Wednesday, December 29, 2010

surat kiriman tidak rasmi.


Ramlah Melaram
No 19, Jalan Tar Berlopak,
Taman Stoken Hijau,
34200 Kuala Pilahdelphia.

29 Disember 2010.


Menemui saudara Khairul Fahmi Che Mat yang kacak lagi bergaya. Semoga sihat hendaknya saudara di sana.

Saudara,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara kerana sudi mengirimkan surat kepada saya. Sebagai seorang artis yang terkenal dengan sifat peramah, sudah tentu telah menjadi tugas saya untuk membalas surat-surat peminat kesayangan. Terima kasih juga kerana sudi menghadiahkan cokelat ketburi blek pores kegemaran saya. Walaupun di saat saya menerimanya cokelat ittew sudah cair, namun ianya tetap cedap ihihihiii so sweet >.<

Oh ya, jutaan maaf saya pinta kerana terpaksa menolak undangan makan malam bersama saudara di ABC Frado Sec2. Sorry ye, saya busy sangattt. Biasalah, nama pun artis kannnnnn.... macam tak tau pulak :P Tidak mengapa, lain kali awak boleh ajak saya tapi kena tunggu turn lah sebab ada ramai lagi VVIP dan die-hard-fansss saya yang nak belanja makan!

Oke lah bye! Tujuan tulis surat ni nak cakap thaks ajeeeeee hikhik. By the wayyyyyyy, kamu sangat tegap uollllsssssssss. Berketul gittew awww apa rahsianya? lalalalaaaa. 


Yang tidak benar,
Ramlah Melaramzzz.


P/S : 0122018774 miskol tauuu. nanti titew mcj mcj ehh

























HAHAHAHA berangan je lebih. tiba-tiba rasa cedih gittew sebab terjumpa blog awek KFCM. hahaha tak jadik tauuu i nak pegi mengorat beliau. aaaaa larikkkkkkkkk :P

Friday, December 24, 2010

cuti pertengahan semester atau di dalam bahasa inggeris dipanggil mid-sem break

Assalamualaikum wbt.

Dalam tidak sedar, sudah lima minggu penulis telah menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar di UiTM Shah Alam. Segala rintangan yang muncul di sepanjang bulan pertama semester kedua ini telah berjaya penulis tempuhi dengan hati yang tabah. Alhamdulillah. 


sekadar gambar hiasan


HAHAHAHAHAAA comel tak interodaksyen aku? tiba-tiba rasa macam menulis artikel dekat majalah Dewan Siswa lah pulak. hihi :D

ohooo hoii ni nak habaq kat hang aku sekarang tinggal sorang-sorang je kat dalam bilik, rumet aku SEMUA dah balik. huaarghhh dah la bas aku pukul 11.45 malam nanti! entah ape la yang aku nak buat kat dalam bilik nih sorang. kalau ada depa, at least boleh la ajak joget joget sambil letak baldi di atas kepala dan kupas kulit nanas dengan menggunakan pisau potong kek. heh.

barang-barang aku pun tak siap kemas lagi ni haaaaa... taktau nak bawak balik ape. baju kotor semua dah basuh, so macam dah takde pape je yang nak dibawa balik. hihii. oh ya, terlupa. kena bawa balik esaimen ya kawan-kawan. tahi betul bila taim cuti kena buat kerja =.=

ok bye. nak cakap tu je. selamat bercuti rakan-rakan! tak sabar nye nak melayari internet dengan internet yang laju umpama najis kena flush he.. he... he....

Wednesday, December 8, 2010

menggatal dengan abang mamak berbulu dada lebat

assalamuaikum dan salam socialista. okie kejadian ni sebenarnya berlaku pada 4hb Disember yang lepas, tapi baru hari ni aku nak cerita kat hampa sebab internet suka buat taik kat aku. pada malam kejadian, aku dengan rumet/klasmet bernama imah berasa lapar lapar di bahagian perut lalu bercadang pergi ke sec7 nak carik makan. tak lupa juga mengajak 3 orang rumet lama yang aku rasa tak payah la diperkenalkan lagi hahaha.

