Thursday, October 28, 2010

I heart Kerala boi

hei Da... ingat lagi tak pasal mamat dari india yang perasan suke letak gambar artis hensem tu jadik profile pikku? nah, aku dah approve beliau *yayyy* memperkenalkan KRISHNALAL KAI..

soooooooo kiut hi hi hi
nah hambek kau beliau minat kim bum habaq hang. alolo takleh nak comey lagi kaa?? tak sia-sia aku approve dia teaw, beliau ni sangaaaaaat peramah hihi. enjoy gila babi main komen2 dengan dia sampai rahul pun jeles. warghahaha
gambar banjir? atau rumah air? hihi
bila dah approve, mesti la kita harus view gambar dia kan. hehehe (biasa la misi mencari anak ikan uolls). tiba-tiba gambar banjir ni jugak la yang aku gedik pegi komen 

sila kelik utk rasa lebih terpesona
hehe aku bajet la komen dalam malay beliau tak paham. sekali da... terkejut beruk bila dia komen dalam BM. ewahh foreigner pun nak join BULAN MENGHAYATI BAHASA KEBANGSAAN KE? :p

chomel tau nyah dia tulis dalam malay. mula-mula aku ingat tok nenek dia ni orang malaysia, takpun dia ada koleksi Kamus Dewan dengan Oxford Fajar rupe nye dia guna google translate ajoo.. satu usaha yang baik :D

dah la chomel., kiut pulak tu. suka tau letak smiley dekat setiap komen dia. hihi ni yang rasa nak buat adik angkat ni walaupun dia lagi tua dari aku. oh ye, beliau ni dulu satu sekolah dengan rahul. eee rasa malas la nak layan rahul sekarang, semakin gedik uolls. lagi best kawan dengan Khai ni aww aww. rahul pulak sekarang ni asyik emo je, heh. lepas tu propa cakap nak datang Malaysia. eleh nak tarik perhatian nunu lah ittew wahuwahu.


da da dadadaa.. hansomkan uollss. tak boleh menatap wajah beliau lama-lama nanti boleh pengsan



sekarang ni nak conteng-conteng wall pun kena guna bahasa baku. baru senang nak translate ye tak? tapi yang tak best kenapa la dekat google translate takde bahasa tamil/malayalam. kalau tak boleh aku eksyen kat depa nih aku teror spiking tamil hihi.

he's mine! alllllll mine!
okay gedik kan caption ittew. sekarang ni tengah berlawan dengan aina & imah, tengok sapa yang dapat mamat hansom ni. sape kalah dapat rahul wakakakakaka.

dan beliau kata orang selalu panggil dia KANNAN! Kannan dalam tamil maksud nye sweetheart wah wah nickname dia pun dah mengancam apatah lagi orangnye warghhh grrrr.


hehe comel kan? good night jadik baik malam. sweet dream jadik mimpi manis. oh ye, harini aku dapat lagi sorang kenalan dari India! nama dia Saneej Kai hihi sangat baik dan english dia wow mantop. diorang tak main la da da da dadadadadadada.

ok bye! nak mimpi kannan.. hihi

Monday, October 25, 2010

perihal gambar saiya di facebook

siapa yang jadik friend aku dekat facebook mesti dah naik meluat tengok aku suke kasi tukar tukar profile pikku'z kan? dah la semua gambar stok nak termuntah bila tengok sebab terlalu lawak hingga geli ulu hati hihi. sekarang ni aku guna gambar ini :

hey daa.. watcha duin ha? yenna yenni nflnfuoigf fbiuhf

alolo chomel kan uolls.. sweet gittew wajah beliau macam model sendayu tinggi je aku tengok. aku ni sebenarnye taktau nak letak gambar ape kat facebook, sebab tu selalu taruk gambar pelik-pelik sampai aku add orang pun diorang macam taknak approve lepas tu siap ade yang remove aku hihi dah la gambar pelik info pulak memang 100% menipu memang takde orang nak aku ade dalam friendlist diorang lah kecuali sape yang betul2 kenal aku ho ho ho

sampaikan RAHUL KH iaitu sahabat pena skandal saya dari india pun marah sebab letak gambar buruk hihi lepas tu ugut taknak cakap dengan aku dah. citt pooraahhh




