kejap buat gantung2 kad jadik hiasan kat dinding huahua. dulu2 kalau pegi raya rumah orang aku suka dok belek kad raya yang bergantung2. sekarang ni mana ada dah.. semua dok hantaq ucapan kat pesbuk ja. takkan nak printscreen lalu lekat di dinding pulak kannnn lalala. ni awat taktau kaler dinding jadik burok semacam. besa la kemre bodoh ja... ewah


Sebenarnya kan, sejak dari darjah 4 aku suka pi beli kad raya sampai lah masa form 5. tapi rasanya ada lah dalam seketoi dua yang aku pos. yang lain semuaaaa dok simpan bawah katil horhor. berlonggok-longgok habaq hang.  bila tengok balik rasa nak hentak ja kepala sendiri kat pokok kaktus ayoyo amma appa.


Masa kat sekolah menengah dulu boleh kata banyak la jugak aku dapat kad raya. tapi bukan orang pos mai ke rumah lah, kasik by hand je hihi. rakan2 aku kat hostel rajin betul kasik kad sesama sendiri. tapi rasanya macam aku tak balas ja kad depa. entahlah aku pun tak berapa nak ingat. nanti bila nak dekat-dekat raya dah bila bukak loker ja jengjengjeng ada kad, balik dorm tengok atas katil ewah ada orang letak kad. perasaan masa tu macam juara akedemi fantasia yg terima berguni-guni surat dari peminat sehari selepas konsert akhir. artis sangat!


Tapi sekarang ni nak beli kad pun dah tak banyak dah jual. hampeh betoi. mentang-mentang hidup di zaman teknologi semua pakat hantaq sms ja. sms tu habaq hang tak feeling, tak semua orang simpan meset tu kat dalam inbox dia. nak pulak kalau pakai henset cikai cam aku, inbox muat 40 meset ja. lagi lah kannnnnn. tapi raya tahun lepas aku dapat 2 ketoi ja sms raya. harom =.=  sekurang-kurang nya bila ada kad raya tu orang akan simpan buat kenangan. ewah cakap berapi macam lah aku ni hantaq kad raya tiap2 tahun kannnnnn.. 


Akhir kata majulah industri kad raya untuk negara. sayang kot kalau tradisi hantaq kad ni dah takdak. kurang satu nikmat raya haha meowww.

Thursday, August 11, 2011

Hari rabu yang FUN FUN FUN FUN

Setiap kali bulan puasa aku mesti bersemangat waja tunggu tepi peti surat sampai abang posmen datang. Pastinya nak tunggu kad raya kannnnnn walaupun zaman sekarang ni dah jarang orang nak hantar kad bagai. Jadik tahun ni pun aku teruskan aktiviti separa berfaedah ni huhuhuhu


Pagi tadi tengah syiok dok tidoq adik aku datang kata ada surat untuk aku ngehngeh. Terus terduduk habaq hang, sebijik macam scene mayat yg keluar dari kubur kalau dalam cerita hantu. Tapi hampeh bukannya kad raya seperti yang aku impikan tapi package aneh aneh ada bubble kaler pink terperanjat. Bila baca tengok katanya dari US pon aku rasa aneh aneh dah. Baca lagi sekali owwww yeahhhhh dari BENNIE CINKLE rupanya!! huarghahahaha terkejut aii. we we we so excited so exciteddd *lagu rebeka hitam berkumandang*




ahkak dapat wristband kaler pink oink2, thank you note, dan juga gambaq si Bennie ni besar gedabak siap otograp. mampu kauu.. lepas ni nak kena pi kedai 2 ringgit nak beli frame gambaq lah.


WHO THE EFF IS BENNIE CINKLE???? okay mungkin ada yang tertanya-tanya. rasanya hampa pernah je nampak minah ni cuma tak perasan huhuu. kalau anda peminat setia Rebecca Black, siap hafal lagik lirik lagu Friday, sudah tentu anda kenal makcik yang dok berjoget ni :


partyin partyin yeahh!


Kalau perasan dia ni ada dok berjoget atas kereta kat sebelah Rebecca masa otw nak pegi party haha. selain Rebecca dan lagu beliau, si Bennie ni pun teruk jugak kena kutuk sebab dia joget ntah apa2. tak pasal-pasal dia ni dah jadik internet meme pon huhu. beliau ni dikenali sebagai 'That Girl in Pink that Dances Awkwardly in Rebecca Black’s Friday Video' masa orang tak kenal dia lagi. ramai yang tertanya-tanya sapa sebenarnya dia ni termasuk lah aku huhu siap gugel lagi uolls tapi tak jumpe. dah lama sikit barulah si Bennie ni publish video dia kat youtube kata dia ni lah sebenarnya si minah pink berjoget tu blablabla


Lepas daripada tu ramailah jugak yang ala2 kagum respek gittew kat dia ni sebab berani tonjolkan diri, kalau orang lain rasanya nak keluaq rumah pegi sekolah pun dah malu gila hokhok. yelah dah satu dunia kenal dia. kenal pun sebab dia joget pelik gila lepastu ramai pulak yang mengutuk kannnn. sekarang ni ramailah pulak yang jadik fans dia sebab Bennie ni sweet gitteww orangnya macam iolls


Menatang tu pun aku dapat sebab join fanclub dia kuehkuehkueh :P dekat website dia ada jual ma'jun kacip petimah, kain batik, cokelat oreo, shawl obor2, minyak lintah dan sebagainya. hasil duit tu semua dia donate dekat mereka yg kurang bernasib baik. beliau pun pernah berjoget kat tengah mall untuk kutip dana untuk tolong mangsa gempa bumi kat Jepun zzzz kagum sekali lagi.