so malam tu kami berlima pun menapak la pegi Restoran Khalifah aumm aumm konon nak bedal cheese nan tapi tahi dia buat tak best langsung. warghhhhh! time nak amek order tu, aku rasa kejang di bahagian cuping telinga sebab terkejut tengok menu yang mampu menaikkan nafsu seorang wanita. KAH KAH KAH


si tukang amek order tu pulak agak annoying sampai aku rasa nak curah je kicap kat muka dia. arghh malas ar nak cerita pasal ape, tapi time tu dia asyik usha ainaa je. hik hik. jelingan manja uolls, lantas aku pun jeles. memang sejak dari dulu, aku suke jadik perampas boipreng ainaa nih. kalau nak tau rahul tu pun aku rampas dari dia hahaha. maka dalam diam pun aku berniat nak tekel si mamak nih auuwww


itu dia si jejaka berbaju biru.... abang waiter yang annoying tapi agak menarik hati da da da. tiap kali dia lalu meja kiteorang, mesti dia usha punye. tengah syiok dok makan, dia pon datang kasik kertas tulis harga makanan kat kami sorang satu. masa turn aku, aku suruh dia otograp kat atas ketas tu. masa tu, amboi amboi amboi bukan main senyum lagi dia. aku nampak macam dia tulis samting pastu dia padam2. 


haha otograp tak jadik :P

lepas tu dia tulis lain, bagi yang ni pulak. hehe :D

amboiii sweet tau macam kat dalam drama pulak main tulis tulis nama kat atas kertas :P bila dah nak dekat balik tu, si abang musthafa datang kat meja bagi kertas kosong kat aku. omaigoooddd sangat drama okeee... tanpa melengahkan masa terus aku tulis biodata aku kat atas kertas itteww. alololoo so sweet vava'z



yang konon bentuk molot tu aku lukis guna kuah ape ntah yang kale meraah tu. wakakakaa.. ingat nak kasik cium ittew kertas kannn tapi tak pakai lipstik lah pulak. saya hanya membawa lip balm saja malam itu, maka guna kuah pon kira okey lah! 

bila nak blah dari situ aku tinggalkan ketas tu kat atas meja, lepas tu aku nampak dia amek ketas itu taruk kat dalam poket apron dia hekhek. siap toleh kiri kanan gitu uolls. takut bos nampak nanti terus potong gaji. DAN SELEPAS ITTEW KAMI SEMUA PEGI I-CITY. YAYYYYY!


macam haremm sekarang ni nak masok pon kena bayaq sorang 2 ringgit! arghhhhh aku rasa nak meroyan je kat depan abang jual tiket tu. PTUIH PTUIH PTUIH LUDAH AISITY!! nasib baik ainna yang belanja kiteorang. hehe thanks ainu! du du du

muka seronok melihat lampu digital yang sangaaaaaat mahal 
sambil memegang tiket haram jadah

minta maaf kamera tak canggih 5.0 megapixels sahaja

feeling kat obersi pulak bila tengok gambar ni. ntah kenapa :P

kan dah kata kemre tak canggih, gambaq pecah pecah. 
tapi tiba2 nampak macam efek bokeh gitteww :P

gambar perasan sambil buat pose ala2 pondan. hek hek

esok nye, kami pegi menggedik kat Times Square pulak hihii.. tiba-tiba terasa nak pengsan bila terjumpa satu ketul buku kat Borders nih. walawehhhhhh apakah ini suratan atau kebetulan? wakakaa.. 

omboi mustapa popular hang nohhh....

setelah berasa geli geli dibahagian usus kerana digigit cacing tanda kebuluran, maka kami 5 ekor pon menuju ke food court mencari makanan untuk dimasukkan ke dalam perut dan dijadikan tahi. saya memilih untuk makan kat mamak, auum auuum lalu berasa sedikit eksaited kerana abang mamak itu kacak. bila nasik goreang patayar saya dah siap, encik mamak ittew pun mahu meletakkan sos di atas nasik yang disarung dengan telur itu. tapi saya bertindak dengan sepantas kilat, menyuruh abang itu tuang sos kasi bentuk love. hihi gatal nya saya. sekian terima kasih.