Today


da
da


hi hi


dadadada
da


hi hi


da


wwut r u doin


da
da
dadadadadadadadadadada
dadadadadada


hihi


dadadada
hmm..hat u


WHY?


change your profile pikku..itz sooo bore


lala
its cute laaaah


ww
vry vry bad


wat?


ur pikku


hmmmm
dats my boyfriend


hmm..bve.......change ur pic..otherwise i dont speak 2 u


ade aku kesahh
ayoma ayopa don du dat


1st change then talk


okayyy
i'll put ur pikku
hi hi
da da da


i dont want to talk u anymore.u r not changing ur pikk...bye


;'(
so long rakulu.......


k.. bye ..am del u


T________________T


ngeh ngeh ngeh da.. da.. da.. dada.. dadadadadadadadada motippp kau rahul dok dadadada dgn aku. mcm aku pahammm =.='

tapi bila aku guna gambar awek kat atas ni amboii siap bukan main dok puji lagi ewahh.. baru kau tau ye aku ni menawan. kahkahkah.


tak sangka pulak bila aku letak gambar awek chomel ni aku jadik semakin popular di fesbuk. hehe uolls nak tauuu berderet pakwe-pakwe dari india add i tau hihi suke uolls. pasti mereka dah tertipu dengan kejelitaan profile pikku i kannnnn.. very the gadis kerala terakhir gittewww

okay tak ramai pun sebenarnye saje berhiperbola tapi bayangkan lah sehari 3 orang add hehe semua dari india tau i loikee.. sampai harini taktau nak approve ke idak. nanti kalau tak approve, diorang kata aku bajet diva amboii mentang-mentang aku artis. kalau approve pulak takut nanti Rahul terpinggir pulak hihi sesunggunnya i dalam dilema sekarang ni.

okeyy yang first tu kawan Rahul nama dia KRISHNALAL KAI. current city Thrissur, umur 19. tapi aku rasa dia ni macam bajet je kahkah dalam album profile pic dia amboi habaq hang ada gambar taylor lautner, zac efron, jackson rathbone lagi adelah artis-artis korea yang aku tak kenal tapi kiyutz vavaz. aku bantai gelak sampai nak terberak uolls bila ada satu gambar artis tu dia siap letak watermark nama dia amboiiii comel je tau.

yang second tu ABDUL RAHIMAN NIZAR orang Mangalore. yang ni habaq hang sumpah hensem gambaq dia semua pakat dok eksyen pakai spek hitam ala2 pegawai jpj. sekali pandang macam faizal tahir pun ada tapi buat masa sekarang taknak approve sebab takut slalu dok tenung gambaq dia lalu berlaku curang terhadap rahul. aww

yang nombor tiga tu MANSOOR KHAN kulit cerah-cerah sikit macam pelakon hindustan. badan tough ketul-ketul hekhek.

okayy bye nak bagitau tu je :P :P

Tuesday, October 19, 2010

Happy Birthday JO!

19 OKTOBER
hihihi hai uolls. nak tau tak, hari ni birthday JAAFAR ONN hihi jom ramai-ramai serbu fesbuk beliau lalu mengucapkan selamat hari jadi maaf zahir dan batin sekian terima kasih.

kalau aku cakap aku ni fan Jaaafar Onn mesti ramai yang gelakkan aku kan. ingat aku main-main kot. helooo beliau ini sangat chomel tahu dah la dulu membesar dengan cerita-cerita yg jaafar onn berlakon. homaigooood best giler kot tengok cili padi JO jadik cikgu jaafar. hik hik hik lepas tu kalau bulan puasa selalu tengok riang ria raya nestle cornflakes JO jadik pengacara hihi comel gittew beliau buat kueh raya.


beliau ni artis yg versatile tau boleh berlakon, nyanyi. berjoget, pandai masak, jadik pengacara, deejay hah ape lagi kau nak. JO suke melaram walaupun dah berusia, suka pakai chantique-chantique & voguedevasss gitu kalau baju takde labuci, color tak striking tak sah. aku suke tengok dia pakai baju melayu sebab woahh pasti sedondon dengan kale songkok aww aww. so sweet...