Sebenarnya aku pun dah tak ingat bila aku join fanclub tu. dah berapa purnama ntah (ewah) sampai aku pun terlupa yg nanti aku akan dapat wristband inniew. hehehe jadiknyew harini saya berasa amat gembira kerana dapat barang free hekhek. kalau nak tau hobi aku mintak free sample kat internet lepastu tunggu abang posmen hantar ke rumah hohohohhooo. ok bye karangan ini tiada perenggan penutup. 

Friday, July 22, 2011

Rahsia kekal langsing Rozita Che' Wan


Hello hello.. apa khabar semua? dah beli kurma yusuf taiyyob ke belum? tahun ni rancang nak buat kueh almond london ke tak? langsir jahit tangan ke guna mesin? baju melayu boifren kamu cekak musang ke telok belanga? nanti pagi raya nak pakai shawl lilit sampai lemas atau tudung bawal berkerawang sahaja? nanti nak pergi beraya rumah jiran belah kanan atau yang kiri dulu? amboi banyak pulak soalan bulan syaaban pon tak habes lagi hekhek :p


buat anda yang tak tahu, beberapa hari yang lepas kittew dah jadik manusia yang berusia 19 tahun! hikhik saja nak habaq. bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menjalani hidup hingga ke hari ini (ayat cikgu2 masa pembukaan majlis). amboi dah tua bangka dah aku ni rupenye. rasanya macam baru 3 minggu yang lepas je aku dok bergurau senda dengan encik tali pusat dan saudaraku siti placenta di dalam perut mak kittew hikhik. cepat betul masa berlalu kan?





sememangnya aku agak eksaited nak tunggu sapa yang wish besdei kat aku lol. eleh hampa pon sama kan? tepat pukul 12 malam mesti dah redi depan pesbuk dah cettt machiam aku taktau. tapi pada malam ittew aku tido awal la pulak hekhek. esoknya bukak pesbuk lalu terharu gilewwrzz bila tengok ada yang wish :D oh, kalau nak tau aku tak letak besdei betul kat pesbuk. biasala wanita gedik.. lagipun saja la nak tengok sapa yang betul2 ingat birthday aku KAHKAHKAHKAH poyo je lebih! 


dan kepada anda yang telah memberi ucapan sempana hari keputerian (haha) aku, aku nak ucapkan terima qaseh banyak-banyak sebab ingat kat aku hahahahahahahahaha serius aku terharu sampai nak menitik air mata jantan masa hari ittew *peluk peluk sambil lastik tali bra setiap sorang*. hampalah sahabatku yang comel raya ni jemput lah datang ke rumah yekk.


tahun ni punya besdei aku makan kek awal sebulan.. hahaha, hadiah pon aku tak dapat lagi ni hihihi. tapi masa sebelum besdei aku adala aku dok bising bising kat mak pak aku kata nak bela kucing.. tengok-tengok dua hari sebelum besdei pak aku bawak balik kucing jalanan kat aku huhu. lantak ah janji kucing meowww. mak aku siap sound lagik kata kalau kucing tu berak dalam rumah memang kena buang. nak dijadikan cerita pagi masa besdei aku kucing tu sedap je berak depan mata aku masa tengah main ngan dia. petang tu jugak masa aku terbongkang tidoq depa pi buang kucing tu T.T 


ROARRR eh silap bunyik!


okay sedih tauuu.. hmm cakap pasal birthday ni teringat la pulak masa zaman muda-muda dulu, waktu umur baru masuk 16 tahun. boleh kata sambutan besdei yang paling best kot hehehehe. time tu aku sambut dengan  teman-teman sekerja.




ni lah kawan-kawan ku masa kerja kontrak sama-sama dulu hihi. masa ni kami terlibat dalam projek pembinaan surau. jangan ingat orang pompuan takleh buat kerja-kerja macam ni okayyy kami ni wanita batu-bata kalau hampa nak tau. tu yang belah kiri baju kelabu tu terer gila gergaji papan. memang terbaik ah sampai banyak syarikat yang berebutkan dia. yang geng 3 orang baju merah tu bahagian bancuh simen, yang berbaju oren pakar dalam memasang atap, geng baju biru plaster dinding, dan selebihnya termasuk aku tukang pasang tiles. balik sekolah je terus cabut pi kerja.. biasala carik nafkah untuk bayar yuran spm hehe. janganlah gelak kat gambaq tu.. masa ni reti edit guna paint je pun. 


hihi syok gilaaa masa ni! masa haritu aku dah agak dah mesti depa ada buat samting kat aku wehooo. pastu sapa ntah blindfold aku pastu saja la dok buat2 saspen hakhakhak. buka je mata kena baling belon ayaq. lepastu seronot lagi sekali sebab atas kek tu tulisan dia kaler merah, pastu makanan pon banyak. kesian hampa kena keluaqkan banyak duit sempena besdei aku KAH18. 



