Monday, October 4, 2010

roommate comel comel macam halim othman roda impian #1

Hola peeps! harini dah masuk 3 hari aku ade kat rumah tapi aku rase macam dah 3 minggu je cuti. semuanya sebab AKU BORING NAK MATI BILA ADE KAT RUMAH TAKTAU NAK BUAT APE ONLINE JE KEJE HAHAHA. mak aku pulak dok bising-bising suruh tolong beliau tapi aku sebagai anak yg solehah bagi alasan PENAT 3 HARI LEPAS MASA BUAT CLEARENCE KAT KOLEJ TAK HABES LAGI. yeahh sangat lame kan alasan terbabit?

sepatutnye aku kena stadi sebab MUET dah makin dekat. aku ni dah la ngokngek sikit kalau bahasa penjajah ni. kat sekolah dulu pun asyik dapat corot je hahahahahaa hendak speaking apetah lagi berterabur macam gajah terkincit tapi aku slalu perasan cakap sorang sorang guna fake british accent sebab pengaruh harry potter. okay rase nye aku tak perlu cakap pasal ittew -_____-

sebab terlalu BORING dan terlampau BORING, aku rase aku nak buat satu entry spesel la untuk bekas boipren roomate aku yang sangat chomel perangai mereka. hahahaha tiba tiba rase rinduwww nak golek golek dalam bilik 1A-02-34 sambil sakat diorang. huuu

baiklah. pertama sekali memperkenalkannn....

SITIKUTTY
artis dan model sambilan yang menginap di bilik 1A-02-34.

beliau ni kiyut, baek hati, selalu tolong rumet yg dalam kesusahan, berbakat besar dalam bidang nyanyian dan lakonan. tengok je la gambar kat atas ni, ade gaya artis artis gittew siap ade lirik lagu lagi kat sebelah wakakakakaka. beliau ni chomel oh. kalau tak kenal mesti orang kata dia pendiam, tapi bila kau dah kenal ko akan cakap minah ni sangat sundel rase nak tenyeh2 je kain buruk kat muka dia sebab beliau sangat annoying! hahaa orang slalu cakap sitikutty ni orang kedah padahal dia lahir dekat negeri sembilan dan dibesarkan di melaka, johor dan perak lalu sambung belajar di selangor. okay, orang perak lah kire nye. mungkin sebab loghat utara beliau sangat pekat ketika berbicara tu yang buat orang kate dia ni minah kedah. oh ye, beliau bercita-cita nak jadik datin bila dah tua kertu nanti. huahuahuaaaa dan beliau jugak merupakan tuan punye blog nih! lalala nak promote diri kejap :P

MAS
anak jati kelantan tapi memegang status warganegara korea

kalau nak tau, mas ni merupakan rumet YANG PALING POPULAR, PALING RAMAH, PALING RAJIN, PALING BLA BLA BLA. yeah, beliau jadik popular di atas faktor keramahan beliau. cakap je kat mana, toilet ke, bus stop ke, tepi jalan ke semuaaaaa dia tegur. sampaikan masa jalan2 dekat PKNS pun dia boleh buat jejak kasih dgn kenalan beliau hahaa boleh kata semua orang dia kenal. see.. popular vava'z kannnn uolls. 

kalau petang-petang dia rajin sangat dok ajak aku pegi kompleks sukan. nak beriadah katenyeww. hahaha apakan daya dia dapat rumet balok pemalas macam aku manalah aku nak join riadah tu sume. baik aku dok dalam bilik bela lemak sambil berfesbuk. hehe. oh ye, beliau jugak pernah maen squashy dgn abang medic part 3 ke 4 ntah. fuhh fuhh fuhh caya la lu mas! berani hang bermain main dgn stranger nohh. lalala

beliau jugak merupakan kipas-susah-mati korea warghhhhhh kalau ko tengok meja study dia mesti nak pengsan sebab PUNYE LA BANYAK GAMBAQ KOREA KOREA SUJU DIA TUH. haha kadang kadang tu aku rase nak pedajal dia je pi conteng conteng poster kat dinding tu tapi sebab aku baik aku tak buat. kalau dengar mp3 pulak, dia pasang kuat kuat sampai orang kena terpekik terlolong kalo nak panggil dia. hahahahahahaaa beliau peminat tegar mee sedap dan kordial sarsi buatan sendiri bila menjelang malam.

dalam camera aku, gamba beliau la yang paling banyak sebab ape pon aku taktau. mas suke sebut perkataan2 korea yang kami tak faham macam 'aigoo' 'chincha' 'bicoso' 'ochosul obso' dan sebagainya. payah betul nak dengar perkataan kelantan keluar dari mulut dia. HARHARHAR

