Friday, November 19, 2010

cuti dah nak habesz

blub blub blubb (bunyik menyelam skuba dalam lubang jamban)
 
akhirnya habis jugak cuti yang panjang berjela-jela nih. hehehee naik mati kutu dah aku kat rumah tak buat ape hari-hari asyik buat benda yang sama je..

aku balik malam ni! naik bas pukul 12 tengah malam huhuuu seram nye uolls bila dengar pukul 12am rasa macam ada banyak hantu je :P oh ye nak habaq la sekarang kat kawasan rumah aku ni depa kata encik pocong sedang berkeliaran. hohoo taktau la betul ke tidak tapi malam tadi aku tido awal la jugak sebab takutz. hihi

sepanjang cuti ni aku dok rilek je kat rumah, tak buat pape pun. huuuu buat kerja rumah pun malas. so kepada klasmet saya nanti hari isnin ni jangan terkejut bila nampak aku makin gendut hihii pipi pon dah kembong semacam dagu pun dah berlapis sampai tak nampak.

sebenarnye aku risau ni nak dapat rumet baru. ntah sape la orangnye adehh. buat dapat yang hampeh + panjang tangan mampos laaaa mintak2 diorang oke la jenis satu kepala ngan aku. dah la aku ni payah sikit nak bergaul dengan orang yang baru kenal argggghhhh. oh ye kepada bakal rumet, aku ni tido mengigau dan mengeroh. aku jugak seorang yang pengotor haha saja nak habaq awai2 :P

tak sampai 8 jam pon lagi aku nak balik tapi apa pun tak packing lagi niiii wahahahaa bengong betoi. baju aku semua bersepah-sepah. pak aku kata jangan bawak banyak2 barang, bawak yang penting ja. tapi nak buat cemana pak oii semuanya penting... he he mana boleh main tinggai2. ok lah i nak pi sumbat barang dalam beg ni. hihi doakan aku perjalanan aku selamat!!



 

selamat tinggal kampung halamanku, semoga makin pesat membangun sepanjang aku takdak kahkah pastikan bila aku balik nanti dah takdak jalan kena tutup dah. okie jumpa lagi raya krismas nanti okeyyy. muah muah

nanti bila aku kat kolej nanti mesti dah jarang online kan. mintak-mintak la aku dapat bilik yang dapat wifi hehe malas aku nak buang duit beli berotben :P



gambar curik dari fb PARIT BUNTAR IS MY HOMETOWN

8 comments:

Sophia Rani said...

selamat belajar kembali.. hope dpt rumate yg okey keyh.. hehe ;)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

hang sempoi nowh...

kepala pon senget gak

hahaha

i followwww......

JOM TOLONG VOTE

GIVE AND TAKE- UNDILAH GKSB NO 51"

CERITA KREATIF-BEN ASHAARI

Ninie said...

ooo awk kena clearance eh sem lps? sy xde. so rumate tak tukar. pheww..
pape pun gudluck!

ramlah melaram said...

sophia : ahha thanks!

gksb : da da da thanks follow!

ninie : yepp kiteorang kne buat clearence. rumet pon org kolej yg tentukan. huhuhhu

chenta said...

semoga selamat sampai dengan selamat!

amalina sahaja said...

rindu pb dohhhh. haha

twinkle twinkle said...

lawa pemandangan gbr yg kedua tu ;D

Sophie Al-yahya said...

hahaha..sangat jujur mengaku mengeruh, pengotor.. =)