hadiah yang tak dapat dilupakan pula geng softlan kasi aku baju dalam LOL. tapi jarang pakai sebab bukan push-up lalalla :P dan juga dapat anak monyet!!! wahh seronot seronot. walaupun monyet tu aku sendiri yang mintak heuheu. terima kasih daun terup... tapi monyet tu adik aku pulak dah suka pastu dia curik dari aku. elok-elok monyet tu dah ada nama dia pegi tukaq jadik nama AWANG. adoiii.. masa aku nak bawak balik monyet itu ke kolej, dia pi korek balik habis beg aku. terpaksa lah tinggal kat rumah. baru-baru ni masa aku tengok gambar kat dalam kamera aku terjumpa ni. keja adik aku la sapa lagi...




makhluk aneh berbaju plastik dan pakai spender




hangover selepas berparti




chantique tak baju saye? kakak saye yg mekapkan saye..




hai sayalah lah awang!!!



nehiii!!!!!!!!!!!

Tuesday, July 5, 2011

Perkara yang berlaku pada 2 minggu yang lalu

Yang mulia tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.


wehoooo hai anda semua!! mintak ampun kerana lama menyepi sebab sekarang ni tengah bizi dengan hal duniawi ewahh (bajet macam ada pembaca setia :P) oh dan ini entri sepatutnya saya siarkan (amboi) dah lama dah.. siap dah janji dengan nur zaiimah nak hapdet tapi tak hapdet2 lalu bertukar jadik arep malik.


jadi, apa yang berlaku sebenarnya pada 2 minggu yang lalu? jengg jengg jengg *irama saspen berkumandang*





tengok tuuuu.. tengok tuuu.. comel tak cara kekasih gelap aku mintak cerai? siap ada buat smiley bagai pastu ada objek gedik berwarna merah lahh. kelihatan amat romantis walaupun di saat2 akhir perhubungan wakakaa.




amboiiii yelah tu nak keep in touch bagai padahal sekarang ni mana ada tegoq aku pon *ewah emo tetiba* yang dok sebok kacau aku tu si naveen kawan dia hari2 dok HEI DA.. HEY DA.. DA..DA.. grrr tak larat nak layan, oi nur zaiimah!! mai sini bawa pulang suami mu ke rumah! (nur zaiimah dan naveen suami isteri yg sah tapi kawin lari)




beberapa saat sebelum jadik janda, sempat la aku printscreen profile dia. ohooiii kenangan ni wehh. sekarang ni mana ada dah gambar gambit comelku kat tepi tuu T.T




abang2 kerala sibuk bergosip.. kecoh betul. sapa la yang 4 ekoq dok like tu memang kepala dia nak kena ketuk guna tempurung manggis. sebenarnya ada lagi komen2 ni, tapi buat apa nak letak bukan ada sapa paham pon huhu. ni pon aku tak paham, ntah2 sedap dok mengutuk aku apaaa..





seperti biasa si busybody pon menjelma... sekali lagi aku menjerit 'hei zaiimah mari sini ambil kekasihmu!!' *jerit guna mikropon diiringi dengan percikan ayaq lioq* ngehngeh. dan dengan ini aku mengisytiharkan bahawa aku single!! hahahahahahahahaha (padahal memang single pon selama ni) kiranya kat pesbuk tu dah takdak la aku in a relationship dengan sapa-sapa dah lalalaaa.


lepas ni dah taknak lah berhubungan dengan abang-abang kerala ecehh. sekarang ni aku dah merajuk sampai tukar default picture pesbuk jadi rice cooker. heh


hYe @d!9 mH@ny!3z


dulu rasanya dah pernah letak gambaq dia ni kat blog aku. hikhik kali ni jumpak lagi wehooo. tapi ini kali dia siap buat peace lagikk ngahngahngahhh. kepada sesiapa yang pi isi minyak kat petronas parit buntar, anda dialu-alukan untuk berkenalan dengan abang maniz ini. sangat comel orangnya huhu.



ini pula mercu tanda kebanggaan parit buntar. eh takla tipu je ok bye selamat malam zzzzzz kroh krohhhhhhhh


Monday, June 6, 2011

cekak CMCT

bukan nak bercakap pasal silat cekak atau baju cekak musang, tapi aku nak cerita pasai cekak rambut pada hari inniew hikhik. yaaaa itu cekak rambut yang hampa dok pakai kat atas kepala tu lah.. takmau kasik rambut dok berjurai cocok mata. tapi la ni ada yang dok buat pakai kat atas tudung supaya nampak lebih fesenistah ohooii. apa2 je lah...


kalau kita pakai cekak rambut tu mesti bukan dekat kepala ja kita pakai kan? kadang2 gedik dok lekat kat dahi, cangkuk kat tengkuk dan lebih tragik lagi letak atas batang hidung macam pakai spek mata. ntah hampa paham ke tidak aku cakap ni.... nah tinguk




mesti pernah buat kan? hahahahahaha. haritu rumet aku dok buat la pakai cekak gaya macam ittew sambil dok buat kerja apa ntah. aku pun dengan penuh sopan santun menegur 'EH PAKAI SPEK MATA??' okey sebenarnya aku tak ingat pun dialog dia tapi lebih kurang cenggitu lah. 