TIRA
ratu kentang dan telur

hai ini pula tira. beliau ni classmate aku masa zaman kegemilangan sekolah menegah dulu. kira kami dah kenal lama la jugak. dapat duduk sebilik sebab dah berpakat awal awal nak pegi daftar sama2 so dapat bilik yang sama jugak. YAYYY. sebab? sebab takut nanti dapat roommate aneh aneh lalu takde kawan maka jika kami sebilik, ade jugak la orang nak buat kawan. sorry ayat aku kelly eng sikit pandai pandai lah ko nak bace :P

HAHAHAHA kalau bab makan, beliau paling suke beli lauk telur dan kentang sambal hoyeahhhhhhhh makanan feveret tu. jarang sangat nampak dia beli lauk lain. hihii. chomel kan? chomel kan? kadang kadang dia beli tempe lalu ade insan yang tak malu mintak sikit sebab teringin tapi takde duit nak beli. jeng jeng jeng siapakah orang ittew? adakah sang penulis blog inneww? no komen! haha.

tira ni tiap malam tido awal, tak macam penghuni bilik laen yang ade keturunan burung hantu agaknye. beliau meminati seorang lecture mate beliau. awwww gosip liar! gosip liar! beliau juga dikenali dengan nama Jue Aziz sempena dengan outfit beliau yang ala2 jue aziz masa berlakon drama janji kekasih. lalalallaa

AINNA
awek hot dan sexayyy kegilaan ramai

last but not least, ainna atau ainu menurut rahul. hiahiaa oh ye aku bersyukur giler sebab dapat kenal dengan ainna ni sebab tanpa beliau, aku takkan kenal sapa ittew RAHUL KH. *wink wink* thanks ainna sebab hang pass dia kat aku. HARHAR

ainna ni orang negeri sembilan uolls. beliau sangat hot dan ramai peminat. hi..hi.. dekat facebook dia ada ramai orang dari india add lepas tu ade JOE WINGS. sila jangan pelik dengan nama rahul kh mahupun joe wings. aku akan cerita pasal mamat 2 ekor ni kat entri akan datang :) kalau ainna dan rakan beliau main komen komen dekat wall dia mesti aku datang menyelit even aku tak kenal pun sape kawan dia tuh. hehe. macam bodo je hobi aku. pompuan yang tak tau malu je buat -___-. 

beliau ni nocturnal gittew. siang tido banyak malam tak tido langsong. hebat kan? selalu je beliau ni stay up. sebab bila malam dia tak tido, dia la yang selalu dengar aku berdengkur ngan mengigau tiap malam. heee kiut kan aku? lalala. kadang kadang aku tido sambil ketawa mengilai menurut beliau. haha siap sedia la sape yang bakal jadik laki aku. irama merdu dengkuran aku pasti menjadi halwa telinga anda setiap malam. jangan nak gedik nak suruh aku pakai breathright! LOLZ


okay dah aku tak larat dah nak menaip. dah lewat malam dah ni. nantikan entri yang bertajuk roommate comel comel macam halim othman roda impian #2 pulak lepas ni. entri kali ni aku nak cerita pasal rumet aku je. HAHA ok thanks bye!


bulu hidung tertanggal : kepada rumet2 ku sekalian, sila jangan terasa dengan ape yang aku tulis ni. aku kan kuat menganjing. HAHAHA nanti rayer taon depan aku mintak ampun dengan korang oke? 







7 comments:

aurum said...

hahahhahahha...xsabo nk baco entri yg ke2..hahhahahhha

assayid syuhada said...

aigoo..
knp dlm byk2 kebaikan,kehebatan,kepandaian,kegedikan,kemalasan aku..
lecturemate jgk hg nk cita..
abis trun saham i..

ainu said...

weh gambar aku yang mcm org gila jgk ko letak kan? hahaha

JelinaJoli said...

muka gua bila nak tempek?? dah bekepig gambo aku emel kay ko haaa

ramlah melaram said...

mas : hehh sabo sabo aku tgh malaszzz ni. haha

tirah : ittew la crite yg pling hot. xpe2 nti next entry aku citer psl baju suria.fm hg

ainu : haha mne ade wohhh hot gileww yj pon terpikat kalo tgk. u jom chat dgn i

enjelinah jolir : aaa nak jugak ke? xpe2 tunggu misai kucing aku jd kerinting baru aku tempek gambo ko

lanun terlampau said...

kau u apa duh?

ramlah melaram said...

u apa? uitm lah