Wednesday, November 3, 2010

adik kembar paul si sotong kurita pula meninggal dunia akibat eksiden digilis kuda laut

hai uoll. nak tau tak malam semalam masa aku tengah syok syok online tiba-tiba ada setitik air jauh kat tepi touchpad laptop aku. terkesima kejap uolls. air ape yg jatuh ni? dah la terkena tangan aku kot. lalu aku pandang atas, kot la siling rumah bocor. sekali kauuuuu ade cicak rupanya kat atas tu. HAREMMMMMM takde tempat lain jugak ke kau nak melepas hah? bila aku tengok kat atas meja, citttt ade tahi beliau yang masih fresh lagi lembut lembut gittew dan nampak sedikit basah. heh. taik kat atas meja, tapi kejadah ape ade air atas laptop? tu air taik dia ke? ke lepas berak dia kencing pulak? menyampah aku tengok cicak tu. rase macam nak lastik je bontot beliau sampai buasir KAH KAH KAH

oh ye, aku nak cerita pasal aku keluar semalam lalalalaa. yeahh sempena matrik kiddo tengah bercuti, inilah masanya kita pegi meronggeng dengan mereka. ye dakk? semalam aku keluar dengan tira & pujah pegi Pacific. kalau nak tau, kapel-kapel kat parit buntar ni kalau nak pegi deting mesti pegi Ban Pecah tak pun Pacific. oke ini bukan fakta tapi berdasarkan pemerhatian aku. mintak ampun kalau salah :p eh lupa nak cakap. Ban Pecah tu kawasan laut, tapi takde pantai yg macam uolls bayangkan tu. dia macam ada batu batu besar hehh entah la pegi la google kalau nak tengok. kat situ ramai gile kot yang deting konon romentaik la tempat tu padahal takpun. kahkah sarang maksiat ade la :P 

semalam kami pegi naik bas je uolls hihi bas CityLiner nama nye. bila naik feeling macam bas double decker kat London tu sebab bas nye kale merah gittew. interior bas tu lebih kurang macam RapidKL je so sila bayangkan sekarang. kami 3 orang duduk kat kerusi sebaris yang dekat pintu masuk tu. kira memang boleh nampak jelas muka driver la. biasa la kan waktu pagi, tak ramai pun yang naik bas. kami pun bersembang dengan meriah bila bas tu start gerak. oh ye bas tu berjalan tak tutup pintu ye. sampai kat traffic light, abang/pakcik driver tu suruh pujah tutup pintu tu. motip uolss padahal pintu tu otometik kannnn. lalu pujah dengan inesen nya pegi la tarik pintu tu kasi tutup KAHKAHKAH.

lepas pintu tutup, abang driver tu start nak sembang sembang. heh, dia panggil pujah KAK LONG uoll. aku taktau la pulak yang pujah ni ade adik yang keje bawak bas hahahahaha. macam-macam la dia dok potpet potpet tapi aku pun tak berapa dengar. yang aku tau dia offer pujah jadik konduktor bas wakiahkiah. lepas tu bas tu stop kat petronas jap, nak refill ngv. bila abang driver tu bukak pintu nak turun je, BERATUS EKOR NYAMUK TERBANG BERKELIARAN. aku syak nyamuk bersarang kat tempat dia la.

ayoyoyo sabaq je lah lepas tu aku pun dok main tampar tampar nyamuk. bertuah encik nyamuk kat atas ni. walaupun dah mati, beliau tetap femes sebab berjaya masuk dalam blog kak ramlah melaram hehe. lepas tu si abang driver tu ade tunjuk handbag merah kat pujah. adoii lawak laaa rasenye handbag tu orang tertinggal kot, lepas tu dia nak bagi pujah. memang masa otw tu dia memang try nak bercakap ngan kitaorang tapi kami je yang tak layan sangat :P dia siap pesan lagi nanti balik tulis kat dalam diari yang kami naik bas yang penuh dengan nyamuk. haluu abang CityLiner, i tak main dalam diari terus dalam blog je :P

ok malas la nak cerita pasal dalam bas. hmm tak lama lepas tu kami pun sampai ke destinasi yayy. seronok uoll, takde orang langsung yang ade pekerja kat situ je. dah nama pun pagi kannnnn sape la yang gelong sangat nak jejak kaki kat soping mall time macam tu kami ni je yang semangat sebab jauh dan nak balik awal. huuuu lalu dah sampai kedai banyak tak bukak lalu pegi makan kepsi je la. aku rasa akak kepsi situ macam gelong sikit ah hohhohhoo opps tak baik mengata orang.

lepas makan kami pun jalan jalan jalan jalan dan jalannnnn sampai tak larat. aku takde la soping sakan cuma beli 2 keping baju dan 2 ketul buku. heee baik nye aku beli buku padahal aku ni tak suke membaca. patut la semalam mendung nak hujan sebab aku beli novel huuuu. lepas tu ternampak segerombolan kad raya deepavali lalu berasa ghairah sebab teringat kat rakan-rakan di india

da da daa da comel kan kad raya ni? sexayyy nyah mak suker. macam macam design ada, yang ada muka aisyhwara rai pun ade tauu jangan main2. lepas tu jalan lagi jalan jalan jalan sampai la perut kak long/pujah lapar. citt padahal dah makan kepsi tadi nafsu bewak betoi. then pegi la food court depa berdua je makan aku tak sebab tak berapa nak lalu. tapi aku makan gak bila tira offer makanan dia. rezeki uoll jangan berani tolak! hehe


sebab sizzling mee yang beliau order panas sangat, si pujah ni pi letak ais kat dalam tu. warghhhhhh sapa ajaq hang ni wei serius aku nak gelak sampai berak time tu kahkahkah. bila siap makan maka kami pun pulang. oh ye seblum pulang singgah kedai apa ntah tira nak beli hanger sebab mak beliau kirim

sementara tunggu dia carik hanger aku pun amek gambar selipar ni. gojes sangat tau nanti nak mintak laki aku beli selipar ni lalu buat hantaran masa bertunang lah.