tak sampai satu saat lepas aku cakap macam ittew aku pon kena ketawa dengan beliau. zzzzzzzzzz macam mana ntah mata ai bulih salah tinguk. warghhhhhhhh aku sangat marah pada bijik mataku rasa mahu cungkil beliau guna pisau toreh getah.


apa khabar semua.. cantek dak cemin mata acik?


amboi nyonya kat atas ni. entah hapa2 pesen la yang dia dok pakai. tak pernah la aku jumpa pesen spek mata camni, tapi kalau lampu suluh ada la. yang orang dok pakai pi menoreh getah tu hikhik lampu suluh di dahi comel tauuu..


minggu lepas aku pi lah bersiar-siar di kampung halaman aku lalu singgah sat kat seketoi supermarket ni. lepas dok tawaf nak dekat 3 kali tetiba ternampak benda ini


tengok yg kaler cekelat najis itu

mintak maap jari buruk dan inai cacat


ohhooohoiiiii aku tidak mempercayai matakuu!!! tau tak apakah ittew? seperti yang anda nampak makhluk itu merupakan cekak rambut ye tuan-tuan dan puan-puan, dan beliau juga merupakan...........................



merupakan...



merupakan...




merupakan...





spek mata uolls!!!!!!

sumpah aku dok ketawa macam orang gila bila tengok menatang nih. ini pestaim okayy aku jumpa cekak rambot pesen macam ni jadik kalau hampa nak kata aku jakun pun aku tak kisah lalalalalaa. serta-merta teringat terus kat rumet aku yang namanya CMCT wakakakakakakakakakakkakaka rasa nak pengsan sekarang!!!!


tapi yang bongok nye boleh pulak aku terlupa beli. kalau tak boleh aku eksen pakai tunjuk kat rumet aku kannnnnnnnnn kannnnnnn kannnnnnnnnn boleh letak di kepala lalu jika bosan boleh letak di mata juga. ni keturunan transformer ke hapa nih?


tak kira lepas ni kalau aku pi sana lagi nak beli jugak tak kira apa pon!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (epilepsi 20 saat sambil minum milo ais dan maruku bergerigi)




Wednesday, June 1, 2011

Entri berunsur jiwang jiwang yang pertama di blog ini. jangan muntah yekk! :D

oh, hellooo rakan-rakan! aku lupakan sekejap pasal 30 Days Challenge tu sebab aku dah malas nak buat wohohoo. jadik hari ini mahu tulis (atau menaip) pasal benda lain pulak. 


hai. kenal saya tak?


malam semalam aku online lah macam biasa. tengah dok gedik-gedik blogwalking tetiba line internet takdak. geram lah jugak time tu rasa nak pi tebang ja tiang letrik kat depan rumah (walaupun takdak kena-mengena) tengok jam dah pukul 2 pagi pun. ok lah bye nak pergi tidoq lah camni.


masuk bilik tak boleh tidoq plak dah, lalu tergolek2 lah aku sambil dok membaca. tengah syiok2 tu boleh pulak aku terdengar bunyi pintu rumah kena ketuk 4 kali hikhik berderau darah kejap. dalam kepala dok terbayang abang pocong dok terlompat-lompat kat luar rumah. bila dah terdengar bunyik camtu terus sumbat earphone pasang lagu kuat2 sampai taik telinga bergegar. lepas beberapa saat perlahankan volume kejap. tok tok bunyik lagik. dalam hati kata OH BABI NYAAAA!!!!


ye, ada sebut nama saya ke tadi??



fyi, kawasan rumah i memang femes dengan makhluk comel berbungkus tu. konon dia datang dari rumah ke rumah nak mintak orang tolong bukakkan kain bungkus beliau. cara dia datang mintak tolong pulak, ketuk pintu guna dahi hokhokk. comel tau.


kiranya semalam aku tidoq dalam ketakutan lah. tapi bila bangun pagi, aku terfikir macam mana pocong mau ketuk pintu rumah aku sedangkan ada grill? hikhikhik bengong. kalau dia hantuk pon mesti bunyik besi gedegang gedegang. tapi takkan la pulak dia keluaq kan tangan dia? ok dah macam bodoh je pikir pasai hantu. tapi kalau nak tau petang tadi ada la jugak aku try ketuk pintu rumah guna dahi. sakit weyyyyyy dan bunyik dia tak sama pon macam yang aku dengaq malam tadi =.= haha bodoh nyewwww!!


aku rasa tu bunyik kaki adik aku dok tertendang almari dalam bilik dia lah. pocong kejadah apa plak. aku cerita kat mak aku dia tak layan pon erkkkk. aku ni memang penakut pun sampaikan masa kat kolej mawaq dulu bila terbau benda busuk tengah malam dah meremang bulu roma. padahal bilik kat tepi tangki taik memanglah malam2 busuk -________________________-