so sweet. eh tipu nasik pataya mana ada manis

walaupun bentuk love yang beliau amat buruk dan takdak rupa langsung, saya amat menghargainya kerana dia siap buat anak panah gittew uollsss.. harus jeles habaq hang. ni yang rasa nak ubah selera kat mamak pula, taknak lah jejaka kerala. hiii gedik!!

p/s : saya mengambil masa selama tiga hari utk publish ini entri kerana internet macam babi

Sunday, December 5, 2010

Kena Tek

wah wah apa khabar uolls.. dalam kepala otak aku ni ada metcham metcham benda yang nak di-belug-kan, tapi satu satu dulu lah yeee kang terpengsan la pulak aku nak menaip segala benda.

okie tadi saya tengok kat shoutbox ada terdapat seketul ugutan dari aziluz hihi dia suruh aku buat tag apa ntah tapi biasalah aku kan pemalas gitteww hutang tag memang berlonggok macam timbunan spender tak basuh sebulan. oleh kerana saya takut gilewwwwrzzz dengan ugutan beliau, maka saya nak buat lah sekarang. hek hek hek :P

i. Award apa ntah untuk blogger yang kiut kot :P


1. berikan nickname untuk saye?? 
- run aziluz (nama pesbuk beliau hehe)
- nur zuliza (nama jika diterbalikkan dari run aziluz. nama betoi dia kot :P)
- cik kasut crocs. hehe saje bagi niknem untuk beliau sebab aku perasan header dia slalu ade pic kasot keroks :P


2. ucapan untuk pemberi award?
terima kasih daun keladi, terima kasih daun pandan, dan terima kasih daun sireh. jika baik hati marilah tag aku lagi tapi kena tunggu lama sikit baru aku buat sebab aku malaz hehe.


3. berikan 6 artis, singer, group or band yang korang minat?
- the beatles
- tan sri sm salim
- ziana zain
- nsync!!!! woah woahhh
- kumpulan kristal haha
- bandi amuk yeahh yeahhh


4. bagi award ni kepada mereka yang bertuah
http://iwritelikecrap.blogspot.com/
http://bitter-sweetales.blogspot.com


ii. Coolest Blogger Award



thanks kina sebab kasik award hak hak. rasa macam artis dah bila dapat macam2 award ni. amboi amboi amboii coolest blogger gituuu! okie award ni ade pulak syarat-syarat nye uollss... mari kita lihat apakah syarat itteww. jeng jeng jeng


1. buat satu entry dan letak pic award nie dalam entry dan link kan ke 

2. letak award nie kat sidebar beserta link ke  http://kimicnol2203.blogspot.com 
 
3. jawab 2 soalan mudah.
  • ape benda paling cool dalam hidup korang??
  • siapa orang paling cool pernah korang jumpe??

4. tag 3 orang blogger then bagi tau mereka yang terkena :)

okie dokie. sekarang sesi press conference dengan cik artis ramlah melaram pulak. lalalaa
 
1. ape benda paling cool dalam hidup korang ?
benda yang paling cool dalam hidup aku sudah tentu lah kipas angin dan ekon. hak hak hak. cool kan maksud nye sejuk, maka aku berpendapat bahawa benda benda ini sangat cool dalam hidup aku. bayangkan kalau kipas angin dengan ekon tak wujud kat dunia ni. sudah tentu ketiak anda merana hua hua hua. oh ye lagi satu, AISKRIM MAT KOOL! cool giler habaq hang!

2. siapa orang paling cool pernah korang jumpe ?
ahhhhhhh tak tau! maskot ais krim mat kool kot. beliau sangat cool sebab sanggup berpanas dok kat dalam maskot monyet ittew. walaupun berpanas, tetap cool kannnnnn
 
dan saya mahu tag :
http://amalinasahaja.blogspot.com/ *hai amalinasahaja saya ada berhutang seketul tag dgn anda :P*


iii. tag yang dicuri kemudian ditag kepada orang hek hek

thanks jugak untuk anak muar sebab tag kat saye! hihiii jahat ye anak muar pegi curik tag ni kat cik 18 :P :P