ok cerita pasal nak balik pulak. kalau nak balik kena menyebarang jalan, bagi nak mengelakkan mati kena langgar kami pun naik jejantas yang omaigod canggih giler.

bongok la sape yang cipta jejantas pesen camni. menggigil aku naik tau tak!!! nasib baik takde orang yang guna jejantas ni, kalau ade ramai orang memang aku tak naik dah rela lintas kat jalan besar tu uolls. sedangkan nak turun tangga C1 lepas abes lecture pun aku menggigil, inikan pula jejantas tangga sexy.

'hai nama saya kak long'. kata perempuan berseluar biru ittew
selain gayat, saya juga penakut nak melintas jalan. harap maklum
masa kat bustop, lori yang lalu lalang semua bunyik hon pon pon lalu lambai tangan kat aku. muahahaha perasan giler. aku yang takde keje pun pi lambai-lambai tangan kat mat moto yang lalu. hehe ade sorang tu siap toleh 2 kali tak percaye aku lambai kat beliau kahkah nasib tak eksiden. begitu lah ye jadiknye bila artis duduk kat bustop :P

tunggu punya tunggu, bas yang dinantikan pun sampai. bila terbukak je pintu bas aku rasa nak gelak gila-gila sebab................................................

hai kak long, kak ngah dan kak chik!
homaigodddd abang bas tadi! rasa macam nak pitam je sebab tak percaya dapat jumpa dia lagi. pujah yang tadi kata nak tidoq dalam bas terus membatalkan hasrat murni beliau ittew. masa nak bayar tambang, dia kata SORANG TIGA RINGGIT. ingatkan sama macam tambang pegi iaitu RM3.70. motipppppppp?? kah kah

masa nak balik tu kami duduk kat tempat yang sama macam pagi tadi.dan macam biasa potpet potpet potpet rancak betul kami bersembang. yang abang bas tu sebok je tanya 'beli ape tadi kak long?' ishh 2 kali kot dia tanya. aku pun jawab la 'beli barang bertunang hihihihi'. masa kat dalam bas tu punye la tahan gelak hihi tapi dok kaver cehceh.

siti nurhaliza potpet potpet potpet rosmah potpet potpet orang hensem potpetpotpet ikan kelisa potpetpotpet jamban berdiri potpetpotpet. tu diaa rancak nye cik mahfuzah kita sembang. ada sorang pompuan india ni aku perasan dia asyik tengok kat kami je. kat sebelah tu ada lagi sorang tapi rasanya depa ni tak kenal kot. tiba-tiba depa mula bersuara. &^%$#(*&^%$# sumpah bising. aku rasa dia nak lawan cerita pujah kot kahkah. rasa nak pi selotep mulut dia pon ada gak sebab warghhh satu bas kot dengaq sembang tak paham ntah2 kutuk kami. huuuuuuuuu

bila nak turun bas, abang bas tu ade cakap something tapi tak berapa jelas. adakah dia mintak no telepon pujah? wakaka. balik tu singgah pi PUSAT PAKAIAN HARI HARI. hikhik si tira nak beli baju raya deepavali dia. ada la satu baju tu, tergantung punya tinggi. nak amek sendiri tak boleh sebab takde galah lepas tu panggil la akak yang keja situ. hampehhhhhhhh dok panggil2 sorang pun tak mai. ade sorang tu siap buat derk je bila aku panggil grr rasa macam nak bagi penampar je kat pipi dia yang penuh blusher kale oren tu. masa tu tak ramai orang tapi ade la dalam 7 ke 8 grup manusia. kesian oh aku tengok makcik india tu panggil pekerja tu depa takmai. siap ade budak kecik tu tanye aku ni pekerja kat situ ke? haha.. bongok la diorang tu nak keja buat la cara nak keja. baik berhenti la kalau malas sangat tak pun jadik patung yang diorang display kat depan kedai tu. ade pulak 2 ekor pekerja tu pi jaga kat tempat bra ngan spender padahal mana ada orang kat situ mai je la kat kami ni woiiiiii satgi aku pi report kat aduan rakyat baru tau haha. pemalas ohh nak layan kastemer tau la rambut cantik rebonding lurus macam papan sekeping. oke ade kena mengena ke? hoho

ok dah cerita sudah tamat. bye! 

7 comments:

Anonymous said...

kak melah..pnjgnya cita anda..menetes peluh I bca

Ninie said...

seronok adik bace cite akk.meletopp giteww nyahh..
akk shukkeee.nak kad depaavali satooo!!

amalina sahaja said...

sumpah gambar mee tu aku terkejut ingat cacing

JelinaJoli said...

wah.. ko memang penulis diari yg hebat kecuali takdak masa dan waktu saja... kehkehkeh.

gua syak abg eyeliner tu memang tunggu uolssssssssssss!

Demonsutun said...

haha klaka gila. sakit perok gelak.

ramlah melaram said...

anonimus : hai kak melah memang kalau sedang eksaited memang suke tulis berjela-jela. hihi

ninie : ahkak tade duet la nak beli kad deepavali. ape kate adik ninie cari kad kat internet lepas tu print dan lepas tu hantar kat diri sendiri? hihi

jelinajoli : ahaha mungkin jodoh kami kuat kot :P

demonsotongkurita : hekhek. comel kan abg driver ittew?

ramlah melaram said...

amalina : kalau cacing pon oke ape. cacing masak sizzling. yum yum yummm