Sunday, May 15, 2011

Entri penuh ghairah

Semalam, kite pegi bersiar-siar sampai minyak kering lalu singgah sebentar ke petronas. tiba-tiba ada abang kacak datang dekaaaat sangat dengan kiter lalu tersenyum manja aww. kite ingat dia nak mintak no telepon kittew, tapi rupa nya nak cuci cermin. ohhhhhhhhhh



abang kasi cuci bersih aaarr.. itu taik burung kering pun you kasi kikis 


selepas itu kami pun pergi ke carwash. wengwengwennggg tak sangka kat sini ramai jugakkk jejaka idaman kalbu ewah. kami disambut dengan begitu mesra sekali. buat seketika, saya berpikir adakah saya dikelilingi oleh para bidadara yang begitu menggoda? almost paradiseezzz~~~ 


dari kerana mataaaa yg mempunyai kuasaaa

hai adik manis.. abang manis buat peace kasi sama adik


talking to the moonnnn~ feeling encik marikh

negaraku.. tanah tumpah nya darahkuuuu

ohoi cuba hang tengok gambaq kat atas nih. siap ada reflection muka adik aku lagi tuewwww jeles tauuu.. dah la ane tu siap buat muka macam tengah berlakon video klip. kalau muka aku yang ada kat situ kan best, teros aku bagi dekat MAX247 suruh buat cover album depa. vleyyyyy????


lepas tu tadi kannnn kittew pergi kenduri kawen sedara kittew hikhik. mengantok gila kot nak tunggu pengantin datang, tapi bila dah datanggggg ewah terbeliak lubang hidungku. pengapit dia hansom!!



mintak maap la kamera cabuk, tangan pun menggigil je. tapi yang penting pengapit hensem hokayyyy tapi aku rasa dalam gambaq ni tak hensem lah pula oink oink. malu2 ayam gituuu abang pengapit terbabit, berdiri pun tegak semacam aje. abang ni tentera darat ke? ehek ehek. pengantin lelaki tu pon tak memalu macam beliau roaaaaaaarrrrrrr.


tapi kesian saudara jurufoto dok leka hambek gambaq pengantin, takdak pon gambaq yang ada dia dok posing sekalik. wuwuwuwuwuuu takpalah janji kulit kamu gebu *eh tetiba* meow meow. mata beliau pun sepet sepet gittew hamboi sejak bila aku suka jejantz kulit putih ni??



nasib baik lewww kamera kita tak canggih, kalo tak dah lama kittew kasi zoom 68x kat muka hang. lepastu masa kittew keluar kittew nampak abang pengapit mulut dia tengah berasap. hamboiii geramnya haku tengok rasa nak pergi dekat dia berjabat tangan lalu mintak otograp kat lengan baju kurung. ok dah.



cuba hang tengok budak baju ben10 ni. banyak la jugak gambaq dia aku dok hambek. sebab ape? sebab bila aku usha muka dia terus aku terpikir 'NI DAH BESAQ MESTI HENSOM' kekekeke. syiok gak dok usha budak nih, terasa macam usha peragawan yang hot lalala. tetiba budak ni perasan aku dok perati dia pastu dia dok tenung aku lama2. woii serius seramzz tengok muka dia time tuh, menggoda gila! wakakakakakakaka ni dah besaq mesti jadik pleboi. tak berani aku nak tinguk dia lama2, terus aku jelir lidah dan menyorok. kuengg3.



hamboii bergaya betul si fashionista kecil ini. ala2 rimau gittew. dik, nanti bila umur hang dah masuk 16 tahun baru akak delete gambar ni dari blog hokayyyy... muah muah di pipi kiri, kanan dan celah ketiak mu!


lepas perut jadik buncit sebab dok telan lauk kenduri, maka kamiorang(?) pun pergi ke sepital kerana mahu melawat orang sakitzz. hokayy masa kittew pegi tu ada la dalam 5 famili tapi lepas tu terus jadik errr berapa famili ntah tapi ada la nak dekat 60 orang 0.o  tak sangka pulak dalam reramai tu ada 2 ekor hanak ikan yang sedang meningkat remaja. wuuuuuuuuuu seronot seronot. tak sangka pemili haku ada budak lelaki yang dewasa. aku ingat semua pompuan lalalalalalalalala





HAHAHAHAHAHAHA hambek kau nama glemer aku tuuuu.
kalau nak tau Elin tu nama artis aku kat dalam bilik.
kbye!

Wednesday, May 11, 2011

Baju kurung putih kain gelap bla bla bla uitm bla bla mds oink oink

Acik nengok ada jugak la beberapa ketoi keyword yang dok mencarik contoh baju kurung putih kain gelap untuk pakai masa orientasi nanti. hekhekhek. sori la kat sini takdak tunjuk macam mana contoh nyewww, sebab masa zaman acik dulu, takdak lah pulak kena pakai macam ni.


Tapi tadi ada lah terjumpa komen ni :




okie, ikutlah cakap kakak ni eyh. beliau memang sumber yg boleh dipercayai. bye bye!

Monday, May 9, 2011

Minggu Destini Siswa UiTM.