1. apa benda paling penting dalam hidup anda?
sudah tentulah kad pengenalan saya hehehe. walaupun ic aku dah terbelah tiga, beliau masih berharga uolls. kalau takde benda tu, hidup ibarat orang gila menari zapin sambil menunggang basikal kerana tak tentu arah. sekarang ni semua urusan nak guna ic lagi satu kalau aku takde ic nanti pak polisi nangkapin gwe bilang aku itu pendatang indo tanpa ijin hekhek

2. benda terakhir korang beli pakai duit sendiri?
beli makanan lah ape lagik

3. dimana tempat perkahwinan dan apa tema perkahwinan korang?
aku ingat nak buat majli resepsi aku dekat tepi tangki taik indah water la. lepas tu tema nye mesti lah najis kannnn.. baju pengantin mahu warna kuning cirit, tetamu pulak kena pakai warna ala2 cokelat tahi :P menu pulak nasi beriani sembelit, ayam masak merah taik berdarah & acar buasir

4. adakah korang sedang bercinta sekarang?
 yaa.. sedang dilamun cinta dengan encik esaimen yang gedik gedik

5. berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
selagi hayat dikandung badan. chewaahh

6. novel/buku/majalah terakhir yang korang beli?
life the malaysian style. tak tebal mana pun, tapi dah seminggu beli tak habis habis lagi baca :P

7. antara mak ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
dua dua kot. anak mithali gittew *pengsan mak pak aku bila baca ni hahaha*

8. namakan orang yang betul-betul korang nak jumpa dalam hidup korang?
bakal suami saya. hihihi

9. adakah korang basuh baju korang sendiri?
eh tak la. kucing aku yang basuhkan
 
10. di manakah tempat yang betul-betul korang nak pergi?
kampung halaman suami tercinta

11. pilih salah satu, peluk atau cium?
dua dua 

12.beritahu 3 benda tentang orang yang tag anda?
- beliau orang johor
- seorang lelaki
- mempunyai 2 lubang hidung

13. 5 lagu yang korang suka and selalu dengar?
- hey jude
- dear god
- ye qu
- you
- tentang seseorang :P

14. 5 blogger yang dipertanggungjawabkan untuk jawab tag ini ?

Saturday, December 4, 2010

esok i kena naik mahkamah uolls

amboi amboi amboii dah jadik lumrah artis gittew kena naik turun court. court yang saya maksudkan ini bukan court main badminton atau courts mammoth ye, ini court gedik-gedik kolej mawar. sebab apa? sebab saya ni sangat tertib orang nya sampai dapat tatatertib DA DA DA..

esok perbicaraan i pukol 9.30 pagi noks.. ganggu je hari minggu orang tauu. aku nak tidoq lama-lama pun tak boleh auuw auuuw tensen nye rasa macam nak panjat pokok betik je sekarang lepas tu pegi petik buah durian.

dalam surat pertuduhan tu dia kata esok boleh pegi pakai baju kurung atau baju kebaya sahaja. wahhhhh sekarang ni terus runsing taktau nak pakai baju apa kebaya ke kurung, kebaya ke kurung, kebaya ke kebarung. rasa macam nak pakai ala2 Siti Nurhaliza gittew tapi nanti tiba tiba pulak aku jadik tumpuan ramai. hek hek hek

cindai lah manaa tidak terhias.....
esok nak pakai cantik cantik ke buruk buruk? kalo pakai chantique nanti bole goda-goda pakcik mawar hehe lalu dapat diskaun bayar denda keran terpikat. tapi jika pakai selebet pun okei jugak nanti diorang tengok kesian tak sampai hati macam budak tiada duit lalu tak payah bayar langsung. KAH KAH KAH :P

oh ya esok ingat nak pakai spek mata lalat la lepas tu pakai shawl lilit kat kepala longgar longgar sampai terlondeh nampak jambul di depan. baru lah kelihatan seperti ARTIS kannnnn baru nampak vava'z bak kata kekasih gelapku rahul.

pesen artis malaysia kalo pegi court :P
haha cam bodo je. anda semua doakanlah akan berlaku miracle kat aku esok. ewahh. semoga aku tak payah bayar satu sen pun walaupun kesalahan ada bertimbun. lalalalalaaaa


p/s : nantikan entri seterusnya. cik ramlah melaram flirting dengan waiter kedai mamak