just so you know, masa nak buat baju yang beliau pakai kat atas ni 6 batang jarum jahit patah uolls. sebab ape? sebab leceh kannnn nak tepek2 lace lah bagai kat baju ittew. tapi bila dah siap taraaaaaa meletopss kau haa chantique kan i pun tengok suke lalu bercadang nak tempah baju camni gak untuk buat hantaran bagi kat laki aku nanti.

besfren beliau pulak akak rohana jalil ni haa pegi mana pun asyik bersama. dia ni aku tak sure penyanyi ke pelakon HAHA lantak kat dia la bukan aku minat pun si rohana jalil ni. tapi selalu keliru antara Rohana Jalil dengan Rosnah Johari si penjual asam pedas. keh keh oh ye, Ramlah Ram pun rakan seangkatan dengan diorang jugak lalalala. p/s ramlah ram ye, bukan ramlah melaram.

dan salah satu fakta menarik tentang JO ialah... beliau minat giler dengan BUNGA MATAHARI. haha aku pernah baca URTV tahun bila ntah, kan ade ruangan artis & kediaman. masa tu keluar cerita pasal Jaafar Onn lepas tu adelah gambar-gambar dia tunjuk rumah dia. mak oii ni nak habaq hang hiasan dia boleh kata semua mesti nak bermotifkan bunga matahari. langsir, kusyen, carpet, frame gambar semuaaaa bunga matahari uolls. ok kantoi dulu aku peminat setia UrTV :P :P

orang selalu kata JO ni jenis yang awww awww gittew. amboih sedap nye cakap lembut-lembut dia pun siap dah ade anak cucu tau! yang jantan macho badan ketul-ketul kat luar sana dok kutuk orang pondan ntah2 diri dia sendiri pun mandulz. oppps! yang muka hansom hansom pun bukan boleh percaya sangat sebab ada antara diorang yang bernafsu kat kaum sendiri auuumm auumm. okey ni sesetengah je, bukan semua paham. ngehngeh

okay malas nak cakaap banyak-banyaak dah, kepada uncle abg Jaafar Onn, SELAMAT HARI LAHIR DIUCAPKAN SEMOGA SEHAT TUBUH BADAN MURAH REZEKI DAN SAKSES SELALU HIHI dan cepatlah kawen lagi. I Lap Yu muah muahh

yours truly,
Peminat Setiamu yg Chomel.


saya dah wish kat beliau, anda bila lagi? hahahaa





Monday, October 11, 2010

video terbaru ariel peterporn & luna maya. WOW!

hihihi tiba-tiba aku rase macam takut je nak melayari internet hingga lewat malam. sebab tadi mak aku takutkan aku, beliau kata HAAAA APESAL SUKE TIDO LEWAT? KO BUAT LA KANG JADIK MACAM SITI BALQIS BARU TAW. ayoyo mak seramz uolls dah la bila tengah malam selalu je dengar bunyik pelikz2 tapi buat bodo je lalu meneruskan aktiviti melayari internet dengan selamba hingga pagi esoknya.

grrr grrr aku dah la penakut okey lepas ni tobat taknak berlegar-legar kat fesbuk dah sampai tengah malam. oh ye, ini cerita siti balqiszz buat sape sape yang tak tau. dalam paper harini ade cakap jin yang kacau dia dah kena tangkap. wow. 12 ekor semuanya. tak tau la dah tangkap habis ke belum. kuikuikui. okey meh tengok sini kalau nak tengok jin yang dah kena tangkap lepas tu kena kurung dalam balang simpan kuih raya. tapi yang ni jin yang sebelum ni tau, 9 ekor semuanya. hoho macam lawak la pulak tengok kat dalam balang tu. macam sarang hamster pun ade gak. koikoikoi

dan seperti yang dijanjikan, terimalah video luna maya & ariel peterporn. LAYAANNN.. khas untuk anda yang tak sempat tengok video mereka yang sebelum ni sebab tak sempat download, taktau nak carik kat laman web 3gp yg mana atau mungkin dah kena padam kat internet :P




BEST KAN KAWAN-KAWAN?