Ada orang tanye kat ai pasal Minggu Destini Siswa kat formspring. sebab malas nak tulis jawapan panjang2 kat sana, lebih baik buat satu entri terus. kot2 lah berguna untuk bakal student uitm kannn.. itu pun kalau ada orang yang baca entri ni lah. ehehehe




Minggu Destini Siswa (MDS) ni kira macam orientasi lah. masa awal2, depa buat dekat kolej masing-masing. masuk hari kedua/ketiga, buat dekat tempat yang besar sikit yang mana boleh muat semua siswi dan siswa. aktiviti dia banyakkkk pasal ceramah ceramah. program ni seminggu je, dan sepanjang tempoh ni memang tak best langsung habaq hang! hectic gilerrrwwzz.


oke ni nak cerita pengalaman aku masa dulu...


masa hari first daftar, aku sampai dalam pukul 12 lebih. masuk bilik, rehat kejap, dah ada pengumuman kata kena berkumpul pukul 2 ptg macam tu. grrr tak sempat kemas barang tauu, geram betul. kena berkumpul kat dalam dewan (?) kolej mawar yang masa tu agak panas dan tak selesa langsung. masa tu aku rasa berlengas gileww dah la aku tak makan langsung memang perut aku kembong dengan angin lah. masa ni ada lah akak2 fasilitator dok potpet potpet dan ada juga sesi pemilihan penghuluwati. then ada lah dia kasik macam2 kad/borang yang kita kena isi dekat situ jugak. oleh itu jangan lupa bawak pen dengan gam sebab nak guna bila nak tempek gambar. 


lupa pulak nak pesan. nanti hangpa semua mesti ada bawak macam2 dokumen kan??? surat tawaran lah, borang elaun lah.. bawak je semua tu okayhhh. tapi rasanya tak payah la bawak x-ray hang tu ke hulu-hilir. besar gedabak kan menatang tuh? so tinggalkan je dalam bilik. nanti kalau akak fasi kata nak bawak hangpa pegi daftar & buat kad matriks, barulah bawak. 


bila waktu malam, ada jugak lah kena berkumpul bagai. memang seksa masa orientasi ni, mengalahkan pegi kem kepimpinan je. oh ye, solat berjemaah tau so jangan lupa bawak telekung bersama anda. pasal pakaian sepanjang orientasi pulak, opkoslah pakai baju kurung & kasut tertutup. jangan pakai selipar jamban kamu ohkeyy nanti kakak fasi marah hehe. bab kasut tertutup tu, dulu kami semua kena pakai kasut sport. yeahh, baju kurung bersama kasut sport. vogue bukan?? lagipun selesa jugak la bila pakai sport shoes sebab nanti banyak berjalan. kalau gedik pakai sandal pompuan memang alamat nye kaki sakit lah. dan kalau uollsz rambut berwarna,, biasanya akak fasi suruh hitamkan rambut/pakai tudung. sebabnya time ni memang kena betul2 ikut dress code uitm huhuuuu..


makanan memang disediakan sepanjang MDS, jadik tak payah susah hati ye. pesan aku, hangpa sila lah makan! kalau tak lalu dengan makanan yg disediakan tu pun kena makan jugak. sebab orientasi ni memang memenatkan gilerr dan hangpa boleh pengsan sebab kekurangan tenaga. ewahh macam doktor plak dah. air jangan lupa bawak tau, jangan harap nak mintak kat orang je. sebab student ramai, kena pakai baju kurung liplap, rimas rimas maka dinasihatkan bawak lah kipas tangan ke kertas ke yang agak2 boleh kipas ketiak. wengweng dulu aku menyesal giler tak bawak sebab hampir setiap masa ketiak aku banjir. huahahaha


nanti hari kedua kot, barulah kakak fasi bawak pergi daftar & buat kad matriks. masa ni buat lah pose comel2 sikit eh, barulah nanti tak malu nak gantung kad matriks kat leher sebab gambar chanteks. bawak lah segala dokumen & x-ray bagai yekk. lepastu nanti uollzz akan dapat baju batik, lanyard & card holder, file etc. kalau bernasib baik dapatlah semua tu, tapi yang aku dapat dulu lanyard jekk! arghhhhhh habis duit bapak aku bayar baju batik, sampai aku dah abis asasi pun tak dapat lagik grrr.


hari seterus nya, akan dipenuhi dengan pelbagai ceramah yang boringgggg gillewrz. tapi jangan lah pulak dok asyik tido je sebab ada antara ceramah tu yang boleh tahan best dia. masa ni, takde lah rasa sengasara sangat sebab siswi dengan siswa duduk kat dalam satu dewan! wakakaka agak2 kalau boring, boleh la try usha jejaka hot raaawrr. lepastu akan ada lawan cheers antara lelaki ngan perempuan. masa ni memenag best gilerr sumpah tak tipu. segala kebosanan, rasa rimas terus hilang bila tengok siswa kacak buat cheers lalalalaa.. tetiba hangpa akan rasa terus semngat gitteww :DD


oh ye nanti akan ada abang2 n akak2 fasi ajar lagu uitm sebab masa majlis penutup kena nyanyi ramai2. lagu uitm ada dua; UiTM Di Hatiku dengan Wawasan Setia Warga UiTM. agak2 nak tau lagu tu camne sila lah terjah youtube eh, nak hafal terus pun takpe. masa majlis penutup nanti, semua orang kena pakai baju batik. yang lelaki pakai dengan seluar hitam, perempuan kena pakai dengan kain hitam & tudung hitam. sebab aku tak dapat baju batik, aku kena pakai baju kurung yang ada kaler biru2 gitteww. arghh menyampah, lepastu kena duduk barisan belakang sebab bagi budak yg pakai baju batik duduk depan.


bila dah habis seminggu tu, boleh la uolls balik rumah. hikhhik. yang rumah jauh tu toksah la balik buat menyusah je. duduk je kat kolej dengan rakan2 baru takpun balik rumah sedara yg terdekat. okie tu je lah kot pasal Minggu Destini Siswa.



soalan seterusnya pasal dobi. dekat kolej memang ada mesin basuh yang kena letak duit tu. dryer pun ade jugak. dekat setiap level memang disediakan dekat bahagian jemur kain. harga dia kadang-kadang RM3, kadang-kadang RM2.50, RM2 pun pernah ada jugak. pelik2 je lah washing machine tuh hikhik. duit syiling yang encik mesin ni terima hanyalah 5 posen & 2 posen. *ok, perlu ke aku cakap?*




macam ni lah rupa beliauu...



lagi satu nak pesan, kalau nak sidai baju yang mahal2 dekat ampaian tu fikirlah 20 kali sebelum nak sidai. sebab penyamun memang banyak.


sekian saja dari saya, byeee :)





Saturday, May 7, 2011

Khas buat bakal penghuni Kolej Mawar UiTM

Assalamualaikum!!

Patut la ada keyword Kolej Mawar UiTM dok masuk, rupanya result upu baru keluar yek. hekhek tahniah la ye hangpa semuaaaa.. pertama, sebab dapat masuk menara gading *ewah*. kedua, sebab dapat Kolej Mawar!! hahahaha nak tau ye pasal kolej ni?? meh ahkak citer kat hadek-hadek sume :P


Dekat kolej ni, ada 4 ketul blok. blok 1A,1B, 2A & 2B. Blok 1A & 1B penghuni dia ramai budak asasi dan diploma. degree pun ada gak tapi tak ramai sangat. bangunan dia 4 tingkat je dan takde lif! tapi kalau uoll budak asasi, selalunya first sem dapat dok level bawah2. paling tinggi pun tingkat 2. sebab apa? sebab asasian kan selalu masuk awal... tapi, sem 2 nanti merasa lah dok tingkat atassss tu. kalau kau jenis budak baik, pembersih, skema haha dapat lah dok level 00.


Blok 2A & 2B pulak untuk akak-akak degree gittewwww.. bangunan ni 7 tingkat dan sudah tentu ada lif (sila jeles). bilik dia pulak untuk 2 orang je. tapi kalau blok anda bakal tinggal ittew 4 orang yekkk harap maklum. jangan gedik kata tak best dok reramai dalam satu bilik. syiok woo habaq hang! 




nanti bila hang masuk, secara otometik hang ada seketul katil, sehelai meja yang comel ada rak buku di kepalanya, sebatang softboard, sebidang kerusi & 2 bijik lobang tempat cocok plug. haritu aku ada dapat bantal seketoi. kalau nak tengok, tu haa kat gambar atas ni, bantal petak2 kaler biru ittew. taktau la dia kasik pinjam ke bagi free, tapi bantal tu sekarang ada kat rumah aku wakaka. nanti bawak la cadar sendiri, bantal sendiri. kalau nak harap bantal yg dia bagi tu errrr tak berkenan la aku kalau nak buat letak kepala bila tidoq. nanti tak payah la susahkan diri bawak tilam sebab memang disediakan. tapi kalau tulang belakang hang jenis yang gedik mahu tilam spring aje, lantak ah hang bawak pi lah :P




ni kat laluan luar bilik. bila dah ada rak kasut tu, silalah susun segala heels, wedges, glad, selipar jamban apa semua jangan pulak pegi sidai spender kat situ. antara aktiviti sihat yang boleh dijalankan di sepanjang laluan ni ialah bermain layang-layang, baling2 kasut jiran & jutaria.




kalau pasal wifi, opkos kat sini ada. tapi ikut nasib la kalau kedudukan bilik hang strategik, dapat ah layan tenet laju macam taik cirit. kalau tak, memang macam sembelit ala2 taik batu atau tak dapat langsung. wifi paling laju ada kat gazebo dengan kerusi mekdi. haha over gitu nama kerusi mekdi. tuuuu gambaq kat atas tu lahh yang ada kerusi merah oren tuuu. masa gambaq ni depa tengah shooting pilem apa ntah. dua alam kot. wakaka.


hangpa yang baru dapat result upu ni intake bulan september eh? asasi pun ke? sori i taktauu hekhek. tapi kalau uoll budak asasi yg masuk lagi awal, sangat heaven habaq hang sebab wifi memang superb gila babi. yelah kolej kosong kannn yang ada hangpa ja.dulu aku siap layan ada apa dengan cinta kat youtube. takde buffering langsung hokayyyy. kalau nak guna wifi, ada uitmsalamstudent dengan streamyx hotspot. uitmsalamstudent kalau nak guna kena register dulu kat student portal, tapi kalau streamyx uoll kena ada password. id : utp100000, password : tmnet123. baik kan aku bagi tauuuuu horhorhor. tak ramai pun yg tau password strimiks neh.