Monday, October 4, 2010

roommate comel comel macam halim othman roda impian #1

Hola peeps! harini dah masuk 3 hari aku ade kat rumah tapi aku rase macam dah 3 minggu je cuti. semuanya sebab AKU BORING NAK MATI BILA ADE KAT RUMAH TAKTAU NAK BUAT APE ONLINE JE KEJE HAHAHA. mak aku pulak dok bising-bising suruh tolong beliau tapi aku sebagai anak yg solehah bagi alasan PENAT 3 HARI LEPAS MASA BUAT CLEARENCE KAT KOLEJ TAK HABES LAGI. yeahh sangat lame kan alasan terbabit?

sepatutnye aku kena stadi sebab MUET dah makin dekat. aku ni dah la ngokngek sikit kalau bahasa penjajah ni. kat sekolah dulu pun asyik dapat corot je hahahahahaa hendak speaking apetah lagi berterabur macam gajah terkincit tapi aku slalu perasan cakap sorang sorang guna fake british accent sebab pengaruh harry potter. okay rase nye aku tak perlu cakap pasal ittew -_____-

sebab terlalu BORING dan terlampau BORING, aku rase aku nak buat satu entry spesel la untuk bekas boipren roomate aku yang sangat chomel perangai mereka. hahahaha tiba tiba rase rinduwww nak golek golek dalam bilik 1A-02-34 sambil sakat diorang. huuu

baiklah. pertama sekali memperkenalkannn....

SITIKUTTY
artis dan model sambilan yang menginap di bilik 1A-02-34.

beliau ni kiyut, baek hati, selalu tolong rumet yg dalam kesusahan, berbakat besar dalam bidang nyanyian dan lakonan. tengok je la gambar kat atas ni, ade gaya artis artis gittew siap ade lirik lagu lagi kat sebelah wakakakakaka. beliau ni chomel oh. kalau tak kenal mesti orang kata dia pendiam, tapi bila kau dah kenal ko akan cakap minah ni sangat sundel rase nak tenyeh2 je kain buruk kat muka dia sebab beliau sangat annoying! hahaa orang slalu cakap sitikutty ni orang kedah padahal dia lahir dekat negeri sembilan dan dibesarkan di melaka, johor dan perak lalu sambung belajar di selangor. okay, orang perak lah kire nye. mungkin sebab loghat utara beliau sangat pekat ketika berbicara tu yang buat orang kate dia ni minah kedah. oh ye, beliau bercita-cita nak jadik datin bila dah tua kertu nanti. huahuahuaaaa dan beliau jugak merupakan tuan punye blog nih! lalala nak promote diri kejap :P

MAS
anak jati kelantan tapi memegang status warganegara korea

kalau nak tau, mas ni merupakan rumet YANG PALING POPULAR, PALING RAMAH, PALING RAJIN, PALING BLA BLA BLA. yeah, beliau jadik popular di atas faktor keramahan beliau. cakap je kat mana, toilet ke, bus stop ke, tepi jalan ke semuaaaaa dia tegur. sampaikan masa jalan2 dekat PKNS pun dia boleh buat jejak kasih dgn kenalan beliau hahaa boleh kata semua orang dia kenal. see.. popular vava'z kannnn uolls. 

kalau petang-petang dia rajin sangat dok ajak aku pegi kompleks sukan. nak beriadah katenyeww. hahaha apakan daya dia dapat rumet balok pemalas macam aku manalah aku nak join riadah tu sume. baik aku dok dalam bilik bela lemak sambil berfesbuk. hehe. oh ye, beliau jugak pernah maen squashy dgn abang medic part 3 ke 4 ntah. fuhh fuhh fuhh caya la lu mas! berani hang bermain main dgn stranger nohh. lalala

beliau jugak merupakan kipas-susah-mati korea warghhhhhh kalau ko tengok meja study dia mesti nak pengsan sebab PUNYE LA BANYAK GAMBAQ KOREA KOREA SUJU DIA TUH. haha kadang kadang tu aku rase nak pedajal dia je pi conteng conteng poster kat dinding tu tapi sebab aku baik aku tak buat. kalau dengar mp3 pulak, dia pasang kuat kuat sampai orang kena terpekik terlolong kalo nak panggil dia. hahahahahahaaa beliau peminat tegar mee sedap dan kordial sarsi buatan sendiri bila menjelang malam.

dalam camera aku, gamba beliau la yang paling banyak sebab ape pon aku taktau. mas suke sebut perkataan2 korea yang kami tak faham macam 'aigoo' 'chincha' 'bicoso' 'ochosul obso' dan sebagainya. payah betul nak dengar perkataan kelantan keluar dari mulut dia. HARHARHAR

TIRA
ratu kentang dan telur

hai ini pula tira. beliau ni classmate aku masa zaman kegemilangan sekolah menegah dulu. kira kami dah kenal lama la jugak. dapat duduk sebilik sebab dah berpakat awal awal nak pegi daftar sama2 so dapat bilik yang sama jugak. YAYYY. sebab? sebab takut nanti dapat roommate aneh aneh lalu takde kawan maka jika kami sebilik, ade jugak la orang nak buat kawan. sorry ayat aku kelly eng sikit pandai pandai lah ko nak bace :P

HAHAHAHA kalau bab makan, beliau paling suke beli lauk telur dan kentang sambal hoyeahhhhhhhh makanan feveret tu. jarang sangat nampak dia beli lauk lain. hihii. chomel kan? chomel kan? kadang kadang dia beli tempe lalu ade insan yang tak malu mintak sikit sebab teringin tapi takde duit nak beli. jeng jeng jeng siapakah orang ittew? adakah sang penulis blog inneww? no komen! haha.

tira ni tiap malam tido awal, tak macam penghuni bilik laen yang ade keturunan burung hantu agaknye. beliau meminati seorang lecture mate beliau. awwww gosip liar! gosip liar! beliau juga dikenali dengan nama Jue Aziz sempena dengan outfit beliau yang ala2 jue aziz masa berlakon drama janji kekasih. lalalallaa

AINNA
awek hot dan sexayyy kegilaan ramai

last but not least, ainna atau ainu menurut rahul. hiahiaa oh ye aku bersyukur giler sebab dapat kenal dengan ainna ni sebab tanpa beliau, aku takkan kenal sapa ittew RAHUL KH. *wink wink* thanks ainna sebab hang pass dia kat aku. HARHAR

ainna ni orang negeri sembilan uolls. beliau sangat hot dan ramai peminat. hi..hi.. dekat facebook dia ada ramai orang dari india add lepas tu ade JOE WINGS. sila jangan pelik dengan nama rahul kh mahupun joe wings. aku akan cerita pasal mamat 2 ekor ni kat entri akan datang :) kalau ainna dan rakan beliau main komen komen dekat wall dia mesti aku datang menyelit even aku tak kenal pun sape kawan dia tuh. hehe. macam bodo je hobi aku. pompuan yang tak tau malu je buat -___-. 

beliau ni nocturnal gittew. siang tido banyak malam tak tido langsong. hebat kan? selalu je beliau ni stay up. sebab bila malam dia tak tido, dia la yang selalu dengar aku berdengkur ngan mengigau tiap malam. heee kiut kan aku? lalala. kadang kadang aku tido sambil ketawa mengilai menurut beliau. haha siap sedia la sape yang bakal jadik laki aku. irama merdu dengkuran aku pasti menjadi halwa telinga anda setiap malam. jangan nak gedik nak suruh aku pakai breathright! LOLZ


okay dah aku tak larat dah nak menaip. dah lewat malam dah ni. nantikan entri yang bertajuk roommate comel comel macam halim othman roda impian #2 pulak lepas ni. entri kali ni aku nak cerita pasal rumet aku je. HAHA ok thanks bye!


bulu hidung tertanggal : kepada rumet2 ku sekalian, sila jangan terasa dengan ape yang aku tulis ni. aku kan kuat menganjing. HAHAHA nanti rayer taon depan aku mintak ampun dengan korang oke?