nanti bila nak masuk kolej bawak je lah apa yang nak dibawak. karpet ke, pasu bunga ke, gergaji ke, pisau kupas buah ke, ridsect ke bawak je ikut sedap hati. tapi kalau rasa payah nak bawak banyak2 barang masa daftar, donwori koop kan ade. weheeee abang indon yang jaga tu ada sorang yang hensem wohoo. anak tauke pun boleh tahan jugak. kat sini segala benda ada penyapu, penyodok, mop, berus jamban, makanan, alat bantuan pernafasan, koyok, air kacip petimah dll. lesung batu je yang aku tak pernah nampak kat sini. sabun cuci kereta pun ada jual. isk3




barang letrik kena daftar habaq hang. satu benda sepuloh ringgit. grrrrrr cekik darah betoi. agak2 macam hang pakai henset jenis sama ngan rumet hang, kongsi lew daftar baru jimat. begitu juga iron, charger laptop, hair dryer, blablabla. tapi dulu aku satu bilik kongsi bayar iron, charger henset, laptop & heater. kami daftar buat syarat je, tapi bila dalam bilik masing2 keluarkan iron sendiri, charger sendiri wohohohoo. pandai2 lah nak hidop. agak2 nak pegi kelas tu toksah la tinggal benda tak berdaftar kat atas meja/katil. nanti dapat lah kamu sijil anugerah tatatertib yang amat dinanti-nantikan oleh semua warga mawar yang jelita, anggun dan menawan. 




kolej ni rajin betoi buat spotcheck. herghhhhh rasa macam zaman sekolah dulu je. kasut sepah, bilik tak kemas, gantung plastik kat tingkap, ada sampah dalam bakul sampah, kipas/tingkap berhabuk semuaaaaaaaa dapat tatatertib. aku entah berapa kali ntah kena, malas nak kira. kadang2 geram gak kesalahan kecik macam ada sampah dalam bakul sampah tu pun kena. huarghhhhh logik ah sikit takkan aku nak letak berus gigi aku kat dalam tu kot. lain la sampah aku melimpah-ruah kannnnnnn baru logik kena denda. haih


satu kesalahan, 10 ringgit. kalau bilik hang kena tatatertib sebab sorang tak susun selipar, bukan sorang tu yang kena. semua kena jugak. wakakaka. bukan hangpa kena kutip sorang rm2.50, tapi sorang rm10. hahaha best siolllll. bila  first sem pun dah dapat tatatertib, otometik sem 2 nanti hang dapat bilik tingkat 4 takpon 3. wehuuuu merasa la naik turun tangga tiap hari nohh kasi merembes sikit ketiak kamu ittew. sapa yang lemak tebal kat perut tu ambik lah peluang ni untuk eksesais. (tapi aku rasa bila aku duduk tingkat 4 aku lagi gendut ada lah wehuuuu) dan manusia2 yang takde dapat tatatertib tu, syok ah dapat bilik bawah sekali. sebab tu aku kata depa ni budak baik dan skema hahaha peace! (' ')v 


tapiiii kolej mawar ni dekat je dengan Dataran Cendekia. ada tempat makan, atm, bus stop, abang engineering hensem pon ramai yang suke berkeliaran kat sini wohooo. kadang2 ada la konsert kat sini. antara artis yang pernah menyanyi live kat sini rohana jalil, m.daud kilau & zaiton sameon. kelas gittewwwwwwwww




lepastu dekat pulak dengan sec7 yang banyakkkk ane hensem kerja dekat mamak. hikhikhik jalan kaki kejap je sampai toksah gedik pegi naik bas. masa baru masuk dulu, gagah la aku naik bas tunggu lama2 bayar singgit nak pegi makan kepsi sec7. rupanya jalan kaki dekat gilerr, jimat plak tu. jahilnya aku. kalau sakit pulak, dekat je dengan pusat kesihatan tapi tak pernah la pulak aku pegi.





kalau boring-boring tu, boleh la ajak kawan2 berenang ramai-ramai dalam tangki air ni. memang best, lagi2 kalau menyelam banyak woooo hidupan akuatik. nak main golf pon boleh kat kawasan rumput tepi2 tangki tu, tapi kena bawak kayu & bola golf sendirik lepastu korek lubang sendirik ye.


oh ada lagi benda annoying kat mawar ni. dia punya announcement... mak oiii kerap gilaaa!! rasa nak tetak je speaker kat luar bilik tuh. lepastu banyak pulak kucing berkeliaran. kalau hang dok kat blok 1B, hang bakal terserempak dengan objek2 aneh di sepanjang koridor. objek aneh tu nama saintifik dia taik kucing. ada yang bulat2, panjang2, dan ada jugak yang telah terpenyek akibat dipijak.

oklah sekian terima kasih.




akhir kata, selamat menikmati kehidupan di kolej mawar yang bertaraf 18 bintangz.